2

244 17 5
                                    

Pulau Mabul, Sabah

Mata Elvina tidak habis menatap pemandangan laut yang cantik dihadapannya. Sungguh dia tidak sangka dapat melihat keindahan Pulau Mabul di depan matanya sendiri.

"Elvina? Kau sudah pergi makan ka?" Soal Qaisara yang merupakan salah seorang sahabatnya yang selalu menyertai aktiviti sukarelawan.

"Duluan lagi saya makan bah tadi." Balas Elvina dengan loghat Sabah yang sama seperti Qaisara.

Elvina dan adiknya lahir di Sabah walaupun kedua-dua ibu bapa mereka adalah orang Selangor. Mereka menetap di Sabah kerana ibu bapanya di pindahkan atas tujuan bekerja.

"Aik? Duluan sudah kau? Nda pula saya perasan hahaha..."

"Tulah kau, terlampau menengok laut sampai nda perasan sudah." Ucap Elvina dengan nada bergurau.

"Cantik bah laut di sini. Biru betul tu air laut."

"Kan! Nda sabar oh saya mau mula tu aktiviti mengutip sampah esok!" Elvina sangat teruja sehinggakan tidak boleh menunggu untuk hari esok.

"Lepas ini pulau bersih mesti lagi cantik!" Mata Qaisara masih tidak lepas memandang kearah laut yang tenang itu.

Jam sudah menunjukkan enam petang. Tinggal beberapa minit sahaja sebelum waktu magrib tiba.

"Jomlah kita pergi solat kat surau depan tu. Boleh juga kita kenal dengan orang kampung di pulau ni."

"Hmm...Betul juga kan? Good idea! Nanti saya maklumkan dekat group chat kita." Qaisara setuju dengan cadangan Elvina dan terus mencapai telefon miliknya untuk memberitahu rakan mereka yang lain.

Apabila azan mula berkumandang, mereka berdua mula berjalan menuju kearah surau yang berada hanya depan di tempat penginapan mereka.

Ramai juga sukarelawan lain yang datang ke surau untuk menunaikan solat bersama-sama.

Ketika imam membacakan doa selepas solat, mereka semua dikejutkan dengan bunyi tembakkan dan jeritan orang ramai dari luar. Bekalan elektrik juga telah tiada dan membuatkan keadaan pulau itu gelap gelita.

"Lari! Lari!"

Elvina yang panik mendengar bunyi tembakkan mula memeluk Qaisara sambil menangis.

Orang ramai mula berpusu-pusu lari keluar dari surau untuk menyelamatkan diri.

"Apa tu?" Soal Elvina bersama tangisan.

"Kita kena serangan lanun atau pengganas. Ikut saya!" Arah seorang lelaki yang ada menunaikan solat bersama mereka tadi. Beberapa orang yang masih tinggal mengikut lelaki itu tanpa sebarang kata.

Mereka semua mengikut langkah lelaki itu keluar dari surau dan bersembunyi di sebalik rumah penduduk sambil matanya meliar memastikan keadaan selamat sebelum mengarahkan yang lain untuk bergerak.

Keadaan yang gelap menyukarkan mereka semua bergerak mengikut lelaki itu sehinggalah mereka di kawasan sebuah jeti usang.

"Okay...Korang tunggu sini. Nanti ada bot penyelamat akan datang." Beritahu lelaki itu.

Dibawah cahaya rembulan, barulah terlihat wajah kacak lelaki itu yang dipenuhi peluh dan kerut.

Elvina terkejut kerana lelaki inilah yang datang ke cafe untuk membeli coffee minggu lepas.

"Eh? Encik mau ke mana?" Soal mereka yang lain apabila lelaki itu ingin meninggalkan mereka.

"Saya perlu selamatkan yang lain. Jangan risau, pengganas tu tidak akan tahu kehadiran kamu disini. Pastikan tiada suara yang mereka boleh dengari. Faham?" Pesan lelaki itu dengan serius lalu berlari meninggalkan mereka.

Kini tinggal mereka lapan orang di jeti usang itu untuk menunggu bot penyelamat seperti yang lelaki itu maklumkan.

Setelah 20 minit, lelaki itu kembali bersama beberapa orang warga emas dan kanak-kanak.

Elvina sedar yang lelaki itu memegang lengannya sambil menahan sakit.

"Are you okay?" Soal Elvina lalu meluru kearah lelaki itu.

"Jangan risau. Luka sikit saja." Beritahu lelaki itu lalu membuka tali pinggang dan mengikat lengannya sendiri untuk menghentikan pendarahan.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal Elvina lagi. Dia betul-betul risau dengan keadaan lelaki yang menjadi penyelamat mereka itu.

"It's okay...Awak pergilah berkumpul dengan yang lain. Mungkin sekejap lagi bot penyelamat akan datang."

Tanpa membantah dia terus kembali bersama rakan-rakannya yang lain dan teruskan menunggu.

Tunggu dan tunggu akhirnya bot penyelamat sampai untuk membawa mereka pergi. Kesemua mereka mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada lelaki itu.

Elvina yang tidak ketinggalan ingin mengucapkan terima kasih terkejut apabila tentera yang datang menyelamatkan mereka memberi tabik hormat kepada lelaki itu serta memanggilnya 'Tuan'.

Ini bermaksud...

Lelaki dihadapannya ini bukanlah lelaki biasa...






♡♡♡♡♡
Hai guys! Sorry sebab lama tak update huhuhu...Saya dah busy dengan kerja. Please komen dan vote ya untuk bakar semangat saya untuk terus update hehehee...Love you guys!🎀💕

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suri Hati Leftenan NazrielWhere stories live. Discover now