Sajak:
Marilah membaca wahai teman
Membaca yang menjadi suruhan agama
Turunnya kepada Nabi kita
Ayat Al-Quran pertama sebagai pedoman
Surah yang menyeru umat dengat ayat, "Bacalah".Majunya teknologi dan sains
Memenuhi lingkaran dunia
Ilmu pengetahuan jadi senjata utama
Membaca pemicu bangsa berjaya
Kerna bangsa berjaya adalah PembacaAmalan membaca memanfaat semua
Ilmuwan meneroka ilmu dari membaca
Pencetus penemuan baharu ketamadunan manusia
Lantaran bacalah!
Untuk tingkat nadi kemajuan manusiaKepakaran dan kemahiran tinggi itu
Pangkal kepada bangsa maju
Bagaimana lagi jika bukan benihnya membaca?
Menyingkap dunia baharu
Dari celah-celah halaman
Bagaikan keajaiban yang muncul
Dibalik ilmu pengetahuanBacalah bangsaku
Bacalah bukumu
Bacalah untuk kembangkan mindamu
Ilmu tidak datang bergolek
Ilmu perlu diteladani dan ditelusuri
Ilmulah punca ketamadunan bangsaYouTube : https://youtu.be/sUACzGTsEKQ
YOU ARE READING
Sajak, Puisi, Pantun, Syair
PoetryPuisi umum untuk peghayatan dan pengajaran kepada pelbagai generasi. Nukilan sendiri dan rakan-rakan. Table of content : ~Bangsa Yang Semakin Lemah ~Kehidupan Manusia ~Sajak Senior MML 2017 ~Peralihan Keusahawanan Kepada E-Dagang ~Nasihat Manusiawi ...