Sajak Senior MML 2017

41 0 0
                                    

Salam dihulur pembuka bicara,
Buat semua rakan pembaca;
Mari mendengar hikayat ini,
Semoga terhibur di dalam hati.

Terdengar kisah sebuah negeri,
Negeri bernana Maktab Mahmud Langkawi ;
Kami pelajar tingkatan lima,
Bakal-bakal akauntan belaka.

Kelas kami yang paling lawa,
Aka 1/3 dewan Ibnu Sina;
Ahlinya 5 putera dan 18 puteri,
Banyak keletah yang menggelikan hati.

Teruna kami tak gagah perkasa,
Tapi setiakawan boleh kat depa;
Masjid menjadi tempat kegemaran,
Wirid panjang menjadi amalan.

Raja kami raja berani,
Walaupun tampak lemah gemalai;
Petunjuk arah kesana sini,
Shamsul Iskandar sering dibelai.

Athirah Yasmin nama diberi,
Merupakan permaisuri kelas kami;
Min aka Melur nama kesukaan,
Mendapat gelaran ketua segala kejahatan.

Pikah Wani dan Husnina Dini,
Dua-dua segak berseri;
Seorang Princess Usamah sekolah ini,
Seorang lagi puteri Khalid Maahadi.

Tok siak kita baik orangnya,
Tersipu-sipu malu tak kira masa;
Pemain harapan bola sepak negara,
Itulah dia Sakhawi Adli kita.

Kelas ini penuh dengan ilmu kira-kira,
Ditambah bonda yang kecil molek orangnya;
Berpesan berleter yang banyak faedahnya,
Siapa lagi kalau bukan Ustazah Faridah kita.

Firdaus Ahmad mumtaz sufi kita,
Jadi keajaiban bila hari tushen tiba;
Izzat & Najhan pula rakan sekepala,
Duduk bersama kerja sembang sahaja.

Hidayah Ishar diberi nama,
Penceramah motivasi tak kira masa;
Bercita-cita besar apabila dewasa,
Berimpi menjadi pendakwah Nusantara.

Bila ketawa gemuruh bunyinya,
Bila bercakap orang mengecamnya;
Orang yang dengar pasti kenal tuannya,
Itu suara Aishah Athirah yang punya.

Ayu dan sopan itu kebiasaan,
Gelabah biawak jadi peneman;
Guru dan rakan memberi kepercayaan,
Shofiyyah Shamsuri terpaksa bertahan.

Asyikin & Laila rakan sekerja,
Duduk bersama tak pernah alpa;
Jawatan banyak sibuk sentiasa,
Bab belajar macam orang gila.

Komik dan novel dialah hantunya,
Dirinya fleksibel dalam pelbagai kerja;
Bercita-cita menjadi jutawan Malaysia,
Fatimatu Azzahra banyak angannya.

Shafikah Zezali resesif orangnya,
Hanya ikut apa dibuat rakannya;
Walaupun penakut banyak kelebihannya,
Sekali jadi pengacara semua orang ternganga.

Orangnya tinggal jauh diperantauan,
Haifa Aqiela hafizah berilmu;
Bersama Azmina menjadi orang harapan,
Walaupun Azmina seorang pemalu.

Kecil-kecil cili padi,
Maskod Smurf rumah Ayubi;
Nurina Hadirah nama diberi,
Siapa tak kenal si pembawa botol gergasi.

Gelaran toknek diberi kepadanya,
Asyik melatah tak kira masa;
Jawatan bendahari itulah dia,
Putih bersih Hazwani namanya.

Ramadan & Izzah kawan sejati,
Kutuk-mengutuk tak simpan dihati;
Seorang minah rempit seorang pelukis doodle sejati,
Best friend forever sampai ke mati.

Sazlinda seorang kakak yang baik,
Belajar dan tidur sentiasa senada;
Hidup ini biarlah cerdik,
Jika hendak menjadi usahawan yang berjaya.

Dirinya pendiam hidupnya misteri,
Menjadi igauan ngeri orang ditepi;
Tapi diam-diam ubi berisi,
Nur Solehah pelajar mithali.

Kepada teman janganlah terasa,
Sudah tamatlah kisah kita;
Semoga berjumpa lagi dilain masa,
Kudoakan semua sihat sentiasa.

Sajak, Puisi, Pantun, SyairWhere stories live. Discover now