bab 12

279 19 4
                                    

Yana menangis teresak-esak  mengenangkan nasibnya. Sunggguh dia tidak tahu ke mana harus dia pergi. Mujurkan Tok penghulu izinkan dia menetap di rumah sewa milik Tok penghulu. . Peristiwa malam semalam Cik Milah menghalaunya keluar berputar difikiran

Cik Milah berjalan menghampiri Yana dengan membawa sepucuk sampul. Yana memandang Cik Milah meminta simpati agak dia tidak dihalau keluar.

“Kemas barang-barang kau aku tak nak tengok muka kau lagi.” Kata Cik Milah lalu melemparkan sampul itu ke arah Yana.

“Itu baki duit arwah ayah kau pernah tinggalkan. Jangan risau aku tak pernah guna satu sen pun duit itu untuk aku dan anak aku. Kau boleh guna duit itu untuk bina hidup baru kau. Jangan cari aku lagi.” Kata Cik Milah lalu berjalan ke adah Kira. Dia memapah Kira hingga masuk ke dalam bilik.

Yana mengambil sampul itu dengan perasaan sedih. Walau Cik Milah selalu memarahinya dan memukulnya. Dia tahu Cik Milah baik orangnya Cuma keaadan mengubah sikap Cik Milah.

Khadijah mengusap perlahan  belakang Keisha. Kesian dia melihat nasib kawannya itu. “ Yana jangan nangis macam ini. Aku tahu kau kuat.” Pujuk Khadijah.

“Tijah… aku dah tak ada sesiapa. Cik Milah dan buang aku. Mana aku nak tinggal lepas ini. Aku dah tak ada tempat nak berteduh.” Jawab Yana sedih.

“Tak. Kau masih ada aku. Sahabat kau.” Kata Khadijah. Dia mahu Yana yakin bahawa dia akan sentiasa bersama Yana. Kesian dia dengan Yana. Dia juga buntu harus menolong Yana macam mana.

Yana memandang Khadijah. Terus dipeluknya Khadijah. Sungguh  Khadijah seorang sahabat yang baik ada dikala senang mahupun susah. Khadijah satu satunya harta dunia yang dia ada.

Nek Leha memegang tangan Yana. “ Yana jangan risau ye. Pasal rumah Yana boleh tinggal di rumah sewa kami buat sementara waktu dulu. Kalau Yana nak?” Pelawa Nek Milah.

“Betul ke Nek Leha. Terima Kasih sangat-sangat nanti saya bayar duit sewa rumah.” Kata Yana ke arah Nek Leha. Nadanya sangat gembira dan bersyukur. Sekurang-kurangnya dia ada temoat berteduh.

“Tak apa. Duit sewa rumah jangan risau kalau Yana ada duit Yana bayar. Kalau tak ada tak payah bayar.” Kata Nek Leha sambil mengusap tangan Yana
.
Yana sebak terus dia memeluk Nek leha dan memhemburkan tangisan didalam pelukan Nek leha. Sungguh dia sangat beruntung dikala ramai yang menghina dan menjauhinya mereka ini ada untuknya diwaktu susah.

Nek leha membalas pelukan Yana dia tersenyum gembira. Dia pandangnya Ke arah suaminya. Suaminta hanya senyum dan menganggukkan kepala. Sungguh dia begitu kasihan dengan nasib yang menimpa Yana.

Sampul surat yang diberikan Cik Milah. Dia lihatnya isi dalam. Agak banyak duit yang ada didalam sampul ini. Apa harus dia lakukan lepas ini. Dia tak boleh bergantung harap saja dengan duit ini lambat laun duit ini akan habis juga.

Dia harus memikirkan sesuatu. Sampul itu dua simpan semula didalam beg Pakaiannya. Esok pagi dia harus bangun dan buat nasi lemak. Hanya itu saja sumber pendapatannya. Perkakas didapur juga lengkap bolehlah dia mula berniaga. Yana mengelug kecik. Macam mana Cik Milah sekarang. Siapa nak masak nak uruskan rumah?




Daiyyan duduk didalam pejabat sambil memeriksa Dokumen-dokumen yang diberikan oleh Erika. Banyak sangat ini yang harus dia periksa. Hampir  2 minggu  sejak dia tidak masuk pejabat berlambak kerja-kerja menunggunya. Ketenangan waktu cuti sudah hilang kini masalah duniawi membebankan mindanya.
Intercom ditekan.

“Erika masuk bilik saya sekejap.” Arah Daiyyan.

Satu Dokumen berwarna merah diambil dan ditelitinya. Dokumen itu merupa Dokumen kerja sama dia bersama  BR holding itu syarikat Dato Sri Badrul merangkap Ayah kepada Rayyan.

Tuk!tuk!

Bunyi pintu diketuk dari luar. Tombol pintu dipulas dan ditolak. Terlihat Erika  masuk ke dalam. Erika berjalan menuju ke arah Daiyyan.

“Yes boss.”Tanya Erika.

“Tolong hubungi Dato sri Badrul. I nak jumpa anak dia berbincang tentang projek yang akan kami jalankan.” Arah Daiyyan.

“Boss sure nak terima projek ini?” Tanya Erika ingin kepastian. Dia Cuma tidak mahu ada masalah. Nanti dia juga yang susah.

“Ya I sure. Lagipun untung yang akan dapat pun besar. Rugi jika dilepaskan.” Jelas Daiyyan ringkas. Walaupun itu bukan objektif utamanya untjk meraih keuntungan. Dia sudah banyak projek-projek besar yang lebih menguntungkan. Dia Cuma mahukan Rayyan saja.

Erika menganggukkan kepala faham. “Kalau macam itu sayakan inform pada Dato Sri Badrul.”

“Okey. Tolong buatkan saya susu.” Pinta Daiyyan. Susu? Pelikkan. Hahahhaha itu memang minuman kegemarannya. Dia pun tidak tahu kenapa.

Erika menganggukkan kepala lalu beredar keluar. Sebaik saja Erika keluar Daiyyan mengambil telefonnya dan menelefon Jayden.

“Hello Jay. Kau kat mana?” Tanya Daiyyan.

“Aku ada saja dekat akedemi. Kenapa?” Tanya Jayden dengab suara yang agak juta. Jayden berjalan keluar daripada ruangan latihan itu. Bising sangat.

“Datang office. Bawa yang lain sekali.” Arah Daiyyan. Lalu meletakkan telefon selesai berbicara.
“ehhhh letak terus?” kata Jayden seorang dirik. Nampak gayanya macam serius. Lebih baik dia kumpulkan yang lain.





Aleesa dan Tan Sri Imran duduk ruang tamu sambil menonton drama dikaca tv. Melihat heroin didalam drama itu  tiba-tiba Aleesa teringat akan Khadijah dan Yana. Rasa rindu mula terbentuk terhadap mereka berdua. Jujur dia katakan dia tidak pernah mempunyai kawan perempuan mahupun lelaku kecuali kawan abang-abang nya itu. Hiduonya hanya dihabiskam dengan ahli keluarganga kerana dia adik kepada Daiyyan Haqeem seorang Ketua Mafia yang digeruni dan Ayahnya tidak tahu tentang perkara itu. Daiyyan bijak menyembunyikan identitinya daripada Ayah.

“Ayah. Aleesa tiba-tiba teringat pada Khadijah dan Yana. Mereka berdua baikkan. Lemah-lembut, suka bantu orang kampung. Aleesa suka berkawan dengan mereka. Bukan senang Aleesa nak rapat dengan perempuan inikan. Tapi bila dengan Yana dan Khadijah rasanya lain. Seronok sangat. Rindunya  dengan mereka.” Luah Aleesa sungguh-sungguh. Kalau ada depan mata memang sudah dia pelik mereka berdua itu.

Tan Sri Imran senyum. Senang hatinya melihat anak perempuannya gembira. Terkadang dia kasihan pada Aleesa kerana pergaulannya terbatas oleh Daiyyan. Dia sendiri tak tahu kenapa. Mungkin Daiyyan terlalu risau jika terjadi apa-apa pads Aleesa..

“Aleesa tak nak jumpa mereka lagi?” Tanya Tan Sri Imran.

“Ehh. Mestilah Aleesa nak. Aleesa ada terfikir nak pergi sana lagi tapi mesti minta izin Abang dulu. Nanti abang marah Aleesa pergi tak minta izin.” Kata Aleesa. Dulu pernah dia keluar bercuti tanpa pengetahuan abang mengamuk teruk abangnya waktu itu. Sejak itu dia tak berani nak keluar tanpa izin abangnya.

