BAB 30

7.3K 614 99
                                    

Pagi hujung minggu itu Erina hanya termenung memandang ke luar tingkap. Langit yang cerah menenangkan sedikit hatinya yang sedang bercelaru.

Erina bermimpi malam tadi selepas membuat solat istikharah. Dia mimpikan Edrian.

Apa patut Erina buat sekarang? Patut ke Erina berjumpa Edrian dan bincangkan perkara ini? Mungkin selama ini apa yang mereka berdua perlukan hanyalah berbincang dengan baik.

Selama ini, Erina selalu mengutuk dan berburuk sangka dengan Edrian kerana lelaki itu sering ke kelab malam. Memang perbuatan lelaki itu salah. Namun, itu tak membolehkan Erina untuk menghakimi Edrian. Tambahan pula, dia telah menuduh Edrian meniduri perempuan lain.

Semasa perempuan asing itu muncul di rumah Edrian tempoh hari, sepatutnya Erina tenang dan cuba menyelesaikan perkara itu dengan baik. Tak kiralah betul atau tidak Edrian membawa gadis asing itu pulang, Erina sepatutnya berfikiran rasional.

Adakah selama ini sangkaan buruk Erina terhadap Edrian sebenarnya salah? Adakah...Erina sendiri yang melabel Edrian sebagai manusia begitu?

Erina sudah buat keputusan. Dia perlu berjumpa Edrian. Mereka tak boleh seperti ini. Sudahlah langsung tidak berjumpa, tiba2 mahu failkan penceraian. Mereka perlu berjumpa dan berbincang dengan matang. Apa nak jadi selepas itu, jadilah.

Soal perkahwinan dan penceraian bukan hal main2. Tak kiralah perkahwinan itu bahagia atau tidak, mereka tetap perlu berbincang dulu.

Erina mencapai telefon. Nombor Edrian didail tanpa ragu2. Namun, hanya voice mail yang kedengaran. Erina mencuba lagi beberapa kali tetapi masih tidak berjaya. Telefon Edrian mati ke?

Erina segera menelefon Harry. "Hello, Harry?"

"Hello. Do you need anything Erina?"

"Err, aku nak tanya...Edrian ada dengan kau ke? Sebab, aku call dia tak angkat."

Harry diam seketika di hujung talian. "Err, actually..."

"Wait, what??"

* * *

Erina menjejakkan kaki ke kawasan yang tidak asing baginya itu. Kawasan kondominium Edrian. Erina tersenyum dan menyapa pak guard di situ yang sememangnya sudah mengenali Erina kerana keramahan gadis itu.

"Assalamualaikum, Pak Ya. Pak Ya sihat?" Soal Erina dengan senyuman manis.

Pak Ya terus tersenyum lebar melihat wajah Erina. "Waalaikumusalam. Alhamdulillah sihat. Haa, Erina. Dah lama pak cik tak nampak kamu. Kalau tak, setiap pagi kamu tegur pakcik sebelum pergi kelas. Kamu pergi mana? Kamu sihat tak?" Soal Pak Ya panjang lebar. Dia agak risau memandangkan sudah lama tidak bertemu Erina.

"Saya sihat je Pak Ya. Alhamdulillah. Saya...balik kampung seminggu dua ni. Ada hal sikit." Erina terpaksa berbohong kepada Pak Ya.

"Laa, yeke. Hmm...tapi mana suami kamu tu? Edrian? Dia tak ikut kamu ke?"

Erina terus berdebar apabila nama Edrian disebut. Ya, Pak Ya sudah lama tahu tentang hubungan mereka. Erina memberitahu Pak Ya kerana tak mahu lelaki itu salah sangka. Yela, Erina dan Edrian kan tinggal berdua. Maka, untuk mengelak fitnah, lebih baik dia beritahu memandangkan dia juga rapat dengan Pak Ya.

Erina mula tersenyum hambar. "Err, tak. Dia tak ikut. Dia ada kerja, Pak Ya."

Pak Ya mengangguk faham. "Haa, yela."

"Boleh saya masuk tak, Pak Ya?" Soal Erina.

"Eh, apa tak boleh pulak. Kan rumah kamu kat sini. Silakan, silakan."

Erina tersenyum manis. Nasib baik dia mengenali Pak Ya. Jika tidak, pasti susah untuk Erina masuk ke kawasan kondominium itu. Erina masuk ke kawasan parking lalu menekan butang lif. Erina melangkah masuk ke dalam lif sebaik saja lif itu terbuka.

My Sweet Cupcake 🧁✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن