BAB 31

7.2K 615 132
                                    

Edrian yakin selepas layannya yang dingin terhadap Erina semalam, gadis itu takkan mahu berjumpa Edrian lagi. Pasti Erina semakin membenci Edrian.

Itulah tanggapan Edrian. Namun, mengapa Erina sedang berdiri di hadapannya sekarang?

Mata Erina melilau memandang ke arah lain, tidak mahu menatap pandangan tajam Edrian. Gadis itu hanya berdiri tegak sambil bersilang tangan.

"Kau ni kenapa asyik pecah masuk rumah aku?"

"Saya tertinggal barang, okay? Saya datang nak ambik barang saya je. Tak payah la nak marah." Rungut Erina, mencipta alasan.

Sebenarnya memang Erina tak mahu berjumpa Edrian. Tetapi, semalaman Erina tak dapat tidur lena kerana memikirkan keadaan Edrian yang demam panas. Siapa nak masak untuk dia? Siapa nak sediakan ubat dia?

Erina sedar semua itu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Berdosa jika dia tidak menjalankan tanggungjawabnya. Selama mereka masih dalam ikatan perkahwinan, biarlah Erina lakukan apa yang seorang isteri perlu lakukan. Selepas ini, mungkin Erina takkan bergelar isteri Edrian lagi.

"Barang apa?"

Erina tersentak dari lamunan. "Haa?"

"Aku tanya...barang apa yang kau tertinggal tu? Bukan semua barang kau Harry dah ambik ke?" Soal Edrian, dingin.

Erina garu kepala. "Err, ada la...dalam bilik tu. Saya letak kat dalam almari. So, maybe Harry tak jumpa. Saya nak ambik kejap. Boleh ke tak?"

Edrian tidak menjawab. Dia hanya mengeluh lalu berpusing ke belakang menuju ke tangga. "Make it fast."

Erina hanya memerhati Edrian yang menaiki tangga menuju ke biliknya. Erina mengeluh sedikit. Kenapa layanan Edrian sangat dingin dengannya? Adakah Edrian sudah terlalu membenci Erina?

* * *

Edrian duduk di atas katil sambil mengusap rambutnya. Dia betul2 tak sangka apabila dia turun ke bawah tadi, kelihatan Erina sudah terpacak di ruang tamu. Jantung Edrian automatik menggila.

Edrian sendiri tak tahu mengapa sejak kebelakangan ini jantungnya tidak boleh bertenang setiap kali melihat wajah Erina. Ah, mungkin kerana rasa bersalah Edrian saja.

Sedang Edrian berfikir panjang, tiba2, dia menghidu sesuatu. Bau makanan yang harum. Edrian segera menuruni anak tangga. Sebaik saja dia tiba di ruang tamu, kelihatan Erina sedang berada di dapur. Memasak.

Edrian kerut kening. "What do you think you're doing?"

Erina menoleh apabila kedengaran suara Edrian. Dia membuka apron di tubuhnya lalu digantung di penyangkut. Erina menghampiri Edrian.

"Saya ada masak sikit untuk awak. Nanti awak makan la. Lepastu, saya pun ada sediakan ubat tu. Saya beli kat farmasi. Jangan lupa makan." Terang Erina. Gadis itu menuju ke sofa lalu beg sandangnya dicapai.

"Saya balik dulu." Erina mula melangkah menuju ke pintu.

"Why are you doing this?" Soal Edrian tiba2 membuatkan Erina berhenti melangkah. Gadis itu menoleh memandang Edrian.

"Apa?"

"Kau tak perlu buat semua ni. Aku tak suruh pun."

Erina terdiam seketika mendengar kata2 dingin Edrian. "Apa masalahnya? Saya nak masak untuk awak pun salah ke?"

"Why? We're going to get divorce soon. So, you don't have to do all of this."

Kata2 Edrian membuatkan Erina terdiam. "Boleh tak kita bincang pasal ni bila awak dah sembuh? Saya nak balik sekarang. Petang ni saya ada kelas. Assalamualaikum."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz