BAB 35

7.8K 616 250
                                    

Erina mengacau sambal ikan bilis di dalam kuali. Kemudian, dia mula memotong timun dan mengupas telur rebus. Nasi lemak di dalam periuk juga hampir siap.

Hari ini Edrian mahu makan nasi lemak. Dia meminta Erina menyediakan bekal untuknya makan di pejabat. Erina turutkan saja permintaan suaminya itu.

Pejam celik, sudah dua bulan berlalu sejak Edrian membuat keputusan untuk berubah. Dan pencapaian Edrian sangat membanggakan Erina. Erina semakin hormat kepada Edrian sebagai suaminya.

Dalam tempoh dua bulan ini, Edrian berjaya tidak tinggal solat. Pada mulanya, akibat tidak terbiasa, Edrian sering terlupa sudah masuk waktu solat. Maka, itu menjadi tugas Erina untuk mengingatkan Edrian. Lama-kelamaan, lelaki itu mula menunaikan solat tanpa disuruh.

Edrian juga sudah hampir selesai belajar Iqra 6. Erina sangat terkejut kerana tidak ramai mampu menghabiskan iqra 1 hingga 6 dalam tempoh 2 bulan saja.

Apabila Erina bertanya kepada Khairi, lelaki itu memberitahu Edrian sering meminta Khairi untuk mengajarkan beberapa muka surat sekaligus. Khairi nampak betapa bersungguhnya Edrian mahu belajar mengaji setiap kali sesi belajar mereka.

Erina tersenyum seorang diri. Hatinya terasa senang mendengar perkembangan positif Edrian. Erina sangat bersyukur Edrian mahu berubah.

"You kenapa senyum sorang2?"

Erina segera menoleh apabila kedengaran suara Edrian mengusiknya. Erina buat muka. "Senyum pun salah ke?"

"Ala, teringatkan I la tu." Usik Edrian lagi.

Erina ketawa kecil. Oh ya, selain itu, Edrian juga sudah menukar panggilannya dari aku-kau kepada I-you. Satu lagi perubahan positif Edrian yang membanggakan Erina.

"Awak ni selalu perasan tau. Dah2 kita dah lambat ni. Saya dah siapkan bekal awak."

Erina menghulurkan bekas makanan itu kepada Edrian. Lelaki itu menyambut bekas tersebut. Tanpa sengaja, tangannya menyentuh jari jemari Erina. Kemudian, Edrian dengan pantas menarik tangannya.

"Sorry. Thank you. I'll go first."

Edrian mencapai beg dan kot lalu mula memakai kasut kulitnya. Dia keluar dari rumah meninggalkan Erina yang masih berdiri di dapur.

Erina mengeluh kecil. Dia juga perasan sejak mereka berbaik semula, Edrian sedaya upaya mengelak dari melakukan sentuhan fizikal dengan Erina. Dulu, lelaki itu selalu memeluk, mengusap atau memegang tangan Erina sesuka hatinya. Sekarang, Edrian seperti mengawal dirinya dari menyentuh Erina tanpa keinginan gadis itu.

Bukannya Erina tidak suka, tetapi dia masih janggal apabila disentuh Edrian. Dia selalu teringat kembali saat lelaki itu mengucupnya secara paksa.

Walaupun Erina sudah memaafkan Edrian, namun dia tidak dapat melupakan perkara itu.

* * *

Edrian keluar dari bilik mesyuarat sambil membawa beberapa dokumen. Jam sudah menunjukan pukul 12.30. Hampir 3 jam juga mereka bermesyuarat. Mesyuarat hari ini sangat penting dan melibatkan ramai rakan perniagaannya.

Mata Edrian menangkap kelibat seorang lelaki yang baru keluar dari bilik mesyuarat itu. Edrian segera melangkah menuju ke arah lelaki yang membelakanginya itu. Kolar lelaki itu ditarik dari belakang.

"Ishh, kau pahal tiba2 nak cari gaduh ni?"

Edrian ketawa kecil melihat Aiman mula naik angin dengan sikapnya. Aiman merupakan salah seorang rakan perniagaannya yang terlibat dengan mesyuarat sebentar tadi.

"Kau nak pergi solat Jumaat kan?"

Soalan Edrian membuatkan Aiman berkerut dahi. "Yela. Dah pukul 12.30 ni. Kang lambat pulak. Dah2 jangan kacau aku. Pergi main jauh2."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now