Bab 2

56 13 24
                                    

Sepanjang kelas Ekonomi, fokus aku entah hilang ke mana. Tiap bait kata yang keluar daripada mulut Cikgu Muslina sepatah haram pun tak dapat masuk ke dalam otak yang masih tak boleh memproses situasi yang baru berlaku. Masakan tidak, tak sampai setengah jam aku baru nampak si mamat sepet tu jalan depan kelas aku dan sekarang dia masuk kelas aku sebagai budak baru? 

 Aku curi-curi pandang Stewart yang duduk selang dua baris dari aku di belakang. Tengok gayanya yang menongkat dagu, jelas yang dia sedang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penerangan Cikgu Muslina. Sesekali pen hitam dijarinya dipusing-pusingkan. Sudah menjadi tabiat Stewart untuk berbuat sedemikian bila dia cuba untuk memahami sesuatu ketika belajar. 

Tiba-tiba sahaja jantung aku berdebar. 

Jangan catch feelings lagi wahai hati !

Sudahlah dilupakan, agama pun berbeza, so its a no no ! Cukuplah kenangan dengan dia dulu disimpan sebagai memori untuk dikenang dewasa kelak. Bolehlah juga dibuat cerita kepada generasi cucu cicit nanti sebagai pengajaran supaya jangan jatuh hati kepada orang yang berambut mangkuk dan bermata sepet. Kalau mereka degil dengan nasihat yang diturunkan turun-temurun, aku sumpah 7 keturunan muntah pink setiap kali jumpa dengan mereka yang berambut mangkuk! Tersengih aku membayangkan keturunan sendiri takut hendak berlakikan lelaki berambut mangkuk. Jarang dan pelik sungguh pantang larangnya.

"Cikgu nak suruh pelajar bijok ekonomi kita lah, Anis, buat soale ni. Dari tadi tersengih-sengih memikirkan budok baru kita ke tu?"Suara Cikgu Muslina serta merta membantutkan imaginasi karut aku. Mulutnya pula dijuihkan  ke Stewart di belakang.

Terbatuk batuk aku mendengar kata-kata Cikgu Muslina. Cikgu Muslina psikik ke apa dapat baca minda aku ? 

Makin galak tawaan seiisi kelas melihat aku yang dah tergaru-garu leher menahan tekak yang gatal. Ajim di sebelah bukan main lagi gelaknya sampai dah tepuk tepuk meja. Mentang-mentanglah aku dibahan dengan bekas crush. 

Pantas aku mengangkat punggung dan mengambil kapur putih untuk menulis jawapan di papan hitam. Aku lakarkan keluk mengikut kehendak soalan. Cikgu Muslina menganalisis jawapan yang telah ditulis seketika seraya membuat tanda thumbs up.

"Bagus, betul jawapan kamu Anis. Ha Stewart, boleh dapat tak? Kalau kamu dok faham, tanya cikgu atau buah hati kamu ni ya." 

Setepek lagi kena. Aku tengok Stewart cuma mengangguk . Harap harap dia tanya Cikgu Muslina seorang je lah kalau tak faham. Janganlah dicarinya aku. Sesungguhnya aku masih tak redha dengan kejadian di tingkatan 4 dulu. 

Seakan tahu dirinya sedang diperhati, Stewart kalihkan pandangannya kepada aku.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Lima saat.

Lima saat mata kami bertaut.

Masing-masing masih tidak melarikan pandangan. Mata Stewart masih statik merenung aku.

Dan perasaan gelabah mula muncul.

Dan...

PAP!

Muka aku tersebam mencium lantai. 

Sekali lagi kedengaran gelak sakan.

Muka aku mula merah menahan malu. Kalaulah aku boleh sorok tubuh aku dalam beg. 

+++

"Aduh, lawak gila kau jatuh tadi girl, lain kali pakai mata tengok depan bukan pakai dahi."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PentanWhere stories live. Discover now