bab 14

263 17 0
                                    

Yana membawa jug yang berisi air sirap ke meja makan. “Aleesa maaflah ini saja yang ada.” Kata Yana segan.terkejut mereka tiba-tiba nampak Aleesa keluar dari kereta tadi.
Aleesa memandang Yana. “Tak apa.” Ucap Aleesa sambil senyum ke arah Yana.
“Aleesa macan mana awak tahu Yana dekat sini?” Tanya Khadijah yang sibuk menyelongkar barang solek Aleesa. Khadijah memang tak jaga perangai.
Yana memandang Khadijah lalu menggelengkan kepalanya.
“Tijah janganlah usik barang orang.” Tegur Yana. Khadijah memandang Yana. “Aleesa tak marahlah. Kan Aleesa kan?” Jawab Khadijah sambil bertanya pada Aleesa.
Aleesa tersengih. “Tak apalah Yana. Lagipun barang solek saya banyak dekat rumah itu. Jadi kalau Khadijah nak ambil Khadijah ambillah.” Kata Aleesa jujur.
Mata Khadijah terus bersinar-sinar. “ Ye ke? Wah bak kata pepatah pucuk dicita ulama mendatang. Terima Kasih Aleesa.” Kata Khadijah tanpa segan.
Yana sudah menggeleng kepala dan menepuk dahinya perlahan. Khadijah mana janji cakap tak nak buat perangai?
Aleesa ketawa kecil melihat mereka berdua. Macam dua beradik kalau perangai Yana kakak Khadijah adik. Tapi kalau dari segi rupa paras Khadijah kakak Yana adik. Geram je dia dengan mereka berdua itu.
.“Oh lupa nak jawab. Tadi saya pergi rumah tok penghulu. Jadi Nek Leha bagitahu kalau nak carik Yana cari dia dekat sini sebab dia tak duduk rumah Cik Milah lagi.” Jawab Aleesa pada pertanyaan Khadijah tadi.
“Ha ah saya dah tak duduk dengan Cik Milah lagi.” Ucap Yana.
“Ohh kenapa?” Tanya Aleesa ingin tahu. Yana serba salah menjawab kerana itu masalah peribadinya.
Aleesa sedar akan ketelanjurannya berkata-kata terus menekup mulutnya.
“Maaf Yana kalau saya sibuk tentang hal peribadi awak.” Kata Aleesa sambil memegang tangan Yana.
Yana senyum sambil menggelengkan kepala perlahan. “Tak apa.” Jawab Yana.

“Aleesa buat apa datang sini? Kenapa datang seorang saja?” Tanya Khadijah yang sibuk memasang mascara pada bulu matanya.

“Saya datang sebab rindu koranglah. Bosan duduk KL tak ada  kawan. Yang lain pulak tengah sibuk kerja. Biasalah orang lelaki mesti rajin cari duitkan.” Jelas Aleesa. Bosan dia dikerumini oleh Daiyyan dan yang lain dari kecik sampai sudah besar ini.
Khadijah dan Yana menganggukkan kepala tanda faham.
“Tapi  takkanlah Aleesa tak ada kawan? Macam mana boleh duduk KL tapi bosan. Banyak kot tempat-tempat yang menarik. Bangunan pun besar-besar. Tak macam kampung duduk kampung bangunan paling besar pun sekolah. Dah itu tengok pokok-pokok and rumah orang.” Tanya Khadijah serius.
“Memanglah banyak bangunan tapi tetap bosan tak ada teman.” Jawab Aleesa.

“Tak ada teman? Kawan tak ada? Boyfriend ke?” Tanya Khadijah. Cantik-cantik macam ini tak akan tak ada boyfriend.

Yana hanya menjadi pendengar saja. Menjadi kebiasaan bila Khadijah bercakap Yana akan diam kerana apa yang ditanya Khadijah adalah apa yang dia ingin tahu.

Aleesa menggelengkan kepalanya. “ Sejak arwah ibu meninggal, Abang Daiyyan yang urus kami sekeluarga. Semua kena ikut cakap Abang Daiyyan. Saya tidak dibenarkan untuk berkawan dengan orang yang Abang Daiyyan tak percaya. Saya hanya boleh berkawan dengan kawan-kawan abang dan kembar saya saja.”  Jelas Aleesa sedih. Itulah hakikat hidupnya. Terkongkong.

“Maksud awak kembar awak Zaril?” Tanya Yana.
Aleesa menganggukkan kepala lagi. “Abang memang susah nak percaya orang lagi-lagi setelah apa yang terjadi pada hidupnya makin buat dia sukar untuk meletakkan kepercayaan dia pada orang. Lagipun saya satu-satunya adik perempuan diakan jadi mesti dia nak yang terbaik untuk saya.” Jelas Aleesa lagi.

Yana mendengar cerita Aleesa dengan tekun. Patutlah Dato’ itu macam sombong dan beku saja.
“Tapi Aleesa pergi sini Abang awak pergi sini tahu tak?” Tanya Khadijah sambil mengemas barang Aleesa yang diselongkarnya tadi.
“Tahu. Ayah saya dah bagitahu.” Kata Aleesa.
“Awak tak takut berkawan dengan kami?” Tanya Khadijah lagi. Yelah mereka baru kenal. Dengar penjelasan Aleesa tadi buatkan Khadijah jadi tertanya-tanya Aleesa percayakan mereka ke?

Aleesa menggelengkan kepalanya sambil senyum.” Tak sebab saya dapat rasakan awak berdua baik.” Kata Aleesa.

Khadijah bangun lalu menghampiri Aleesa.  “Awak yakin ke kami ini baik? Entah-entah kami orang jahat. Ya nak bunuh awak dan buat organ awak. Lepas itu kami jadi kaya raya. Hahahah.” Kata Khadijah psiko tetapi niat bergurau.
Aleesa ketawa dengan jenaka Khadijah. “ Orang jahat tak mengaku dia jahat.” Ucap Aleesa.  Khadijah senyum mendengar jawapan Aleesa. Dia memeluk Aleesa dari sisi.

“Kami boleh jadi kawan awak. Kan Yana?” Kata Khadijah yang memeluk erat Aleesa. Yana menganggukkan kepala lalu memeluk Aleesa dan Khadijah sama.
“Ya kita boleh jadi kawan. No bukan kawan tapi sahabat.” Ucap Yana.
Aleesa sebak. Sungguh dia merasa gembira bila ada yang mengaku dia sebagai sahabat. Matanya mula berlinangan airmata. Macam ini ke rasa ada sahabat perempuan? Terharu.

“Ya. Walaupun awak tua dari kami.” Kata Khadijah gurau sambil meleraikan pelukan. Aleesa mendengar terus ketawa. Tak jadi nak nangis dengar lawak Khadijah.

Yana menggelengkan kepala. Ada saja Khadijah nak buat lawak.

“Tapi sedihkan. Kaya raya tapi tak ada kawan.” Gurau Khadijah lagi. Aleesa senyum ke arah Khadijah sambil ketawa kecil.
Yana merasakan Khadihah agak keterlaluan terus menegur Khadijah.
“Tijah kau ini tak baik cakap macam itu.” Ucap Yana pada Khadijah. Khadijah tersengih lalu memandang Aleesa. Ye dia pun rasa agak kasar tadi.
“Sorry.” Ucap Khadijah serba salah.

“Tak apa. Tapi saya suka tengok korang berdua. Saling melengkapi. Bila sorang buat salah sorang lagi tolong tegurkan. Sorang pandai buat lawak sorang lagi pandai melayan jenaka.” Kata Aleesa pada mereka berdua.

Yana dan Khadijah memandang antara satu sama lain sambil tersenyum.
“Kami memang dari kecil kenal sebab itu saling melengkapi. Tapi sekarang lagi lengkap sebab sorang pandai buat lawak, sorang pandai menegur dan sorang tukang ketawa.” Ucap Khadijah sambil menunjuk antara satu sama lain. Mereka semua ketawa kuat. Dapur itu riuh dengan bunyi ketawa mereka.

Tiba-tiba telefon Aleesa berbunyi mengganggu mereka. Aleesa memeriksa telefonnya.
“Abang Daiyyan. Korang saya jawab telefon dulu ya.” Ucap Aleesa lalu bangun dari duduknya menuju keluar rumah.





“Assalamualaikum.” Ucap Daiyyan memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

Daiyyan mengjenguk sekeliling. Macam sunyi saja. Tiada orang kah dirumah. Dia berjalan menuju ke ruang tamu. Tapi masih juga tiada orang. Biasanya kalau dia balik mesti ada orang diruang tamu. Daiyyan meletakkan barangnya dia atas sofa dia melipat lengan bajunya sampai ke sisi sambil berjalan menuju ke dapur.

