30 : PREGNANT LAGI

75.1K 1K 49
                                    

"Liya.."

Liyana yang sedang menikmati makanan mengangkat muka memandang kakaknya, Damia. Keningnya dijongketkan tanda bertanya. "Kau okay?" tanya Damia. Yalah, angin tiada, ribut tiada tiba-tiba mahu tinggal di rumah ini buat seminggu dua. Pelik jugalah. Bukan ke Naufal yang awalnya mengajak Liyana keluar dari sini dulu?

"Okay, kenapa? Nampak macam tak okay ke?" tanya Liyana. Damia menggeleng. Dia kembali menikmati makanan di hadapannya itu. Liyana turut sama diam kemudiannya.

"Tapi Liya.."

Liyana kembali memandang Damia. Apa lagi ni?

"Kau pregnant lagi eh?" soal Damia terus, tiadanya simpang sini simpang sana. Liyana tersedak. Apa soalan tu? Damia menjongketkan keningnya.

Liyana segera menggeleng. "Mana ada! Apa Kak Mia merepek ni?" nafi Liyana. Damia menjungkitkan bahunya.

"Saja je tanya. Aku tengok badan kau macam berisi sikit ni." kata Damia. Liyana memandang badannya sendiri.

"Kak Mia nak cakap Liya gemuk kan ni sebenarnya?"

Damia terus memandangnya. "Agakla."

"Kak Mia!!"

Damia hanya tergelak. Syukur, hubungan mereka semakin rapat sekarang. Damia juga sudah menjumpai pengganti Naufal. Seorang lawyer.

"Baby.."

Liyana dan Damia serentak memandang Naufal yang melangkah masuk. Damia sudah mengeluh. Haih. Malas ku nak melayan. "Ehem, aku naik bilik dulu." katanya.

Naufal hanya tersengih bila mana mata Damia bertemu dengan matanya. Damia menjulingkan mata. Malas hendak melayan pasangan yang seperti pengantin baru sahaja tiap-tiap hari.

"Thank you for the privacy, kakak."

Pakk!

Kaki Naufal ditendang terus. "Sorry Liya tapi suami kau ni serius annoying." kata Damia sebelum beredar.

Naufal mencebik. Liyana menggelengkan kepalanya. "Asyik gaduh je dengan Kak Mia tu." tuturnya. Naufal hanya senyum sebelum dia duduk di sebelah Liyana.

"Abang lapar ke? Nak makan?" soal Liyana.

"Lapar."

Liyana angguk. Tanggannya mengambil pinggan dan diletakkan di hadapan Naufal. "Abang nak makan apa?" Soal Liyana tanpa memandang suaminya. Rambut panjang yang jatuh ke pipinya diselitkan ke belakang telingnya.

"Sayang."

"Ye?"

Liyana menoleh kepada Naufal. "Abang nak makan apa?" Naufal meraih tangan isterinya dan ditariknya keluar dari dapur.

"Jom ikut abang."

"Pergi mana pula? Kata lapar."

"Pergi makanlah."

"Hah?" Liyana masih lagi blur bila mereka sudah masuk ke dalam lif rumah agam itu. Naufal memandang isterinya itu.

"Abang nak makan sayang. Abang lapar kasih sayang sayang."

Liyana sudah terdiam!

~

Liyana memandang pantulan badannya pada cermin. Terngiang-ngiang soalan Damia tadi.

"Kau pregnant lagi eh?"

Liyana menggelengkan kepalanya. Tak mungkinlah! Lagipun Aaariz baru sahaja 10 bulan. Tapi, Liyana berpusing-pusing di depan cermin penuh itu. Betul kata Damia, dia memang nampak berisi.

"Baby kenapa ni?"

Liyana memandang Naufal yang baru keluar dari bilik air. Tuala melilit pinggangnya sambil tuala lagi satu digunakan untuk menggosok rambutnya.

"Abang, saya nak jumpa Serra boleh?"

Naufal sudah mengerutkan dahi. "Why so sudden?" soalnya pelik. Liyana mengeluh.

"Saya nak jumpa dia sebab ada benda nak tanya dia."

Naufal mengerutkan dahinya. "Erm, okay i guess. Bila nak jumpa dia? Nanti abang call dia."

"Erm no, Liya nak jumpa dia sendiri boleh?"

"Hah? Baby.."

"Liya ajak Kak Mia sekali! Don't worry please."

Naufal mengeluh. "Okay sure. Tapi, call me kalau ada apa-apa, okay?"

Liyana hanya mengangguk dan senyum.

~

Liyana dan Damia memandang Serra yang serius sahaja. Dia memandang Liyana yang sabar menanti bicara dari mulutnya. Serra mengeluh.

"Liya, saya nak tanya awak, Aariz berapa bulan dah?"

"Errr 10?"

Serra mengangguk. "Yes, dia belum setahun pun lagi." Tuturnya. Liyana mengerutkan dahi, tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh doktor di depannya ini.

"Saya tahu awak tengah in love sangat dengan Naufal. Tapi, apa kata kalau awak dan Naufal buat family planning?"

"Maksud awak?"

"Awak pregnant lagi, Liya. Two months."

"Dah agak dah." Damia bersuara. Dia memandang Liyana yang sudah tersenyum. "Hey, okay tak?" Soalnya. Liyana memandangnya. Liyana senyum dan mengangguk.

"Thanks, Serra." Tutur Liyana sambil senyum lebar.

Serra menggelengkan kepalanya. "Ganas ye korang dua? Aariz belum setahun pun lagi tapi dah pregnant lagi. Dua bulan pula tu."

Liyana tersenyum menampakkan giginya. "Rezeki, Serra. Tak boleh nak tolak."

Serra hanya senyum kecil. "So, this is your second time. Awak dah ada pengalaman kan? Take care ya. Kalau ada apa-apa you can just call me or Arfan. We'll help. Kalau si Naufal tu buat hal pun, call je saya, biar saya smack down dia sekali."

Liyana tergelak kecil mendengar pesanan penaja daripada Serra itu.

~

"Abang.."

Naufal tersentak bila badannya dirangkul dari belakang. Baru sahaja dia hendak berpaling, rangkulan itu makin erat. "Stay macam ni kejap please abang." Pinta Liyana. Naufal hanya diam. Haruman vanilla isterinya membuaikan.

Buat beberapa minit, mereka diam dalam keadaan itu. "Abang, abang nak berapa orang anak?" soal Liyana tiba-tiba. Naufal mengerutkan dahinya.

"Hah? Kenapa tanya macam ni?"

Liyana senyum kecil di belakang badan Naufal. Bila Liyana tidak menjawab, Naufal kembali memandang ke depan. "Abang nak anak banyak. Banyak sampai rumah kita riuh."

"Kenapa?"

"Tak tahu baby. Abang cuma harap satu hari nanti, abang ada anak-anak yang banyak yang boleh doakan abang dalam apa-apa situasi pun. Abang nak tebus semua dosa abang pada masa lalu."

Suara sayunya membuatkan Liyana meleraikan rangkulannya. Dia berjalan ke hadapan Naufal. "Abang.." Liyana meraih tangan Naufal dan dilekapkannya di abdomennya. Naufal memandangnya. Liyana senyum. "Abang jangan risau sebab sekarang, Liya tengah bawa anak abang dalam perut Liya ni. Adik Aariz."

Mata Naufal membuntang. "Serius sayang?"

Liyana mengangguk.

Sorry kalau bosannnn 🥺

My Seducing Wife Where stories live. Discover now