“Bila Aleesa nak pergi?” Tanya Tan Sri Imran.

“Kalau boleh pagi esok jugak Aleesa nak pergi. Tapi abang seharian tak nampak macam mana nak mintak izin.” Kata Aleesa agak sedih..

“Pergilah.” Kata Tan Sri Imran mengizinkan anaknya pergi.

“HA?” Kata Aleesa kurang faham.

“Pergilah. Nanti Ayah bagitahu Daiyyan. Mesti Daiyyan Izinkan. Lagipun ayah kesian pada kamu asyik duduk terperuk dirumah ini. Kalau Ayah yang bagitahu mesti Daiyyan tak marah. ” Kata Tan Sri Imran meyakinkan anaknya itu.

“Tapi nanti Abang marah kalau Aleesa pergi tak bagitahu dulu.” Ucap Aleesa takut. Walaupun ayahnya izinkan dia takut kalau Daiyyan jika

“Tak ada. Pergi sana kemas apa yang patut.” Kata Tan Sri Imran sambil menupuk bahu anaknya. Aleesa sudah tersenyum lebar.

“Betul ini. Nanti kalau Aleesa kena marah ayah tolong backup tau.” Ucap Aleesa meminta..

Tan Sri Imran menganggukkan kepala sambil senyum. “Okeylah Aleesa kemas barang dulu.” Kata Aleesa lalu berlari naik ke biliknya. Tan Sri Imran ketawa kecil seronok melihat anak perempuannya yang begitu teruja itu.




“Wahh Yana belum tengah hari lagi jualan kamu dah nak habis dah. Tak sempat Nek Leha nak merasa nasi lemak kamu.” Ucap Nek Leha yang baru saja tiba. Nadanya seakan-akan merajuk. Selalunya jam ini nasi lemak Yana masih ada.

Yana ketawa kecil lalu mengambil bungkusan nasi lemak yang disimpannya tadi. “Jangan merajuk Nek Leha. Ini saya ada simpan untuk Nek Leha. Jangan risau.” Kata Yana sambil menghulurkan bungkusan itu.”

“Wah. Terima kasih Yana. Nek Leha gurau saja tadi. Buat susah-susah saja kamu ini. .” Kata Nek Leha segan. Dia saja buat-buat merajuk. Tak sangka Yana ada simpan untuk dia juga.
“Tak apa. Memang Yana nak simpan untuk Nek Leha pun.” Kata Yana sambil sibuk mengasingkan kuih-muih yang dia buat. Dia juga ada huat sedikit kuih-muih untuk dijual.
“Berapa Yana?” Tanya Nek Leha sambil membuka dompetnya.

“Tak apa Yana belanja.” KataYana Ikhlas. Dia berhutang budi dengan keluarga Nek Leha. Kalau tak ada Nek Leha dia tak tahu dimana dia sekarang nak carik tempat berteduh.

“Ehh Yana jangan macam itu. Kamukan berniaga. Rugi nanti kamu asyik belanja Nek Leha.” Kata Nek Leha. Yana baru saja nak mula berniaga kalau baik sangat belanja orang mana datang untungnyam

“Tak apa nek Leha. Tak rugi pun saya. Nek Leha banyaj bantu saya. Dengan cara ini saja dapat saja balas jasa Nek Leha.” Kata Yana sambol tersenyum manis. Biarlah cari ini boleh membalas sikit jasa yang Nek Leha dan tok Penghulu buat untuknya

Nek Leha senyum ke arah Yana. Dia mengusap kepala Yana. Sungguh dia kagum dengan kekentalan dan ketabahan hati anak gadis ini.

“Ya Allah kau lindungilah Anak ini Ya Allah.” Doa Nek Leha dalam hati.
Sedang mereka berbuang kosong tiba-tiba ada suara kurang enak mencelah mereka berdua. “Eh Yana aku dengar kau kena halau Milahkan. Sudah nak masuk 1 minggu kau kena halau. Masih juga kau disini.” Kata salah seorang daripada pelanggan kedai Pak Mail itu yang dikenali sebagai Mak  lela.

Yana hanya mengabaikan suara itu lalu menyambung kerjanya tadi. Malas dia nak layan gosip orang-orang disini.

