Bab 20

1.2K 65 7
                                    

Adam masih lagi mendukung jasad adiknya, Q. Dia menatap wajah adiknya yang terpejam rapat tanpa mempamerkan sebarang reaksi. Tiada siapa yang tahu perasaanya pada ketika itu. Thauri pula sudah menjadi tidak keruan. Kemunculan Adam secara tiba-tiba itu diluar jangkaannya sama sekali. Apatah lagi melihat Caden yang sudah terbaring kaku diatas tanah. Dia langsung tidak menyedari apabila Caden diserang dan tewas sekelip mata.

"Thauri.." Ezani menunjukkan jarinya kearah Iskandar yang sedang mengganas menumpaskan seorang demi seorang pengikut mereka.

Thauri mengalihkan pula pandangannya pada Iskandar. Menumpaskan Iskandar mungkin satu perkara yang amat sukar. Tetapi menumpaskan Iskandar dan Adam berdua, itu adalah perkara yang mustahil.

Adam berjalan menuju ke arah Yo yang masih lagi terbaring. Dia kekal tenang namun wajahnya sudah bertukar serius.

"Bangun." Kata Adam sepatah. Tangannya dihulurkan kepada Adam.

Yo menyambut tangan Adam dan mula berdiri. Kemudian dia menyambut jasad Q dari Adam.

"Adam.. Dia tu..." Yo menunjuk kearah Iskandar.

"Aku tau. Biar aku setelkan Thauri. Jangan ada siapa pun yang masuk campur." Adam memotong kata-kata Yo.

Thauri melihat Adam sudah mula bergerak kepadanya. Dalam masa yang sama, Iskandar juga semakin mendekat. Dia sudah tiada pilihan lain. Sudah bertahun dia berlatih untuk saat ini. Dia bersiap sedia. Mungkin ini adalah pertarungan terakhirnya.

"Halang Iskandar!" Thauri mengarahkan empat mad dog dan dia memilih untuk bertarung dengan Adam.

Empat mad dog masing-masing mengangguk faham. Mereka mula bergerak mendekati Iskandar. Damian yang merupakan kekuatan utama mereka berada dihadapan. Ghazi dan Pazi juga sudah bersedia dengan senjata mereka masing-masing.

"Haarrghhh!!!" Damian berlari kencang kearah Iskandar.

Damian menghayunkan penumbuknya tepat kearah wajah Iskandar. Dia yang mempunyai tumbukan yang paling laju tersenyum kerana Iskandar seperti langsung tidak sempat mengelak. Namun sebaik sahaja tumbukannya menyentuh Iskandar, dia meraung kesakitan. Iskandar langsung tidak mengelak, sebaliknya dia menghantukkan kepalanya kearah tumbukan Damian. Impak dari hantukan tersebut membuatkan kesemua jari Damian patah. Kemudian Iskandar melakukan jurus pukulan dengan menghentakkan tapak tangannya ke dada Damian membuatkan Damian terpelanting kebelakang sebelum jatuh terlentang diatas tanah. Damian menggelupur sambil memegang tanggannya.

Ghazi dan Pazi tergamam. Setelah memberikan isyarat, mereka berdua menyerang Iskandar serentak dari arah kiri dan kanan.

"Kenapa?" Soal Adam setelah berdiri beberapa meter dari Thauri.

Thauri hanya berdiam diri. Fokusnya sedikit terganggu apabila mendengar pertempuran yang sedang berlangsung antara anak-anak buahnya dengan Iskandar.

" Kenapa adik aku!!!" Kali ini Adam sudah menjerkah. Kedua tangannya mula menggenggamkan penumbuknya.

Thauri tersentak. Malah, Yo, Malik dan Ikhwan yang memerhati dari jauh turut terkejut. Mereka merasakan aura kekuatan yang luar biasa dari Adam.

"Aku akan lenyapkan legasi kau Adam!" Kata Thauri. Dia juga mula menggenggamkan penumbuknya.

Mereka berdua akhirnya berlari dan bertembung. Thauri dengan sepenuh hati melakukan serangan walaupun setiap pukulannya dapat dipatahkan oleh Adam. Saat Adam melakukan tumbukan kearah wajahnya, Thauri menangkap tangan Adam sebelum melemparkan tubuh Adam ketepi. Adam memusingkan tubuhnya diudara sebelum mendarat diatas tanah. Sebaik sahaja kakinya mencecah tanah, Adam kembali melayang keudara dan menerjah kearah Thauri. Pergerakan yang pantas itu membuatkan Thauri kelam kabut menahan kembali asakan Adam.

KuzuriWhere stories live. Discover now