BAB 29

6.5K 570 113
                                    

Erina menjejakkan kaki di kondominium yang sangat dekat dengan universitinya itu. Kondominium itu tidak sebesar kondominium milik Edrian tetapi masih terlalu besar untuk Erina seorang.

"This is the house key. I have brought all your clothes and belongings here. So, please rest well until your injury heal completely. After that, you can start going to your classes like usual." Terang Harry sambil meletakkan segugus kunci di atas rak di sebelah pintu.

Erina hanya diam membisu. Matanya memandang kosong sekeliling rumah itu, tidak sedikit pun dia berasa teruja melihat kemewahan rumah yang bakal dia duduki ini.

"Thanks, Harry."

Harry hanya mampu tersenyum sedikit. Dia tahu Erina mesti keliru dan penat sekarang. Tetapi, Harry yakin ini yang terbaik untuk gadis itu.

"I'll go now. Call me anytime if you need anything. Take care of yourself."

Harry membuka pintu utama lalu mula melangkah keluar. Pintu ditutup meninggalkan Erina yang masih berdiri di dalam rumah sendirian.

Sebelum Harry beredar, dia meletakkan sejenis alat kecil pada pintu rumah. Alat itu merupakan sejenis sensor yang akan memberikan amaran kepada Harry jika Erina berada dalam bahaya. Jadi Harry boleh datang secepat yang mungkin untuk membantu Erina.

Erina duduk di atas sofa empuk di ruang tamu rumah itu. Kepalanya sarat dengan pelbagai masalah. Niat Erina untuk berbincang dengan Edrian sudah hancur semuanya. Mungkinkah Edrian sudah benar2 membenci Erina? Adakah disebabkan Erina berburuk sangka kepadanya?

Tiba2, telefon Erina berbunyi. Erina melihat nama Blanca lalu panggilan dijawab.

"Hello?"

"Hello, Erina! Are you okay? Did you arrived safely? Me and Nafisa are so worried about you." Kedengaran suara risau Blanca di hujung talian.

"Yes, I have arrived safely...at my 'home'. Don't worry, I'm fine." Balas Erina, ringkas.

"Really? I'm glad. Please rest well, okay? Can we visit you tomorrow or anytime you free?"

Erina tersenyum. "Of course you can. Please come. I'll give you the address. Hmm, can you bring my stuffs at your house when you come over?"

"Sure! Okay then, take care dear. Get well soon!"

"Thanks, goodbye."

Erina menamatkan panggilan. Dia membuka aplikasi Whatsapp lalu menghantar alamat rumah baru itu yang diberi Harry tadi kepada Blanca. Kemudian, Erina meletakkan telefon di sisi.

Dia mencapai remote control lalu membuka televisyen. Mana tau ada apa2 cerita yang dapat menghiburkan hatinya. Namun, yang ada hanyalah siaran berita. Erina mendengar saja pemberita wanita di televisyen itu bercakap.

"Seorang usahawan terkenal Malaysia, Encik Sebastian Droye telah ditahan pihak polis atas kesalahan rasuah, mencuri dan beberapa lagi jenayah berat yang dilakukan sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang ahli perniagaan. Beliau dijatuhkan hukuman---"

Erina menggeleng perlahan. Apa nak jadi dengan dunia ni. Orang sanggup melakukan apa saja demi wang dan kekayaan. Erina menutup televisyen lalu meletakkan remote control di atas meja di hadapan sofa itu.

Mata Erina terasa berat. Dia berbaring di sofa itu lalu perlahan-lahan Erina mula terlena.

* * *

Edrian meletakkan pen di atas meja lalu mengurut kepalanya. Sejak seminggu ini dia sering sakit kepala. Mungkin kerana dia terlalu banyak berfikir...dan risau. Risau dengan keadaan Erina. Kerjanya di pejabat juga terganggu.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now