“Kenapa ye kau kena halau. ” Tanya salah seorang makcik iaitu Mak esah dengan nada mengejek.

“Ehh kau tak tahu dia kena halau sebab dialah punca Kira masuk hospital itu. Biasalah badi dia datang. Badi malang. Silap hari bulan boleh arwah si Kira itu. Kira budak baik macam itu pun jadi mangsa.”  Jawab Mak Lela seakan-akan menghina Yana.
Mereka semua memandang Yana dengan padangan yang tidak senang. Biasalah mereka lebih percaya gosip daripada realiti. Yana pula hanya diam saja mendengar diringa diumpat begitu. Ingin dia melawan tetapi memikirkan bukan tempat yang sesuai dia lebih baik membiarkan saja. Nanti penat berhenti lah itu.

Nek Leha  memandang Yana dengan pandangan yang kesian. Dia juga tidak faham dengan gosip orang kampung ini. Dia rapat dengan Yana. Tapi tidak pernah dia terkena badi yang orang kampung ini selalu jaja sana sini. Nek leha memandang ke arah Mak Lela dan Mak esah

“Kamu berdua ini sudah-sudahlah nak mengata pasal orang. Kamu berdua x tahu apa-apa baik diam saja. Jangan berani menabur fitnah berdosa. Nanti merangkak cari Yana minta maaf akhirat nanti kalau dia tak maafkan..” Marah Nek Leha keoada mereka.

“Alah Nek Leha yang nak menangkan perempuan itu kenapa. Ini Nek Leha kena berjaga-jaga Perempuan ini boleh pikat laki silap hari bulan tok penghulu pula dia pikat. Yelahkan dah baik sangat bagi si Yana ini tumpanhkan rumah sewa.” Jawab Mak Esah tak mahu mengalah.

Nek Leha terkejut dengan kata-kata Mak Esah. “Eh Esah jangan sibuk hal oranglah. Baik kamu diam. Daripada kamu sibuk urusan Yana lebih baik kamu jaga laki kamu dirumah dengan anak-anak kamu. Takunya nanti laki kamu lari dengan perempuan lain sebab tak tahan dengan mulut kamu yang puaka itu.” Balas Nek Leha dalam keadaan marah. Cukup tidak suka dengan sikap mereka yang suka menuduh-nuduh.
Mak esah dan Mak Lela terus diam. Pelanggan yang lain juga turut terdiam mendengar Nek Leha marah.
“Sudahlah Yana Nek Leha balik dulu.” Sambong Nek Leha lalu berlalu pergi.
Yana menganggukkan kepala. Dia memandang Nek Leha berlalu pergi. Kesian Nek Leha terpaksa bertikam lidah dengan orang sebabnya. Dia tidak mahu menyusahkan Nek Leha lagi. Sudahlah Cik Milah sebelum ini kena tak akanlah Nek Leha lagi.





Daiyyan baru saja habis melawat setiap kawasannya dan kini mereka berada di dalam gudang simpanan. Seperti yang dijaga kawasannya aman dan bersih dari sebarang perkara kotor. Tiada lagi rungutan dari orang lain tentang ada yang mengugut mereka untuk meminta duit jaminan dan perlindungam. Tiada aduan daripada mereka bahawa kawasan mereka di jadi ‘port’ penagih dadah.

“Daiyyan maklumat yang kau nak tentang Bella aku dah cari. Semua lengkap termasuk dengan arwah ibu dan bapa dia.” beritahu Safuan sambil menghulurkan Ipad ditangannya kepada Daiyyan.

Daiyyan menyambutnya. Di bacanya sepintas lalu semua maklumat itu. Lalu kembali dia serahkan pada Safuan.

“Hantar pada aku. Aku akan periksa nanti.” Arah Daiyyan. Sambil menghisap rokok ditangannya. Safuan menganggukkan kepala tanda faham. Satu kerja sudah selesai. Lega hatinya.
“Ada apa-apa maklumat tentang Dark Evil?” Tanya Daiyyan pada Kelvin pula.

