special chapter♡

990 164 97
                                    


"Sayang, dah siap masak?" Soal Naura yang sedang mendekati Jisung sambil mencekak pinggang ingin menampung perutnya yang memboyot. Tinggal tunggu masa sahaja ingin meletop pung  kepang kepang pang!!(sambung)

"Sikit lagi sayang, awak duduk je la dulu."jawab Jisung yang lengkap dengan apron warna merah jambu sambil menggaul sup sayur yang baru dipelajarinya dengan mak mertuanya minggu lepas.

Naura hanya mengangguk dan berlalu pergi kearah meja makan untuk duduk. Belum sempat dia melabuhkan punggungnya.

"Alamak!"

"Kenapa sayang?" Berdiri tegak dia kembali sambil menjenguk dapur.

"Saya termasuk kunyit dalam sup ni." Jisung menutup api semula. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Ya Allah, dia takut dia yang dimasaknya dengan Naura sekarang apabila Naura datang kembali ke dapur. Dah la mak buyung tu keje asyik nak marah orang aje semenjak mengandung ni. Siram pokok lambat sikit aje dah kena pulas telinga.

"Ya Allah, park Jisung!!" Tangannya dinaikkan ke tengkuk suaminya itu. Ingin saja dicekiknya. Nasib suami.

"Sorry la sayang, saya ingat halia tadi." Bahu Naura diusap-usapnya seperti mengusap kepala kucing yang tengah stress.

"Biar saya je la yang masak. Angkat periuk ni pergi basuh." Naura menunding jari kearah periuknya yang haritu nyaris rentung sebab Jisung lambat tutup api.

Pergi lagi sembang dengan jiran sebelah rumah ni. Apa ke namanya? Zhong chenleyy. Entah tak ingat la.

"Aip aip captain."

"Tak payah nak aip aip captain sangat la,pergi basuh cepat. Saya nak masak." Ujar Naura yang sedang mencuba menunduk ingin mengambil periuk lain dibawah kabinet.

Dia yang  bersusah payah menunduk ingin mengambil periuk yang agak jauh didalam kebinet ni. Ha dapat pun. Dia berdiri semula selepas berjaya mengambil barang tersebut. Tetapi  badannya seperti tidak boleh berdiri tegak akibat perutnya yang tiba-tiba terasa sakit ya amat. Macam rasa nak meneran pun ada.

Dia memegang kuat kabinet dapur tersebut dan periuk yang dipegangnya juga terlepas dari tangannya.

"Sayang awak dah nak beranak ke?" Soal Jisung yang agak panik apabila melihat Naura memegang perut bolatnya dan menunjukkan riak muka menahan sakit.

Naura lekas menggeleng. Due date dia lagi dua minggu dan masatu ialah hari lahirnya. Dia ingin mempunyai tarikh lahir yang sama dengan anaknya.

"Tak ada apa apa ni. Biasa la dia tendang kuat sikit tu yang sakit tu." Dia cuba menarik nafas dalam dan dihembusnya.

Jisung menghela nafas. Dia pergi kearah Naura dan perut Naura dipegangnya.

Belum sempat ingin berkata apa. Bahunya dicengkam kuat oleh Naura. "Arghh sakit!"

Terbutang mata Jisung memandang kain putih Naura yang sudah basah dan bertukar merah seperti terkena darah. "We Naura kaki awak."

Naura menurunkan pandangannya kearah kakinya. Basah. Memang tak lain tak bukan anak dia dah tak sabar nak tengok dunia.

"Jisung!! Tolong!!" Naura meminta tolong apabila sakit diperutnya bertambah.

Jisung mengambil tudung terletak dibangku dan diberikan kepada Naura sebelum dia memimpin Naura kekereta.

Jisung mendudukkan Naura diseat sebelah pemandu. "Sekejap kunci pintu."

Meleleh peluh Naura menahan Sakit sambil menunggu Si Jisung tu mengkunci pintu. Perutnya diusap berkali-kali supaya dapat meredakan sakit tersebut.

"Okay dah jom." Jisung menekan pedal kereta tersebut tetapi sampai sahaja disimpang rumah. Naura menepuk-nepuk bahu Jisung.

"Saya rasa dah tak tahan sangat ni." Dia mengenggam kuat bahu kiri milik Jisung. Nafas ditarik dan dihembus. Tak tau kenapa tapi sekarang dia seperti sedang meneran.

"Eh sayang jangan lagi sayang." Makin panic Jisung apabila nampak Naura yang seperti cuba meneran.

Naura menggeleng-geleng. "Awak berhenti kereta ni sekarang!"

"Sikit je lagi sabar Naura sabar." Jisung cuba untuk menenangkan Naura yang seperti sudah sedia untuk bersalin dalam kereta ni.

"Saya cakap tolong tolong la!"

"Serious la? Awak ready ke nak tengok isi surat beranak anak kita nanti tempat  lahir dia dalam kereta?"

Naura mengangguk laju. Rambut Jisung dicengkamnya kuat apabila rasa sakit diperutnya makin bertambah pada masa yang sama dia geram dengan mamat korea sorang tu banyak soal pulek.

"Arghh! Ye ye saya berhenti tepi ni." Jisung berhentikan keretanya ditepi jalan.

"Dah settle, awak beranak la." Jisung menyandarkan badannya sambil memandang Naura yang susah payah menahan sakit. Tangannya disilangkan ke dada seperti sedang menonton kdrama aje.

Naura menoleh memandang Jisung apabila mendengarkan ayat lelaki tu yang senang lenang seperti kucing jiran sebelah yang beranak.

Ada juga dia tak bagi Jisung ni pegang anak dia selama setahun kang.

Rambut Jisung yang baru disapukan gel pagi tadi dicengkam lagi oleh Naura tapi kalini lagi kuat.

"Naura! Sakit la!"

"Awak punya sakit je tau. Tolong la!" Tengking Naura. Kalau dia masih ada tenaga maunya sekarang Jisung tengah tergoleh kat tengah-tengah jalan sana.

"Ye saya tolong." Dia pula yang rasa ingin menangis bila rambut dia ditarik.

Tangannya dihulurkan pada Naura untuk digenggamnya supaya dapat menahan sakit.

"Satu, dua , tiga go sayang go." Sorak Jisung semasa Naura mula meneran.

Lagi

Lagi

Dan

Lagi

Naura melepaskan nafas dia apabila seorang bayi dapat dikeluarkan. Tapi masih ada lagi satu didalam perutnya.

Bayi lelaki tersebut digendong oleh Jisung menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya masih setia mengenggam tangan milik Naura.

Naura cuba meneran lagi tapi tidak tau mengapa kalini lagi susah dari melahirkan yang tadi. Maybe faktor badannya yang lemah.

"Tarik nafas dulu sayang."

Naura menggeleng. "Sakit.."

"Ye, saya tau. Awak boleh buat punya."

Naura menarik nafas dalam dan dihembusnya perlahan. Dia cuba mengeluarkan bayi didalam perutnya lagi.

"Dah keluar!" Jerit Jisung.


-tbc-

Macam tak logik pun ada. Reda je la ye.

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now