💞 Chapter 12 💞

601 44 9
                                    

💕 Erlan Alexander & Ayu Rashikah 💕

Ayu POV

Aku baru sahaja mandi dan memakai baju, baru sahaja aku ingin membuka pintu bilik air, aku terdengar bunyi pintu hotel terbuka. Aku terdengar bunyi derapan tapak kaki itu datang ke arah bilik air. Aku semakin gugup kerana aku masih malu dengan dia.

'Tok tok tok'

"Kau lambat lagi ke kat dalam tu." Laung Erlan. Ishh dia ni aku tengah takut ni boleh pulak dia kata macam ni.

"Tak payah takut lah. Keluar jelah bukan aku makan ko pon. Cepat sikit aku nak gosok gigi ni." Tambah dia. Macam mana dia boleh tahu aku takut nak keluar ni? 

Erlan sudah pun mandi awal awal lagi cuma dia bersembang dengan Arlan dan Zayn diluar tadi.

Krekkk

Aku keluar tanpa memandang dia lantas aku kearah bagasi yang telah ku bawa dan memasukkan baju kotor.

Aku melihat dia telah baring di atas tilam empuk itu dengan mengangkat lutut kiri, kaki kanan pula meluruskan dan tangan kanan meletakkan di dahi. Aku kesana dan mengambil bantal. Baru aku ingin ke sofa dia telah bertanya ku.

"Kau nak ke mana." Tanya dia dengan mata masih terpejam lagi.

"Erkk sa--ya n--nak pe--pe--gi tido de--dek--dekat sofa." Gagap terus aku cakap. Encik jantung ni pun satu dok dup dap dup dap.

"Kau ingat ini drama TV3 ke. Aku ni bukan laki yang macam tu. Kau tengok aku macam ni tapi aku still berperkemanusian lagi. Apetah lagi ko ni pompuan. Meh duduk kat sini." Selama aku kenal Erlan ni tak pernah aku dengar dia cakap panjang macam ni even tak panjang sangat pon sebab selalunya orang tanya sepatah dia jawab sepatah.

Mulanya aku takut nak duduk tapi bila dia dah bangun nak pergi kat aku cepat-cepat aku datang dekat dia and duduk menghadap dia.

"Boleh aku tanya something?" Aku hanya mengangguk sahaja.

"Kenapa kau pakai tudung siap pakai stokin lagi extra handsock pulak tu. Aku kan suami kau. Itu dulu memang lah kau kene pakai semua bende tu tapi sekrang tak payah lah." Katanya lembut. Ya Allah cair dengar.

"Saya tak biasa lagipun saya tak pernah lagi buka aurat depan ajnabi." Kataku perlahan sambil menundukkan kepala.

"Kenelah biasakan okey sayang." Ya Allah melting lagi gue dia panggil aku Sayang huarghhhh.

Dia berganjak kearahku dan membuka tudung sarungku kemudian membuka handsock . Apabila dia ingin membuka stokin bercorak spangebob aku ini terus ku menahan. Dia memandang aku.

"Malam-malam saya memang akan pakai stokin." Dia mengerti itu terus mengangguk.

Dia memandang aku semula dan tersenyum manis aku pun membalas tiba-tiba tangan dia naik kearah rambutku lantas dia mengangkatku ke ribanya. 

Aku agak terkejut dengan kelakuannya tapi aku membuang rasa malu ini.

Dia meletakkan kepalaku ke dada bidangnya yang terdedah itu. Aku pun tak tahu kenapa dia tak pakai baju dah biasa kot dah lah malam ni dia pakai short pants je. Aku pon memang lah selalunya pakai short pants kat rumah tapi depan dia takkan aku nak pakai so pakai jelah kain batik ni.

𝐌𝐑𝐒 𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍𝐙 Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt