14

51 13 0
                                    

Seungcheol memandang langit senja yang sesikit kejinggaan . Matahari yang hampir terbenam menenangkan perasaan dan suasana sekelilingnya .

"makin cepat waktu berlalu." Ujarnya tenang kepada Seungkwan dan Hansol yang baru sahaja keluar . Katanya ada urusan tak masuk akal tapi masuk akal . Ha cemne tu-

Seungkwan mengangguk seraya berkata ; " kalau waktu dapat diundurkan balik." Tapi hal tersebut tidak masuk akal bahkan melanggar hukum alam kalau ianya terjadi .

Seungcheol ketawa kecil melihat celoteh Hansol yang mengatakan kemustahilan kejadian yang diingini Seungkwan . Kadang-kadang dua anak ini mampu berbaik , kadang-kadang mereka mampu menjadi musuh . Tapi kalau diikutkan itulah kanak-kanak , merasakan semuanya benar walaupun salah kerana pengetahuan mereka yang masih kecil .

"hyeong... Kalau nanti kitorang balik an..."

Belum sempat ayat ynag diberikan habis , malah Seungcheol memotong percakapan Seokmin yang baru sahaja ingin meminta mainkan dari ibu bapanya "tak nak cakap."

Tanpa semena-mena , Seungcheol masuk kedalam meninggalkan tiga kanak-kanak tersebut tanpa menerangkan apa yang ingin dikatakannya .

Sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya namun tidak dikata olehnya .

1 week later...


"Korang , hyeong ada benda nak cakap dekat korang . " Ujar Seungcheol dengan nada serius dimeja makan .

Alhamdulillah selepas beberapa kes , Seungcheol ambil keputusan untuk belajar memasak .

Kesemua kanak-kanak memandangnya kecuali Chan yang berada didalam dakapannya . Seungcheol tersenyum tipis lalu berujar , " ada hal penting hyeong nak bagitahu korang semua . "

Mereka mengangguk dan meneruskan sesi sarapan kembali . Seungcheol memerhatikan mereka satu per satu . Ada yang berebut makanan , ada yang bergaduh tidak tentu , ada yang berbual sampai jadi tersembur keluar , ada yang minta disuapkan dan tidak lupa ada yang alhamdulillah masih normal . Simpulan kecil dikeluarkan . Dia pasti akan merindukan saat ini .

" Shua , nanti hulurkan pinggan adik-adik dekat hyeong . Jeonghan jangan lari , kau kena kemas meja . Wonu tengok adik- adik dekat luar jangan baca buku je memanjang . " Arah Seungcheol yang selesai menyuapkan Chan dan diri sendiri .

Dia berdiri untuk menuju ke singki dan membasuh semua pinggan mangkuk segala khazanah didalamnya . Jeonghan mengeluh kecil , di baru sahaja cadangkan untuk kenakan Mingyu yang berada di sofa dengan meletakkan lipas mainan didalam seluarnya . Mahu tidak mahu , dia harus selesaikan jugak tugas yang diberikan Seungcheol atau dia yang alan diselesaikan Seungcheol .

"HYEONG CHAN GIGIT LIPAS! " baru sahaja Seungcheol ingin membuka pili air kedengaran suara Mingyu yang berteriak tidak lupa diselangi suara Wonwoo yang cuba menghalang Chan dari menggigit lipas tersebut .

"CHAN NO!"

"TU BUKAN MAKANAN APATAH LAGI MAINAN UNTUK KAU MAKAN ."

"APA KAITAN WOI!"

"CHAN TU LIPAS , ITU BINATANG ! eh tapi Kita makan binatang juga kan? "

"SUDAH!"

Terus sunyi suasana riuh tadi saat mendengar jeritan Seungcheol. Chan diangkat menuju ke singki dengan tangannya yang masih memegang benda tersebut . Mahu tidak mahu , haruslah Seungcheol sendiri membuang dengan menggunakan tangannya .

"LIPAS MAINAN SIAPA NI SYEL ASAL MACAM REAL PUNYA FULAMAK SIAPA PUNYA NI WOI?" soal Seungcheol saat berjaya melepaskan lipas mainan tersebut dari pegangan Chan .

[C] What?! ❞ seungcheolWhere stories live. Discover now