< STORY BEGIN >

20 0 0
                                    

Aku mula cemas. Peluh dingin mula muncul di dahiku. Tak tahu aku di mana sekarang ni. Aku toleh ke kiri, gelap. Aku toleh ke kanan, turut gelap. Dalam fikiranku, apakah aku sudah mati? Aku mula berjalan menuju satu ruang yang sangat luas. Tetapi..... kosong. Tiada satu benda pun yang berada di situ mahupun sebutir debu.


"Jun-ah" Aku menoleh ke arah suara itu.


"Along?" Soalku. "Apa along buat kat sini?" Soalku lagi. Alongku hanya tersenyum manis dan terus menyiapkan tobokki kegemarannya.


Tiba- tiba..... "Along, belakang along!!" Teriakku. Aku terus berlari ke arahnya. Seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya menghunus pisau ke pinggang along. Kemudian dia tersenyum sinis ke arahku.


"Arrgghh! Jun, lari Jun. Selamatkan diri!" Jerit along sambil menahan orang itu dari menghampiriku.


Orang itu berjaya melepaskan diri dari along. Lalu dengan pantas berjalan ke arah ku. Aku mahu lari, tetapi kakiku tah bagaimana, kaku tidak boleh bergerak. Orang itu semakin dekat dan mengangkat tangannya untuk mencederakan ku.


"Alongggggggg!!!!!!" Teriakku sekuatnya.


Aku buka mata, sambil nafasku tercungap-cungap. Aku menoleh ke kanan. Tiba- tiba aku terihat seseorang betul- betul di depan mukaku. Aku terus menjerit macam orang histeria.


Baru nak jerit, kepala ku diketuk oleh nya.


"Pap!" Hambik kau Jun. Padan muka.


"Dah kenapa jerit-jerit macam orang nak beranak ni?" Ujar orang itu. Korang nak tahu siapa? Dialah abang sulung aku merangkap Along aku. Iaitu Kim Seonho. Actor paling tersohor masa kini. Dengan sikap yang lembut dan sangat gentleman. Depan camera je, dengan adik dia haram. Asyik kena ketuk je kepala aku. Sikit hari lagi boleh berlubang tau. Terbantut ketinggian.


"Along tak apa-apakah?" Aku menyentuh seluruh muka Along. Lalu tanganku beralih ke arah pinggangnya. Aku selak bajunya.


"Woi, apa selak-selak ni?!" Jerit Along berusaha menutup kembali bajunya. Tetapi tanganku lebih kuat. Aku memeriksa pinggangnya. Fuh, tiada luka. Aku mimpi rupanya. Aku mengusap mukaku tanda lega.


"Jun mimpi along kena tikam dengan siapa entah." Ujarku. Along hanya bingung.


"Tu lah, lain kali sebeum tidur basuh kaki, muka dulu. Ini tak, terus membuta macam orang tak tidur tiga minggu." Along menunjal dahiku. Aku kena basuh beb.


Aku mencebik tanda protes. Sambil tanganku mengulas rambut aku yang kusut macam kak limah.


"Dah, pergi mandi. Lepas tu turun breakfast. Along ada photo shoot sekejap lagi." Ujar along lagi. Macam mak nenek asyik membebel sahaja.


"Yelah." Jawabku malas. Terus aku mencapai tuala dan mandi. Sejuknya air mandi pagi-pagi ni. Usai mandi aku keluar dan bersiap-siap untuk bersarapan bersama makhluk-makhluk Tuhan paling sexy. Aku tersenyum geli.


"Eyuww, sexy lah sangat. Hahahaha." Aku gelak sekuat-kuatnya.


Tiba-tiba ada jeritan dari bawah. "JUN, GELAK APA LAGI TU?!" Jerit Along. Sebelum kena bebel lagi, baik turun cepat.


Sesampainya aku di bawah, aku terus ke ruang makan. Meh sini aku describe sikit apa yang ada di bawah ni.


Di perkenalkan, Along aku yang paling kacak sedang menyusun makanan untuk diletakkan di atas meja. Dan pembantu paling setia jatuh kepada adik bongsu aku iaitu, Kim Rowoon. Si ganteng dari group idol SF9 sedang menyiapkan air teh untuk sarapan kami. Teh je?


Retis SiblingsWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu