24♡

1K 177 41
                                    

Ni nak bagitau. Kalau tulisan tu macam ni maksudnya diorang cakap korea tau dok? Ha k tu je.
Happy reading♡

Naura pov


Aku yang tenang duduk diseat sebelah pemandu sambil memandang titisan hujan di luar kereta melalui cermin tingkap perasan akan Jisung yang sedang menoleh memandang aku berkali-kali. Kenapa mamat ni? Nak mengaku yang aku ni isteri ke2 dia ke? Allahu Naura bukan bukan aje kau.

"Naura."panggil dia sambil tangannya sibuk memusing stereng kereta. Aik bukan ke  jalan pegi rumah kami ke kanan kenapa dia belok kekiri ni? Badluck ke ni?

"Jisung bukan rumah belah sana ke?" Aku rasa aku tak salah tengok haritu. Walaupun aku pernah pergi sekali je rumah tu untuk tengok-tengok tapi aku sendiri yang drive kot masa tu.

Jisung mengangguk. "Saya lupa nak bagitau awak tadi. Omma suruh singgah homestay dia kejap dia ada masak masak sikit."

"Ouh." Bagus la tu. Tak payah susah-susah aku masak malam nanti. Dah la first time nak bagi suami makan cuba kalau dia kata aku masak tak sedap terus nak cari bini lain. Cane?

"Sambil tu boleh awak kenal kenal  dengan kakak saya."

"Dia still ada kat sini?" Nak kenal kenal dengan Jihan? No way! Aku lagi rela bercakap dengan ex aku yang dulunya selalu hantar voice note sambil nyanyi lagu riddin dan sekarang dah jadi ahli ke 23 nct.

"Sapa?"

Eh lupa ke buat buat lupa mamat ni? Nasib suami.

"Kakak awak la saya ingat dia dah balik dengan appa malam kita nikah tu."

"Ouh belum, dengar cite dia nak balik korea sekali dengan omma so dalam dua tiga bulan baru dia balik."

"Dua tiga bulan?" Terjerit sedikit aku dibuatnya. Dua tiga bulan tu bagaikan dua tiga tahun bagi aku.

"Kenapa tak suka ke omma ada dekat sini?"soal dia.

Ha sudah.Soalan dia sama macam suami suami dalam drama melayu  masa magrib bila bini tak kamceng dengan mak sendiri. Ni bukan mak sayang oi ni kakak awak.

"Eh mana ada. Kalau omma kat sini boleh saya belajar macam mana nak masak kimchi kan?Pastu boleh ajak nct datang rumah saya masak pulak. Amacam cun."

"Haree betul ke situ pulak perginya."

"Ala seka-Jisung rosak awning tudung saya karang!" Dia menarik kepala aku mendekati dia. Ni kalau excident boleh masuk berita ni. Cinta hujung nyawa gitwo.

Skip~

"Assalamualaikum omma!" Jisung memberi salam. Tangan belah kirinya sedang menjinjing satu plastik merah berisi goreng pisang yang kami beli sebelum sampai ke homestay ni.

Cantik betul homestay ayah dina ni.Kiri kanan ada sawah padi tenang je kalau duduk sini. Kalau boleh aku nak je stay sini dua tiga hari ada vibe vibe honeymoon gitwo.

"Omma dekat dapur." Pintu dibuka oleh seorang perempuan berambut panjang yang mungkin baru dilepas dari ikatan sebab nampak macam hantu kak limah sikit. K lebih kau Naura.

"Masuklah. Naura Jisung!"laung omma pula dari dapur.

Jisung menapak masuk kedalam rumah. Sebelum dia masuk sempat dia bercakap sesuatu dengan Jihan yang setia menahan pintu. Kenapa dia tahan pintu do? Rumah ni guna pintu macam 7E ke?

"Ajak Naura masuk." Erk, apa depa cakap ni. Malay please. Tak kesian ke aku yang pure melayu ni?

"Hi,Naura." Jihan tersenyum sinis memandang aku. Ha sudah bala apa lagi ni. Jaemin ni semua salah kau.

Aku yang kekok ingin menegur dia hanya memberikan sebaris senyuman sambil kaki laju mengikuti Jisung dari belakang.

Tiba didapur aku menyalam omma yang baru lepas menyuci pinggan. "Sorry Naura tangan omma basah."

"Eh tak apa." Aku turut melemparkan senyuman kepadanya.

"Omma ni kami ada beli kuih favourite omma. Goreng pisang." Jisung duduk dimeja makan sambil tangan mengambil  goreng pisang didalam plastik merah tersebut lalu makan.

"Ni kuih favourite omma ke?" Soal aku kepada Jisung yang tengah melahap goreng pisang.

"Haah, omma tak sabar nak balik Malaysia ni sebab nak makan goreng pisang ni je."

"Omma belum rasa lagi macam mana opah Naura buat goreng pisang sedap gila."  Beria-ria aku ceritakan macammana sedapnya goreng pisang opah.

"Omma bukan dah pernah rasa je. Omma pernah rasa belajar macam mana nak buat sekali dengan opah Naura tapi tak jadi pun." Omma mencebik.

Aku tergelak. Comel aja omma ni patut la anak hansome cantik. Apa? Aku baik okay dah memang si Jihan tu cantik. Cantik ar.

"Apa ni? Sedap? Rasa pisang je." Jihan yang baru sahaja muncul darimana entah  mengambil satu goreng pisang dari plastik tersebut.

"Jihan makan duduk la. Malu dekat Naura." Omma memarahinya.

Jisung pula menarik kerusi kosong disebelahnya. Kerusi tersebut ditepuk-tepuk menandakan suruh duduk.

" kak Jihan pandai cakap bahasa melayu ke?" Soal aku buat buat tak tau. Dia ingat aku lupa dia pernah menjilat jari makan sambal belacan umi buat dulu?

"Dia pandai sikit sikit je. Dulu dia pernah belajar dekat sini so boleh la." Omma menjawab.

Aku memandang Jisung. Semua benda dia tak pernah cerita. Nasib aku tau kakak dia pernah belajar sini dari awal lagi.

"Naura." Jihan memanggil aku. Tangannya pula sibuk mengambil satu lagi goreng pisang.

"Ye?" 

"Aryan sihat ker?" Soal dia dalam bahasa melayu. Ada juga kepelatan didalam bahasa melayunya itu.

Eh wait dia tanya pasal Aryan? Aryan tu sapa? Eh abang ko la sengal Naura ni. Eh kenapa dia tanya pasal abang aku ni.

"Err sihat."

"Eh wait, kau kenal Aryan ke?" Soal Jisung setelah menyedari yang kakaknya mungkin kenal dengan Jaemin.

"Kitorang belajar sekali dulu." Jawab Jihan dalam bahasa korea pula. Haih penat la aku. Balik ni aku kena terus search youtube how to speaking korea.

"So Naura awak kenal Jihan la?" Soal Jisung pula.

To be countinue.

Sorry lambat update. ><

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now