37♡

814 173 82
                                    


Aku mengelap tangan yang basah menggunakan sapu tangan yang memang telah disediakan khas oleh aku di dapur ni. Api ditutup. Kari ikan kembung dengan sup sayur, okay la kan dari tak ada.

Jam dinding aku pandang. Dah nak dekat zohor. Maybe dalam sejam setengah lagi Jisung balik. Mana paksu ni. Tadi punya la call awal-awal pagi tapi sampai sekarang still tak nampak batang hidung.

Tokk!!tokk!!

Panjang umur pendek akal. Eh astagfirullah. Tu mesti diorang,tak akan la Jisung balik awal gini. Tudung sarung yang disangkutkan di dalam bilim tetamu aku ambil.

Aku menapak untuk membuka pintu. Selepas pintu dibuka tiada seorang pun berada didepan pintu ni.

Eh ni aku trauma ni.

Aku ingin lekas menutup pintu tetapi ditahan oleh seseorang. Berdebar jantung aku apabila nampak gerangan orang yang menahan pintu ni.

"Hye, tak baik tau tolak rezeki. Main tutup-tutup pintu pulak."

"Kau nak apa lagi ha Safwan? Tak puas ke tengok aku kena tengking dengan suami aku sendiri haritu?"

"Tak puas, sebab tu la aku datang sini lagi untuk memuaksan diri hahaha."  Dia tergelak seperti orang tiada otak.

Aku cuba menutup pintu lagi tetapi gagal dia menahan kuat pintu kayu ni. Ya Allah apa lagi ni?

"Epp sabar la dulu." Dia mendekati aku. Aku pula semakin menapak kebelakang.

Kebelakang punya kebelakang badan aku bertemu dengan dinding. Safwan pula melekatkan kedua tangannya kedinding seperti menahan aku untuk tidak lari sini.

"Kau ni cantik kan? Tapi kesian la Jisung dapat isteri murah macam kau ni."

Dada aku naik turun menahan amarah.

"Kenapa? Marah? Lupa ke yang kau pernah tidur dengan aku haritu?"

"Eee aku jijik la dengan kau!!" Aku menolak kuat badan dia sehingga menyebabkan dia kebelakang dan jatuh.

Aku cuba untuk melarikan diri keluar rumah untuk meminta pertolongan tapi gagal. Kaki aku ditarik oleh Safwan menyebabkan badan aku terhempas kuat dilantai.

Sakit. Sakit sangat.

"Kau ingat kau boleh lari dari aku ke ha?" Dia menarik aku keruang tamu rumah aku.

Aku pula meronta-ronta untuk dilepaskan. Badan aku pula rasa sakit ya amat.

"Lepaskan aku la!!" Jerit aku kuat.

"Shh diam nanti jiran dengar malu la sayang." Air mata aku mengalir laju apabila dia mengangkat badan aku dan diletakkan disofa.

"Opps lupa tutup pintu. Hehe tunggu ee sayang." Dia pergi untuk menutup pintu.

Aku yang dibiarkan diatas sofa ini bangun dan berlari kedapur. Pisau yang baru sahaja aku gunakan untuk potong sayur tadi aku ambil.

"Ehh nak lari mana tu?" Safwan berjalan kearah aku.

"Keluar dari rumah aku ataupun kau mati!" Pisau yang aku pegang kini dihalakan kearah Safwan.

Dia menganggkat kedua-dua tangannya seperti berserah. Langkah dia masih tidak berhenti untuk mendekati aku.

"Keluar!!" Aku jerit sekuat hati.

"Hehe." Dia mengambil pisau ditangan aku.

"See, siapa lagi pandai sekarang?" Dia tergelak sinis memandang aku.

"You know what Naura? Kalau...aku boleh tersuka kau disebabkan muka kau yang cantik gebu ni. Apatah lagi Jisung kan? Mesti dia dah tak sayang kau kalau kau hodoh kan."

Aku menggeleng berkali-kali. Tangan aku pula ligat mencari sesuatu di rak belakang aku. Tetapi tiada.

"Kan Naura kan?" Dia mendekati badan aku lagi.

"Tak..tak.." suara aku tergetar-getar apabila diri dia semakin hampir dengan aku.

"Kepala hotak kau tak." Dia memegang bahu aku dan menghempas badan aku kuat dilantai.

Sebilah pisau betul-betul berada didepan muka aku dan sekarang aku sedang menahan Safwan dari apa-apa kan aku.

"Lepaskan la aku Safwan, tolong la." Aku seperti merayu.

"Too late." Tangan aku yang tak kuat akibat badan aku yang terasa amat sakit menyebabkan tangan aku terlepas dari menahan tangan Safwan yang betul-betul kuat.

Dia menghiris muka aku sehingga mengeluarkan darah sambil senyuman tidak lekang dari bibirnya. Air mata aku tidak henti-henti mengalir dan ia membuatkan pipi aku makin pedih.

Aku sedaya upaya untuk menahan dia lagi. Ya Allah, aku harap paksu sampai sekarang. Tolong la.

"Woii!!" Suara seseorang kuat menengking Safwan ya maybe Safwan sebab dia yang buat masaalah bukan aku yang hanya dijadikan mangsa oleh dia.

Aku tak nampak siapa lelaki tersebut akibat mata aku yang kabur dan kepala aku yang berat nak mati seperti ada sepuluh batu besar terikat dengan kepala aku. Tapi dari suara aku rasa itu Zafran. Ya Allah alhamdulillah.

Dan pandangan aku jadi gelap.

To be countinue.

Salam maal hijrah. Semoga kita jadi hamba Allah yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Aamiin.



𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now