f o u r t e e n

69 31 23
                                    

- please change your background into white for a better reading experience 🕊

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- please change your background into
white for a better reading experience 🕊

update!
vote + comment juseyo :3

now on air : our destiny

|| chapter 14

"SAYANG! Suami awak yang paling kacak dah balik! Sambutlah hikhik!" Dengan ceria, Jimin menanggalkan kasut dan menyimpannya di dalam rak sebelum masuk ke dalam rumah.

"Ju sayang!"

"Iya! Sabar!" Juyoon tertawa halus lalu mendekati Jimin. Suaminya statik di depan pintu, menunggu pelukan hangat hangat darinya. "Hai kesayangan."

"Hai kesayangan." Juyoon tersenyum dan melingkarkan tangan ke leher Jimin, memeluknya seerat mungkin. Dia memejamkan mata.

Perkara-perkara pelik yang terus bermain di kepala dia cuba usir jauh-jauh. Tolonglah, bagilah dia peluang untuk bernafas dan merasa bahagia.

"Eh, sayang, kejap." Jimin meleraikan pelukan, merendahkan kepala hingga mata mereka selaras. Suaminya mengerdipkan mata beberapa kali.

"Mata kau sembablah. Kau nangis ke?"

Jimin ungkit sahaja, terus berkaca anak mata Juyoon. Bibir diketap kuat lalu dia palsukan senyuman, menggelengkan kepala. "T-takdelah. Dah, masuk cepat. Aku dah siapkan makan malam."

"Eung."

Kelibat Juyoon dihantar dengan keluhan kecil. "Apa lagi yang dia fikirkan sangat tu?" Gumamnya pada diri sendiri sebelum melangkah ke bilik.

Juyoon memegang erat sinki, menahan diri sendiri dari menitiskan air mata namun dia terlalu lemah dan akhirnya kalah.

Air mata terus merembes tanpa henti. "Aish, j-jebal." Dia tersedu-sedan. Laju sebuah cawan dicapai lalu air masak dituang ke dalamnya. Air tersebut diteguk.

Tangan mengelap pipi yang kebasahan. Jenuh dia tahan diri sendiri untuk berhenti menangis sebelum Jimin nampak dia dalam keadaan begini.

Memalukan betul! Stop crying already! Juyoon menjerkah diri sendiri sebelum membuka paip air dan membasuh muka sekilas.

Wajah di lap dengan tisau berdekatan. Gadis itu menghela nafas dan menyusun langkah ke meja makan, menghidang hidangan makan malam dan duduk menunggu Jimin.

"Miann." Jimin tersengih comel dan segera mengambil tempat, mencapai senduk nasi dan menyenduk nasi untuk mereka berdua tanpa disuruh.

✓ our destiny | pjm. Where stories live. Discover now