bab 7

328 21 7
                                    


Khadijah jalan memasuki ke dalam resort tempat dimana Aleesa dan keluarganya menginap. Sudahlah Yana tak ada malu pula dia nak pergi tanpa Yana. Yelah jemputan menerusi Yana bukan dia. Jadi agak tak selesalah dia datang tanpa Aleesa yang memberitahu sendiri. Dia pergi ke kaunter pertanyaan untuk menanyakan dimana bilik Dato Daiyyan sekeluarga tetapi disergah oleh seseorang.

“Tijahhh.” Panggil Aleesa kuat yang berada di belakangnya. Khadijah terkejut terus menoleh kebelakang. Boleh terkeluar jantung dia tadi.

“Aleesa. Terkejut aku. Kau menjerit macam aku jauh sangat .” Tegur Khadijah sambil mengurut dadanya berkali-kali. Aleesa tersengih dia sudah terbaisa begitu dengan yang lain jadi terbawa pula sampai ke sini.
“Sorang je ke? Yana mana?” Tanya Aleesa hairan. Dia ajak Yana dan Khadijah sekali tapi hanya Khadijah saja yang nampak sekarang.
“Yana cakap suruh saya pergi dulu. Sebab dia belum minta izin Cik Milah lagi.” Maklum Khadijah Aleesa. Aleesa mengerut dahi hairan.

“Cik Milah itu sapa? Mak dia ke?” Tanya Aleesa ingin tahu.

“Nenek sihir.” Jawab Khadijah perlahan.

Aleesa terkejut. “Nenek sihir?”

“Shutttt. Jangat cakap kuat sangat nanti nenek sihir itu datang.” Kata Khadihah berbisik.

“Ye ke?” Tanya Aleesa dengan wajah yang agak takut. Dia mendekati Khadijah sambil memandang sekeliling. Manalah tahu Tiba-tiba keluar betul-betul nenek sihir jtu. Khadihah menahan ketawanya melihat reaksi wajah Aleesa yang ketakutan. Senang betol nak gula-gula kan si Aleesa ini.
Aleesa kehairanan memandang Khadijah. Kenapa Khadijah macam menahan ketawa? Ada yang lawak ke?

“Aku gurau sajalah. Cik milah itu makcik Yana. Jadi aku panggil dia nenek sihir sebab dia selalu buat jahat dekat Yana.” Jelas Khadijah pada Aleesa. Aleese memandang Khadijah tanpa reaksi. Macam itu je dia itu aku?
Cik Milah? Buat jahat?

“Buat jahat? Maksud?” Tanya Aleesa kurang faham.

“Nak maksud kene tanya Yana sendiri. tak berani nak cakap itu privasi dia kan.” Jelas Khadijah. Nak cerita Lebih-lebih itu urusan peribadi Yana. Dia tiada hak nak bercerita tentangnha. Aleesa hanya menganggukkan kepalanya.

“Jom. Aku bawak kenalkan dengan keluarga aku.” Kata Aleesa lalu membawa Khadijah pergi. Khadijah hanya mengekorinya saja.




Jam sudah menunjukkan pukul 8:30 malam bayangan Cik Milah dan Kira masih belum kelihatan. Kalau macam ini memang dia tak dapat datanglah. Mana pulak mereka berdua ini pergi.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Dia membukan untuk membaca pesanan itu.

“Aku tak balik. Aku dekat rumah Mak Su. Kalau nak keluar kau pastikan semua kerja kau siap. Pesan pada kira jangan balik lewat malam.”-cik milah.

Yana membaca pesanan itu kehairanan. Pelik tak ada pulak pesenan ugutan ye. Siap suruh keluar lagi itu. Yana mula hairan dengan sikap Cik Milah. Kini makin jarang dia melihat Cik Milah dirumah. Kalau ada pun jarang mereka bertembung. Jarang juga kena marah dengan Cik Milah. Tapi…  Dia kena marah dengan Kira pula. Nasib baik Kira itu tidaklah sekuat Cik Milah. Ada kala dia melawan juga.

Yana segera memastikan kerjanya siap semua sebelum pergi. Sempat dia memberi pesanan ringkas pada Khadijah mengatakan dia dapat pergi.
Suis lampu di tutup. Pintu dikunci. Dia berjalan menuju ke tepi rumah. Basikal di ambil lalu dikayungnya menuju ke arah resort tempat Aleesa menginap.





Rayyan berjalan masuk ke dalam kafe kegemarannya. Baru saja masuk matanya terarah kepada seorang wanita yang berada di sudut kafe. Terus dia menghampiri wanita itu. Satu kejutan buatnya.

“Wah.. Surprise. Bila datang? Tak bagi tahu pun.” Ucap Rayyan kepada wanita itu iaitu Bella. Rayyan mengambil tempat dihadapan Aleexa.

Bella terkejut apabila dirinya disergah oleh satu suara yang tidak asing baginya. Tetapi sangat membuat dia tidak suka. Bella. membuat muka menyampah. Kurang senang dengan kehadiran lelaki itu.

“Kau nak apa ini?” Tanya Bella malas. Dia malas nak jumpa sesiapa dulu yang dia kenali di Malaysia ini. Cuma nak tenang diri sekejap saja.

“Tak ada. Cuma datang tegur kau saja itu pun salah ke? Macam mana hidup kau? Bahagia?” Jawab Rayyan dengan pertanyaan. Agak berbunyi sindiran.

Bella memandang tajam ke dalam mata Rayyan. “Jangan tanya kalau dah tahu jawapannya.” Jawabnya kasar.

Rayyan ketawa kecil. Dia memandang sinis ke arah Bella. “Aku sedih tengok kau. Hidup berhutang budi dengan orang. Buat semua benda untuk orang. Kau tak rasa ke nak lari dari semua ini. Kejar balik cinta sejati kau itu?” Ucap Rayyan cuba memancing emosi Bella

Bella diam. Malas hendak melayan. Air dihirupnya. Dia mula teringat dengan apa yang berlaku pada hubungan dia dan Daiyyan dulu. Sungguh dia bodoh buat orang yang dia sayang merana. Korbankan cintanya dan hubungannya demi orang yang tidak sepatutunya

“Bella listen. Aku boleh tolong kau untuk dapatkan Daiyyan as long as you help me too.” Kata Rayyan serius kepada Bella. Bella memandang Rayyan. “ Kau pun sama macam orang lain gunakan aku untuk dapat apa yang kau nak. Tak pernah cukup dengan apa yang ada. Kau patutnya bersyukur bukannya tamak.” Hembur Aleexa. Walaupun dia marah tapi dia tetap kawal nada suaranya.

“Kau nak sia-siakan saja peluang yang ada? Jangan jadi bodohlah Bella. Kau pun tahu semua yang jadi bukan salah kau. Bukan kau yang nak? So tak salah kalau kau perbetulkan salah faham yang berlaku antara kau dan Daiyyan kan?” Kata Rayyan cuba untuk memanipulasikan Bella.

Bella geram lalu menghentak meja. “Kau berambus.” Ucapnya kasar.

“Relax. Okey Chill jangan marah sangat. Aku Cuma bagi cadangan saja. You can call me if you need help. Kau masih simpankan nombor aku. Just call me.” Ucap Rayyan lalu bangun dari tempat duduknya.

Bella hanya melihat saja Rayyan pergi dari situ. Tiba-tiba dia mula berfikir tentang kata-kata Rayyan tadi. Adakah dia boleh mengambil semula hagi Daiyyan? Adakah dia boleh memperbaiki ianya semula?


Daiyyan Aiyana (ON GOING)Where stories live. Discover now