Dari pintu dapur terlihat Mak Yam sedang sibuk memasak.
“Mak Yam.” Panggil Daiyyan. Mak Yam memaling tubuhnya ke arah Daiyyan.

“Eh.. Dah balik dah? Awal balik. Ini Mak Yam tengah buat makanan untuk makan tengah hari ini.” Kata Mak Yam.

Daiyyan meneguk segelas air masak. “Daiyyan rasa letih sikit itu yang Daiyyan balik ini. Mana orang rumah ini? Tak nampak pun.” Kata Daiyyan pada Mak Yam.

“Oh Tuan Imran ada dekat bilik pejabat. Zaril pulak tak balik dari semalam. Aleesa pulak Tuan Daiyyan boleh tanya Tuan Imran sebab Mak Yam tak berapa pasti. Yang Mak Yana tahu dia cakap dia nak pergi kampung jumpa Khadijah dan….. Yana.. tak silap Mak Yam.” Jelas Mak Yam.

Daiyyan memgerut dahinya. Hairan mustahil Aleesa pergi jauh tanpa pengetahuannya.

“Oh okey. Nanti Mak Yam panggil saya kalau dah siap masak.” Ucap Daiyyan. Mak Yam hanya menganggukkan kepalamya.

Daiyyan berjalan mengambil barangnya yang ada disofa lalu dibawanya naik ke atas. Dia meletakkan barang itu didalam biliknya sebelum berjalan menunuju ke bilik pejabat Ayahnya. Sampai disitu Daiyyan mengetuk pintu lalu memulas tombal pintu. Dia menjenguk untuk melihat jika Ayahnya ada atau tidak.

“Ehh Daiyyan dah balik? Masuklah.” Ucap Tan Sri imran yang berada dimeja kerjanya.

Daiyyan masuk ke dalam bilik itu dan menuju ke arah meja kerja ayahnya. Kerusi yang tersedia disitu dia tarik dan dia duduk.

“Ayah Daiyyan nak tanya Aleesa mana?” Tanya Daiyyan pada Ayahnya.

Tan Sri Imran memandamg Daiyyan dengan pandangan yang hairan. Takkan Daiyyan tak tahu? Tan Sri Imran menggelengkan kepalanya..

“Sibuk sangat ke semalam sampai tak tengok Phone?” Tanya Tan Sri Imran seakan menyindirnya.

Daiyyan menyeluk poketnya untuk mengeluarkan telefonya. Daiyyan mengeluh apabila telefonya tidak hidup.

“ sorry phone Daiyyan habis bateri.” Kata Daiyyan. Tan Sri Imran hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Aleesa pergi kampung Jumpa Yana dan Khadijah.” Ucap Tan Sri imran sambil membelek-belek Fail dihadapannya..

“Kampung? Maksud Ayah Aleesa pergi kampung? Dengan siapa?” Tanya Daiyyan tidak percaya.

“Sorang. Pak Jali drive. .” Kata Tan Sri Imran sorang.

Daiyyan terkejut. “Ayah izinkan dia pergi sorang? Kenapa ayah tak bincang dengan Daiyyan dulu. Ayah tahu tak bahaya dia pergi sorang-sorang kalau jadi apa-apa macam mana? Kita bukannya kenal mereka Ayah. Ayah boleh percaya mereka macam itu saja?” Kata Daiyyan suaranya agak kuat tanpa dia sedar.

Tan Sri Imran menutup fail dibacanya tadi lalu dia menumpukan perhatiannya pada Daiyyan.
“Daiyyan Aleesa dah besar. Kamu sepatutnya tak boleh kongkong dia macam itu sangat Daiyyan. Dia pun nak rasa hidup bebas, ada kawan, buat perkara yang dia suka tanpa ada orang yang halang. Daiyyan. Ayah faham kamu sangatkan keluarga ini sayangkan Aleesa tapi kamu kenapa faham apa yang dia rasa. Aleesa seorang perempuan. Perasaan dan hatinya mudah tersentuh. Kalau kita silap dia akan memberontak. Hatinya kan terluka Daiyyan.” Ucap Tan Sri Imran panjang. Dia harap Daiyyan faham dan dengar apa yang dia sampaikan.

Daiyyan diam dan berfikir. Adakah selama ini dia keterlaluan?  Adakan dia selama ini tidak faham perasaan keluarganya? Adakah dia pentingkan dirinya sendiri? Fikirannya serabut ketika itu.

