special chap♡

897 165 210
                                    


Naura membetulkan tudung shawl berwarna hitam dan membelek jubah yang dah lama dia tak pakai tu. Nasib muat.

"Sayang, dah siap?" Soal Jisung yang dari tadi menunggu si isteri bersiap mengalah mak datin.

Naura mengangguk dan pergi kearah Jisung yang sedang bersandar di birai katil. Sebenarnya, diorang berada di kampung kerana Jaemin buat kekah anak diorang.

"Jom." Naura mengajak Jisung untuk keluar dari bilik.

"Jom"

Diorang berdua keluar dari bilik tersebut dan Naura pergi kearah Dina di ruang tamu yang sedang bersusah payah hendak menidurkan Aisy. Anak lelaki sulung dia dan Jaemin. Jisung pula pergi membantu apa yang patut diluar.

"Aisyy"

"Shuuhh." Dina meletakkan jari telunjuknya dibibir menyuruh Naura untuk diam kerana anaknya baru sahaja terlelap.

"Ouhh okay okay." Naura seprti berbisik dan perlahan-lahan duduk disebelah Dina.

"Cantik gila pelamin ni dah macam pelamin orang nak bertunang." Naura memandang pelamin yang diatasnya ada buayan.

"Aku yang pilih mesti la." Dina menjawab.

Naura hanya mencebik.

"Naura sini kejap." Opah yang duduk berada tidak jauh dari mereka memanggil Naura.

Naura hanya mengikut perintah dan bangun pergi kearah opahnya. Didepan opah ada seorang lagi makcik yang mungkin sebaya dengan opah.

"Ini la cucu perempuan bongsu aku Nab, Naura namanya." Opah memperkenalkan Naura kepada makcik tersebut.

Naura hanya tersenyum dan menghulurkan tangan untuk menyalam. Makcik yang berbibir merah menyala macam nak mengorat atuk Mail tu memandang Naura atas bawah.

"Ouh, yang ini yang kahwin dengan cucu angkat Ustaz Mail tu ye?"

"Ye,yang itu lah." Opah menjawab manakala Naura hanya mengangguk untuk menjawab pertanyaan tersebut.

"Dah setahun lebih kahwin kan? Dah ada anak ke?"

Opah tidak menjawab sebaliknya dia memandang Naura dan belakang badan Naura diusapnya kerana perasan akan perubahan riak muka Naura.

"Belum." Naura menjawab sepatah.

"Ouh, tapi Si Aryan abang kamu tu kahwin lambat sikit dari kamu kan? Dapat dah anak dia. Kamu bila lagi? Merancang ke? Tak payah la rancang rancang ni. Takut Allah sekat rezeki terus."

"Tak, tak merancang pun." Naura mula menunduk memandang lantai kayu rumah opah ni.

"Habis tu? Memang susah nak lekat ke? Acik ada kawan yang boleh berubat. Jangan dibuat main hal ni. Takut tu jadi alasan suami cari lain."

Makin panas telinga Naura bila mendengar pernyataan makcik tua tersebut. Kalau diikutkan hati dari start cerita pasal anak lagi dia nak pergi dari situ. Masuk kalini dah kali ke tiga dia dengar dari mulut orang mengeluh bila dia tak nampak anak lagi.

Bukannya dia tak mahukan anak. Dia dah ada anak dah pun. Anak tu akan tengah tunggu dia kat syurga sana.

"Tak apa la cik, kalau Allah tak izinkan saya mengandung. Buat la macam mana pun saya tak boleh mengandung juga, saya pergi dulu." Naura terus beransur pergi keluar rumah. Baik tengok sawah padi yang kering tepi rumah opah tu dari tengok bibir kering makcik tu menyoal dia macam-macam.

Dia duduk di gazebo yang terletak hujung rumah opah tu. Jauh sikit dari orang ramai. Nak nangis air mata darah pun senang. Tapi tak boleh juga sebab sebelah gazebo ni ada pili air dan sekarang Jisung tengah basuh kuali dekat situ.

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now