“Setakat ini tak ada apa-apa. Mereka masih belum buat apa-apa tindakan. Tapi aku syak mereka akan serang kita dari dalam sebab Ash bagitahu aku sistem kawalan keselamatan kita hampir digodam nasih baik Ash sempat kesan dan tidak ada apa-apa berlaku.” Jelas Kelvin panjang lebar. Ash memaklumnya dua hari lepas bahaya sistem keselamatan Akedemi sampir digodam. Mujur dikesan awal.

Daiyyan mendengar dengan serius. Mereka semua harus hati-hati bila masa saja mereka akan diserang. Dia rasa dia perlu berjumpa dengan Evil Mafia. Dark Evil perlu diberi amaran. Orang baru tapi tak ada adab.

Sedang mereka berbincang tiba-tiba ada beberapa orang lelaki menuju ke arah mereka dengan mengengah-mengah. Seperti sedang dalam ketakutan

“Ehh pahal ini?” Tanya Kelvin hairan.  Daiyyan juga memandang ke arah lelaki itu. Wajahnya muka berkerut. Baru saja mereka ingin bersuara tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat.

Daiyyan terus menghampiri lelaki tadi. “Apa yang jadi.” Jerkah Daiyyan.
“Kita diserang” Jawab Lelaki itu dengan pantas.

Muka Daiyyan mula naik merah matanya juga begitu. Urat muka dan tangannya mula timbul. Terasa bahang panas dari Daiyyan menahan amarah.
Daiyyan menuju ke arah almari yang berdekatan. Dia membukanya dan mengambil kotak yang berisi senjata api. Sepucuk pistol diambil.

“Ambil apa yang patut ikut aku!!” Arah Daiyyan kuat. Semua yang mendengar segera bertindak dengan pantas.  Daiyyan terlebih dahulu berlari menuju ke arah bunyi tadi.
Yang lain diarahkan berpecah dan ada yang diarahkan untuk mengikjt Daiyyan

Daiyyan sampai di luar gudang terkejut dia melihat beberapa orang pengikutnya cedera parah. Berlumuran darah dijalan. Bau hanyir memasuki hidungnya.

“Kelvin! Uruskan ini.” Arah Daiyyan. Kelvin terus menuju ke arah orang-orang yang cereda tadi.

“Tolong aku yang lain ikut Daiyyan.” Arah Kelvin pada yang lain. Mereka segera berpecah lagi.

Daiyyan perlahan-lahan berjalan sambil memandang persekitaran. Suasana berubah menjadi sunyi tiada suara orang bergaduh seperti tsdi. Dia mula mengambil langkah berjaga-jaga.Yang lain juga turut sama. Mengawal keadaan sekeliling.

Sedang mereka memerhati sekeliling tiba-tiba mereka terdengar bunyi suara orang  memanggil nama Daiyyan.

“Daiyyan Haqeem.” Kata suara itu. Suara seorang perempuan.

Mereka cuba mencari dari mana suara itu. Puas sekeliling dia perhati tapi satu orang pun mereka tidak nampak.

“Mana kau HA? Jangan jadi pengecut lah SETAN.” Jerit Daiyyan Kuat.

“Daiyyan  Haqem seorang Mafia yang digeruni. Mempunyi banyak empire yang sangat sangat diingini oleh Mafia yang lain. Seorang yang sangat berdedikasi tinggi.” Ejek perempuan dengan gembira.
“Tapi sayang lemah kerana seorang wanita. HAHAHAHAHAHHA” Sambong perempuan itu lagi.

Dada Daiyyan turun naik menaham amarah. Nampaknya perempuan itu sangat memgenalinya. Siapa dia? Apa dia mahu? Dari kumpulan mana dia?

Tiba-tiba ada sekumpulan orang disebalik pokok disiru itu menyerbu ke arah mereka berserta senjata ditangan.
Daiyyan terkejut dengan situasi itu. Terus dia mengacukan pistol itu dan mula menembak. Ada yang tersasar dan ada juga yang terkena tembakannya. Semakin lama semakin banyak yang menyerang. 

Tiba-tiba ada seseorang dari sisinya hendak memukulnya dengan kayu yang dipenuhi paku tapi nasib baik Daiyyan cepat mengelak. Hanya terkena sedikit dilengannya membuatkan bajunya koyak.

Daiyyan terus menendang perut  lelaki itu lalu memukul belakang lelaki itu. Berlaku aksi tembak menembak dikalangan mereka yang membuat Daiyyan runsing. Kalau makain ramai makin banyak yang akan tercedera mahupun mati. Ini tak boleh jadi.