Dia meramas rambunya kasar dan menyusap lehernya. Agak penat dia rasakan.

“Tak apalah Ayah Daiyyan masuk bilik dulu. Nanti dalam pukul 2 Daiyyan bertolak pergi jumpa Aleesa.” Kata Daiyyan lalu keluar dari bilik itu

Tan Sri Imran menghela nafas perlahan. Daiyyan memang seorang anak yang bertanggungjawab tapi Daiyyan juga seorang yang sangat mengongkok. Terlalu. Sampai dia pun tidak faham dengan anaknua itu.



Bella keluar dari bilik. Dia mengjenguk sekeliling.  “Macam sunyi saja.” Kata Bella yang menutup pintu bilik itu.
“Sapa izinkan kau keluar?”
Bella terkejut dengan suara itu terus memelingkan tubuhnya ke arah suara itu.

“Ash. Terkejut i.” Ucap Bella sambil mengurut dadanya. Ash yang menyandar badannya ke dinding dipandang.

“Ehh hilang dah saya awak kau. Sekarang i you pula? Geli aku?” Sindir Ash lalu berjalan melewati Bella.

Bella terasa. Tapi dia hanya biarkan saya. Dia mengekori Ash menuruni tangga. “Ash. Sapa saja ada dirumah?” Tanya Aleexa tang masih mengekori Ash.

Ash berhenti membuatkan Bella terlanggar belakang Ash.
“Aduh.” Adu Aleexa sambil menggosok dahinya.

“Perlu kau tahu siapa yang ada? Atau kau nak tanya Daiyyan dimana?” Ucap Ash lalu berjalan ke dapur.

Bella mengeluh. Dia masih juga mengikut Ash. “Okey. Daiyyan mana? Kenapa dia tak datang sini?” Tanya Bella.
“Buat apa dia nak datang sini. Ini bukannya rumah dia pun ini rumah kami.” Jawab Ash lalu meneguk segelah air.

“Tak akan dia tak nak jenguk I tanya I okey ke tak? Yelahlah semalamkan dia yang selamatkan i.” Kata Bella. Dia dapat rasakan Daiyyan akan menerimanya kembali kerana cinta Daiyyan padanya masih ada. Kalau tidak mana mungkin dia nak selamatkannya.

“Ehh kau jangan nak perasan lebih boleh tak. Tak ada maknanya Daiyyan itu jenguk kau. Kalau boleh tak nak pun dia tengok muka kau. Kau itu hanya tawanan kami saja.” Jawab Ash kasar.

“Ohh kalau tawanan kenapa layan I macam tetamu? Bukannya tawanan dilayan kasar ke? Mustahil korang buat semua itu tanpa arahan dari Daiyyan kan?” Teka Bella cuba untuk mengatakan benda yang betul.

Ash hanya diam. Malas dia  nk bercakap dengan perempuan yang psiko itu. Ash baru saja cuba melangkah pergi terus dia tahan oleh Aleexa.

“Daiyyan yang kita kenal tak akan beri layanan baik pada orang yang di benci. “ Kata Aleexa sinis. Ash merentap tanggannya lalu beredar. Memang Aleexa ini sudah gilakan Daiyyan sangat.

Aleexa pula senyum seorang diri. Dia yakin cinta Daiyyan padanya masih ada. Dan dia akan rebut cinta Daiyyan kembali.



Malam itu Aleesa, Yana dan Khadijah duduk santai dibangsal tepi rumah sewa yana yang menghadap bendang sawah padi.

“Seronakkan duduk kampung. Tak serabut macam duduk dibandar bunyi bising sana sini. Tapi itu lah sini banyak nyamuk” ujur Aleesa sambil menampar lengannya yang  digigit nyamuk.

Khadijah dan Yana senyum memandang Aleesa. Ya memang mereka tidak menafikan duduk dikampung sangat lah menenangkan jiwa. Tapi bagi mereka dikampung mestilah rasa seronok kalau dapat duduk dibandar kerana tidak pernahkan merasai suasana dibandar.

“Aleesa sekarang buat apa?” Tanya Khadijah pada Aleesa.
Aleesa memandang Khadijah. “ Sekarang saya dan kembar tengah bercadang nak bukak business . Mybe bisnes kedai pastri. Yelah saya ini minat sangat buat pastri jadi teringin nak ada kedai Pastri sendiri. Lagipun Zaril belajar pengurusan perniagaan jadi dia boleh tolong uruskan perniagaankan. Saya tahu buat pastri saja.” Jelas  Aleesa. Dalam otaknya sudab terbayang-bayang bagaimana merema berdua menguruskan perniagaan itu.

