BAB 28

6.7K 572 140
                                    

Mr Droye memberhentikan keretanya. Dia keluar dari kereta dengan segera kemudian matanya melilau melihat sekeliling kawasan itu. Tempat itu merupakan tapak pembinaan lama dengan bangunan lusuh yang tidak siap dibina. Akar dan daun menjalar di merata tempat.

Mr Droye tidak sedap hati. Dia menutup pintu kereta lalu masuk ke dalam bangunan itu. Dia tidak perlu susah2 mencari, kelihatan Edrian sudah setia menantinya di situ. Mr Droye agak pelik mengapa Harry tiada di sisi Edrian seperti selalu. Mengapa Edrian bersendirian?

Edrian hanya berdiri dengan kedua tangannya di dalam poket seluar sambil memandang kosong wajah Mr Droye. Wajahnya tiada riak.

"Edrian, I can explain--"

Belum sempat Mr Droye mahu menghabiskan ayatnya, Edrian meletakkan jari telunjuknya di atas bibir, menyuruh lelaki itu diam.

"After everything I have done for you, Droye. I helped you to expand your business, helped you achieve a wealthy life. Now, this is how you repay me?" Soal Edrian. Nada suaranya mendatar.

"Wait, Edrian, it's not---"

"SHUT. IT."

Mr Droye terus terdiam apabila mendengar suara tegas Edrian. Wajah lelaki itu mula berubah keruh, kemarahan Edrian sudah mula memuncak.

"You think I won't know that it's you, isn't? You underestimate me too much, Droye. Let's see. Let's see what I'll do."

Edrian mengeluarkan sebuah pendrive dari poket seluarnya. Pendrive yang mengandungi perbuatan terkutuk Mr Droye.

"I helped you with your business, Droye. Of course I know every dirty deeds you've done up until now. Why can't you think before you act?"

"EDRIAN, I'M SORRY--"

"No. 'Sorry' won't redo what you've done. It's too late. You should've never mess with me."

Mr Droye mula menggeletar. Tak. Tak boleh. Dia tak boleh biarkan Edrian membongkarkan perbuatan. Perniagaannya, keluarganya, seluruh hidupnya akan musnah!

Mr Droye mengeluarkan pistol yang diselit di sisi seluarnya dengan pantas lalu dihalakan pistol itu ke arah Edrian.

BAM!

Bunyi tembakan bergema di dalam bangunan itu. Namun, yang rebah bukan Edrian tetapi Mr Droye. Pistolnya sudah tercampak ke sisi. Lelaki itu melutut sambil mengerang kesakitan. Bahunya yang berdarah akibat ditembak dipegang kuat.

Mata Mr Droye memandang Edrian. Lelaki itu hanya tenang berdiri dengan kedua tangan di dalam poket seluar. Tidak kelihatan seperti dia yang telah menembak Mr Droye.

Kemudian, kelihatan Harry turun dari tangga bangunan yang tidak siap itu. Sebenarnya sejak tadi Harry bersiap sedia di tingkat 2. Pistolnya sentiasa menghala ke arah Mr Droye sejak lelaki itu menjejakkan kaki di situ. Sebelum Mr Droye menembak Edrian, tangan Harry lebih pantas melepaskan tembakan.

Edrian melangkah ke arah Mr Droye yang masih melutut. Kemudian, Edrian mencangkung di hadapan lelaki itu. Tangan Edrian menekan luka tembakan di bahu Mr Droye membuatkan lelaki itu menjerit semakin kuat menahan sakit.

"Do you know why Harry shot you on the shoulder instead of killing you off? Because I want you to live and suffer seeing your business crumbles in front of your eyes." Wajah Edrian kelihatan sangat menakutkan di mata Mr Droye.

Edrian berdiri tegak. Dia mengambil sapu tangan yang dihulurkan Harry lalu mengelap darah yang terpalit di tangannya.

"You should've kill me instead of her. And now you're 'dead'. Goodbye, Mr Sebastian Droye."

My Sweet Cupcake 🧁✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن