61

3.3K 172 12
                                    




VOTE! 😈 😈 😈 saya tak sempat edit so kalau ada salah nama or apa2 mention je ok saya baiki

patu we all women are strong and we all can be happy.




















"Angah nak keluar. Ma takpayah la masak banyak."

"Dengan Nawfal?"

Dhiya mengangguk saja dengan muka sepenuhnya bermasker clay mask hijau. Dia masuk ke dalam bilik dan bersuara sambil lalu. "Ergh malas tapi dah lama tak jumpa, ha jumpa je lah."

Puan Rohaya senyum dengan kata-kata Dhiya. Baru dia mahu kembali menonton TV, phone berbunyi. Dia mengangkat terus menjawab pangggilan Alang. Sedang dia berseronok bergelak ketawa mendengar cerita Alang mengenai anak tunggal Alang dan Sarah iaitu Alana yang hampir genap tiga tahun, Dhiya melangkah keluar. Di waktu sama juga, Alang bertanya maka kedengaran terang lah daripada corong phone yang di dalam mode speaker.

"Angah dengan pakwe dia okay?"

Matanya mengerling memandang Dhiya yang menjeling dengan kening berkerut. Dia ketawa kecil dengan reaksi muka anak perempuannya itu dan menjawab saja. "Okay je la. Tu pun siap-siap nak keluar."

Dhiya mencebik dengan soalan Alang dan jawapan Mak. Dia meneguk air dahulu dan sebelum berlalu untuk mencuci clay mask, dia berbunyi lewa. "Kawan je si Nawfal tu bukan pakwe pun." Dan kedengaran lah ketawa Alang yang berbunyi nganjing. Biar la kita nak lepak berdua dengan Aslah sampai holiday pun lepas tu tak kahwin dengan Aslah pun. Ingat kahwin kahwin kahwin je kepala semua manusia sekarang ni hish. Serabut betul. Dia masuk ke dalam bilik air dan mencuci clay mask suci-sesuci-sucinya. Kemudian, kebil-kebil dia memandang wajahnya yang terbias bercahaya di cermin. Cermin bilik air yang paling dia suka sebab mukanya benar-benar kelihatan putih berseri dan bercahaya comel serupa itu puteri bunian. Hehe. Dia sengih sendiri memandang kiri kanan menunjukkan bentuk dagu dan rahang sebelum mukanya diam terkebil-kebil semula.

Sebenarnya kan kalau Aslah takde isu guru tu semua, kalau dia masuk meminang kau, kau nak tak, Dhiya?

Jujurnya? Dia diam dengan dada besar menahan nafas sebelum melepaskan perlahan. Dan kepalanya menggeleng perlahan. Memang taknak. Nak jawapan jujur, ini dia.

Aku sayang Aslah tu tapi sayang yang takdek la sampai nak kahwin dengan dia. Macam dia cakap. Sayang sampai mati. Sahabat sampai mati. Ada untuk satu sama lain sampai mati. Ha macam tu je lah. Kahwin? Memang nope. Sebab aku tak ready nak kahwin dan aku rasa macam aku sampai bebila tak boleh bagi komitmen dalam perkahwinan. Dengan sakit aku, dengan stres aku, dengan family aku, dengan ubat aku lagi. Kalau kahwin, nanti ada anak, kang anak tu stres? Sakit teruk? Dah lah dunia makin gila. Aku taknak. Aku tak mampu. Aku rasa tak sanggup. Dah lah aku dah macam bawak sakit keturunan mental dengan ubat yang memang kasi kesan ke rahim, hormon perempuan ni apa semua. Jadi memang taknak kahwin dengan Aslah. Ada untuk dia tu, ya. Aku boleh kawan dengan dia sampai mati. Aku boleh ada dan tolong dia sampai mati. Sebab... dia memang sayang aku. Malah dia sayang aku lebih daripada aku sayang dia. Dia memang la nak kahwin dengan aku. Kalau bukan sebab guru dia, memang terus dah dia hantar rombongan meminang. Dia cakap gitu. Tapi aku memang taknak. So... dah dia yang nak stay macam ni. Aku cakap awal dah. Take it or leave it. And dia yang nak. So... aku jahat ke? Jahat la juga sebab aku gunakan dia dengan nama Asfa. Hmmm. Tapi tu lah. Aku terhadap Aslah bukan sebab kata-kata guru dia ke apa yang jadi penghalang tapi sebab aku sendiri yang TAK HENDAK KAHWIN. Lagipun dia tengah ada aku je aku pun tengah ada dia je sekarang ni jadi teruskan je lah malas fikir panjang malas fikir benda yang tak jadi lagi nanti sakit pale. Okay dah.

Keringnya Sekeping HatiWhere stories live. Discover now