“Wahh baguslah itu. Ada perniagaan sendiri tak berkerja dengan keluarga. Nanti kalau dah bukak kedai itu boleh ambil Yana kerja diakan nak pergi KL nanti.” Kata Khadijah tanpa sedar. Yana terus menampar paha Khadijah. Disudah kata jangan bagitahu sesiapa. Khadijah diam sambil menekup mulutnya. “Sorry.” Kata Khadijah serba salah.

Aleesa mengerut dahi. “ Awak nak pergi KL buat apa?” Tanya Aleesa.

Yana tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. “Saya bercadang nak berhijrah ke KL. Nak cuba nasib disana. Yalahkan sampai bila nak duduk sini menyusahkan orang kampung.” Kata Yana. Ikutkan dia tak nak Aleesa tahu. Dia yakin Aleesa pasti akan menolongnya.

“Kau tak susahkan oranglah. Sekali lagi kau cakap macam itu aku tumbok kau nanti.” Marah Khadijah kerana tidak suka dengar Yana kata begitu. Yana ketawa kecil memandang Khadijah. Dia cakap benda yang betul pun salah.

“Bila nak pergi?” Tanya Aleesa lagi.

“Sepatutnya esok pagi. Tapi itulah Aleesa ada disini rasanya tunggu Aleexa balik KL baru saya pergi sana.” Jelas yana. Ye rancang dia nak pergi esok memandang Nek leha dan Tok penghulu sudah tahu rancangannya.
“Ohh Yeke. Sorrylah kacau plan. Tapi awak pergi naik apa?” Tanya Aleesa lagi.

“Naik bas kot.” Balas yana. Aleesa menganggukkan kepalanya.

Tiba-tiba Aleesa berfikir sesuatu lalu dia memandang Yana kembali.
“Kalau macam itu esok sajalah saya balik.Awak tumpang saya pergi KL. Lagipun esok saya rasa nak pergi sungai. “ Ucap Aleesa mempelawa.

Yana mengerut dahi. “Ehh tak apalah. Kalau awak rasa nak duduk sini dulu saya okey saja. Nak pergi KL nanti-nanti pun boleh kan. Lagipun saya tak nak susahkan awak nanti.” Ucap Yana segan. Sudah dia cakap Aleesa pasti nak menolongnya.

“Eh tak susahkanlah Yana. Lebih baik awak pergi dengan saya lagi pun kan bahaya lah perempuan naik bas tanpa teman.” Ucap Aleesa Risau. Banyak sangat berita berita jenayah berkaitan bas ini. Risau dia kalau Yana naik bas. Sudahlah tak biasa pergi jauh-jauh. Ini pula nak naik bas.

“Betul itu. Kau ikut sajalah Aleesa Yana aku risau juga kalau kau pergi KL naik bas. Takut aku kalau jadi apa-apa dekat kau. Kalau dengan Aleexa sekurang-kurangnya kau selamat.” Kata Khadijah untuk menyakinkan Yana. Dia memang tak setuju Yana guna bas ke KL tapi dia tak daoat nak melarang kerana tiada pengangkutan lain selain bas boleh digunakan. Sekarang ada Aleesa bolehlah tumpang.

Yana diam sejenak memikirkan kata-kata Khadijah dan Aleesa. Ada betulnya juga nanti sampai di KL dia boleh minta tolong Aleesa untuk carikan dia bilik sewa. Dia nak perfi KL tanpa orang yang tolong memang makan diri. Tak fikir panjang betul dia ini.

“Kalau saya fikirkan dulu boleh.” Kata Yana. Aleesa senyum dan menganggukkan kepalanya. Ye dia harus fikir dulu. Kena rancang betul-betul.

Tiba-tiba ada sebuah kereta meluncur masuk ke kawasan rumah sewanya itu. Mereka bertiga menoleh ke arah kereta yang berwarma hitam itu.

“Sapa itu?” Tanya Khadijah Hairan.

“Tak tahu.” Jawab Yana.

Aleesa memenadang kereta itu dengan teliti.

“Itu bukannya….”

Daiyyan Aiyana (ON GOING)Where stories live. Discover now