BAB 34

8.1K 636 177
                                    

"Okay, so, let's get started."

Malam itu Erina dan Edrian duduk di ruang tamu. Edrian sedang bersila manakala Erina memegang sebuah buku nota.

Erina dan Edrian membuat keputusan untuk kembali tinggal sebumbung selepas menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. Mereka mahu memberi satu lagi peluang untuk membaiki hubungan mereka yang renggang. Jauh di sudut hati mereka berharap agar tiada lagi salah faham antara mereka selepas ini.

Malam ini, memandangkan Erina sudah berjanji mahu membantu Edrian berubah menjadi muslim sejati, maka Erina akan jalankan sesi soal jawab dengan Edrian. Erina hanya mahu tahu sejauh mana lelaki itu ketinggalan dalam bab agama.

"Saya akan tanya awak soalan. Tapi awak jangan marah atau kecik hati dengan soalan saya. Saya cuma nak bantu awak. Kalau awak tak nak jawab pun takpe, ok?"

Edrian mengangguk faham.

"Alright, bila kali terakhir awak solat, berpuasa dan baca Quran?"

Selepas mendengar soalan pertama Erina, Edrian mula berfikir panjang. "Err, in school? Masa subjek pendidikan Islam je dapat belajar semua tu. So, masa tu jela aku buat. Tu pun tak faham."

Erina terdiam seketika. "Ohh. I see."

Edrian ketawa sedikit. "Teruk kan hidup aku? Sejak kecik aku tak dididik dengan agama. Sejak mama dengan ayah kandung aku, Harold kahwin, dorang tak pernah amalkan tuntutan agama. So, aku dengan Eva memang terdedah dengan benda2 maksiat ni. But it's not only their fault, I'm also the one to blame."

Erina segera menggeleng. "Jangan risau. Saya tak akan judge awak. Okay, next question. Awak ada minum alkohol?"

"Masa zaman remaja dulu ada jugak aku cuba. Tapi aku tak suka rasa dia. So sejak tu aku tak pernah minum lagi."

Erina mengangguk faham sambil mencatat sesuatu di dalam buku notanya. "Next...err..." Erina tiba2 kelihatan keberatan mahu menyoal.

Edrian menanti soalan Erina. Namun, gadis itu masih keberatan mahu bertanya. "What? Tanya jela."

"Err, awak pernah tak...dengan girlfriend...tu hmm..."

Edrian diam seketika. "Apa? Pernah tak aku tidur dengan mana2 perempuan? Tu ke soalan kau?"

Erina terasa wajahnya sedikit merah mendengar soalan spontan Edrian. Entah kenapa tiba2 Erina janggal sangat mahu bertanya perkara itu. "Okay. Ya, betul la tu. Tula soalannya."

Edrian ketawa kecil. "Pernah."

Erina segera memandang wajah Edrian. Jantungnya tiba2 berdegup laju mendengar jawapan lelaki itu. Okay, Erina, sabar...tenangkan diri...jangan tany---

"Dengan siapa?"

Edrian tersengih. "With you."

Erina terasa mahu membaling pasu bunga di sebelahnya kepada Edrian. Ish, budak ni kan. Buat sakit jantung aku je. Suka tau main2.

"Awak ni kan. Saya tanya betul2 ni."

"Aku jawap betul2 la ni. Aku pernah tidur dengan kau je. Tu pun kadang2 je kat rumah ayah Daud or Dato Syukri. Orang lain lagilah tak pernah. Do you trust me?" Soal Edrian.

Erina menarik nafas lega. Dia mengangguk. Aku rasa aku boleh kena heart attack kalau dia pernah tidur dengan perempuan lain. "Ya, saya percayakan awak."

Edrian senyum. "Anymore question?"

Erina geleng. "Dah takde. Thank you for your cooperation."

"Okay, tapi rasa tak adil pulak kan."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now