Kalau berterusan begini pelurunya juga akan habis.
“MENYERAH” Jerir Daiyyan lalu masuk ke dalam Gudang kembali. Dia  Sempat dia menoleh kebelakang dan terlihat ada seorang wanita berumur disebalik pokok itu. Siapa dia? .

Lebih baik dia mencari bantua dulu. Dia perlu meminta bantuan.

“Kelvin call Jayden dan Ash. Pasang sistem keselamatan gudang.” Jerit Daiyyan kuat. Dia masih lagi berlari dan terus berlari sehingga menuju ke arah keretanya.

“Jangan risau mereka akan sampai tak lama lagi Ash dapat kesan kita.” Balas Kelvin sibuk menguruskan orang yang tercedera. Daiyyan menganggukkan kepalanya. Dia terus menuju ke adah kotak tadi dan mengambil peluru juga senjata yang lain.

Diluar gudang Ash dapat mengesan ada beberapa orang sedang mengelilingi gudang itu. Dia dapat agak yang mereka itu sedang memerangkap Daiyyan. Tetapi mereka tidak sedae mereka juga diperengkap.

Jayden memberhentikan kereta betul-betul dihadapan gudang yang dikelilingi musuh. Jayden tersenyum sinis. Nampaknya habuan datang lagi.

“I’m coming.” Jerit Jayden dengan lagak yang baru keluar dari kereta. Pistol di kedua belah tangan diputar-putar. Dia berjalan-jalan santai disekitar kereta itu sebelum dia mendapat arahan daripada Ash bertindak. Tidak semena-mena Jayden mengacukan pistol nya ke arah telinya apabila mendapat arah yang ada beberapa orang cuba mendekatinya. Dia melepaskan tembakan tanpa ragu-ragu.

Keadaaan itu menyebabkan musuh yang bersembunyi tadi keluar daripada tempat persembunyian mereka lalu berlari untuk menyerang mereka. Beberapa tembakan telah dilepaskan ke arah Jayden namum tersasar.

“NOW.” Arah Daiyyan yang baru keluar dari gudang. Ash yang berada didalam kerera terus meneruskan langkah seterusnya dengan menghidupkan pagar electric yang tidak disedari oleh musuh-musah.
Dengan secara tiba-tiba beberapa musuh yang ada disitu terbaring jatuh ketanah dalam keadaan menggelupur. Itu efek daripada renjatan elektri pada pagar. Daiyyan tersenyum puas.

Tapi itu baru siki dia tahu masih ada lagi yang lain di luar sana.  “Backup Jayden. Ash macam biasa.” Arah Daiyyan pada yang lain sambil mengambil beberapa senjata yang dibawa oleh Jayden dan Ash.
Jayden dan yang lain sudah keluar dari pagar. Ini kawasan mereka mereka tahu apa yang musuh tidak tahu.

Ash senyum sinis. Dia tahu apa yang dia patut lakukan. Terus komputer riba yang ada didalam kereta di ambil dan dicapai.

Tiba-tiba wajah Ash berubah lalu dia memandang Daiyyan yang ada diluar kerera.

“Kita ada masalah lagi.” Jerit Ash pada Daiyyan. Daiyyan mendengar terus menuju ke arah Ash.

“Kenapa?” Tanya Daiyyan serius. Masalah apa lagi yang datang ini?

“Akedemi kena serang.” Jawab Ash sambil menunjukkan rakaman cctv dari akedemi. Dahi Daiyyan berkerut. Dari segi pakaian bukankah inj perempuan yang disebelik pokok tadi? . Macam mana dia boleh cepat sangat? Atau mereka memasang perangkap yang lain.

Daiyyang menggengam tangan menahan amarahnya. Terus dia berjalan pantas masok ke dalam gudang.
“Kelvin kunci kereta.” Laung Daiyyan. Kelvin terus menyeluk poketnya lalu melemparkan nya ke arah Daiyyan.

“Awasi Jayden. Hapuskan semua tanpa ada yang tertinggal. Kau orang bertiga ikut aku.” Arah Daiyyan tegas. Enjin dihidupnya lalu kereta sport itu laju membelah jalan raya.

Daiyyan Aiyana (ON GOING)Where stories live. Discover now