< KAI & ROWOON >

6 0 0
                                    

"Kai, Rowoon cepatlah siap. Aku tunggu kat depan." Jeritku. Dia orang ni kalau bab bersiap macam kura-kura. Nak match baju lah, nak match kasut lah. Tengok wayang je kot. Aku mengenakan sweatshirt berwarna hitam, cap hitam dan seluar skinny jeans berwarna hitam juga. Kasut pula, selalunya aku berselipar sahaja tetapi disebabkan cuaca sedikit sejuk jadi aku harus berkasut.


"Okay, jom." Ucap Kai. Rowoon hanya membuntuti Kai dari belakang. Aku melihat mereka atas dan bawah. Lalu aku terbahak-bahak ketawa.


"Kenapa kau pakai wig, Kai?" Soalku. Rowoon hanya tersenyum kegelian. Aku memegang wig Kai. Sebijik macam aku tapi ketinggian sahaja yang berlainan.


"Ha, ini baru nampak kembar seiras. Sebijik. Mesti orang tak sangsi nanti. Kalau aku pakai wig juga cantik tak?" Ujar Rowoon. Baru sahaja mahu ke bilik nya, aku dan Kai menahannya.


"Kau jangan nak mengada-ngada. Badan sado macam ni nak pakai wig. Macam mak nyah lagi ada" Aku dan Kai tergelak.


"Jomlah. Kalau tak gerak dari sekarang, cerita pun habis nanti. Makan popcorn jelah jawabnya." Ujar Kai sambil nenolak kami menuju ke kereta milik Kai.


Kai memakai pakaian biasanya tetapi wig itu wajib setiap kali kami keluar bersama. Takut diketahui orang dan kalau kau orang nak tahu, kami kelihatan seiras dengan gaya rambut yang sama. Sengaja Kai membeli wig yang seakan-akan rambutku. Rowoon memakai mask hitam di mukanya. Mereka tidak akan selesa sekiranya diketahui umum. Tambahan lagi jika bersama wanita.


Demi keselamatanku, adik beradikku tidak memberitahu umum tentang kewujudanku. Mereka tidak mahu aku terlibat dalam dunia mereka. Jadi tiada seorang pun tidak tahu aku siapa dan apa kaitan aku dengan adik beradikku.


Kai memandu dengan berhati-hati. Aku duduk di sampingnya dan Rowoon di kerusi belakang. Sekali sekala aku memandang ke belakang. Rowoon ralit bersama telefon bimbitnya. Mungkin membalas chat rakan-rakan idol nya.


Kami sampai setelah 30 minit di jalan. Seperti biasa mall telah dipenuhi manusia pada waktu begini. Kai meletakkan kereta di tempat terpencil biarpun di kawasan ini masih dipenuhi kereta. Kami turun dari kereta dan bergegas ke panggung wayang kerana cerita sudah mahu ditayangkan. Tiket telah kubeli secara online.


Ketika kami melintasi kerumunan pelajar sekolah, salah seorang daripada mereka bercakap dengan temannya sambil melihat ke arah kami. Aku perasan pandangan mereka hanya kepada Rowoon.

Seorang peminat kalau terlalu meminati idol mereka, pakailah macam mana sekalipun tetap dapat dikenali. Aku menarik tangan Kai agar berjalan jauh sedikit dari Rowoon. Kai segera memahami tindakan ku. Rowoon memandang kami lalu berhenti berjalan.


"Kenapa jalan jauh sangat?" Soalnya. "Jalan je. Buat tak tahu saja dengan kita orang." Bisikku. Rowoon faham dan sambung berjalan. Aku menyuruh Rowoon masuk dulu ke dalam sementara kami membeli makanan dan minuman untuk dibawa masuk ke dalam panggung.


Tiba-tiba, "ah chum!" Kai membuka mask nya lalu terbersin dengan kuatnya. "Oh, Excuse me. Sejuk sangat kat luar tadi." Ujar Kai sambil mengecilkan suaranya agak kedengaran seperti perempuan.


"Oh, kau orang kembar rupanya. Cantik." Ujar pekerja di kaunter itu. Kami hanya tersenyum. Lalu aku mengetuk kepala Kai. "Bersin macam jantan, lepas tu buat suara kepit. Kau ingat cute lah buat macam tu?" Sambungku lagi, "sikit lagi nak kantoi tau." Kai hanya tersengih. Kami terus ke bilik tayangan.


Cerita 'Alive' ditayangkan selama sejam setengah. Kami melihat dengan fokus sekali. Sekali sekala terkejut dengan zombi yang tiba-tiba muncul. Cerita pun tamat dengan penamat yang agak melegakan.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 21, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Retis SiblingsWhere stories live. Discover now