Bab 9

2.5K 85 8
                                    

"Sial!" Iskandar menendang kerusi dihadapannya.

Mukanya kelihatan marah. Matanya berair. Dari tadi dia tidak henti-henti memaki hamun dan menendang kerusi. Q yang berada disitu cuba menenangkannya.

"Tolong jangan buat bising. Sini hospital." seorang pengawal keselamatan menegur.

Iskandar yang sedang emosi itu mahu meluru kearah pengawal keselamatan itu tetapi ditahan oleh Q.

" Sori pakcik. Takpa. Biar saya tenangkan dia." Q meminta maaf pada pengawal itu.

" Is. Sabar la. Kawal sikit marah kau tu. Kita kat hospital ni." Bisik Q.

" Ini semua salah aku. Kalau aku bagi dia ikut tadi, mesti takkan jadi macam ni." Iskandar menyalahkan diri sendiri.

" Jangan salahkan diri kau. Kita pon tak tau benda ni nak jadi." Q cuba memujuk.

" Siapa punya keje ni? Aku tak percaya yang Ikwan tu boleh jatuh dari tingkat tiga sedangkan kita kat dalam kelas tadi." Iskandar terasa pelik.

" Masa semua kepala cabar kau tadi, Malik takda dekat situ. Itu pon kau tak nampak?" Shah yang tiba-tiba muncul itu berkata.

Iskandar terpana. Pipinya ibarat ditampar berkali-kali apabila memdengar kata-kata Shah itu. Kenapalah dia tidak terfikir?

Iskandar mendekati Shah dan mencengkam kolar bajunya.

" Kau tahu semua ni tapi kenapa kau biarkan?" Iskandar berkata. Wajahnya bengis.

"Kalau aku tau, kawan kau tu takkan jadi macam ni." Shah menjawab. Takut juga dia kalau Iskandar tiba-tiba hilang kawalan.

" Mana aku nak cari dia? Cakap!"

" Be..belakang dewan. Dia selalu lepak belakang dewan."

Iskandar terus melepaskan Shah dan bergegas keluar dari hospital itu.

" Is. Kau nak pergi mana?" Q memanggil setelah melihat Iskandar berlari meninggalkannya.

" Terus terang aku cakap, bila aku dengar budak tu masuk sekolah kita, aku rase tak senang. Tapi bila Malik sanggup buat macam ni, aku akan tolong kau dengan kawan kau." Shah berkata kepada Q.

*********

"Apa patut buat sekarang Lek? Aku rasa mesti budak tu mengamuk lepas ni." Mus bertanya kepada Malik ketiga mereka menyembunyikan diri di belakang dewan, tempat mereka selalu berkumpul.

" Apa kai nak takut? Bukan kita buat apa pun." jawab Malik tenang. Namun jauh disudut hatinya, dia berasa sedikit gentar setelah melihat Iskandar mengalahkan ketua-ketua kumpulan yang ada dengan sekelip mata.

" Memang la. Tapi, kita yang...."

PRANGG!!!

Belum sempat Mus menghabiskan kata-katanya, terdengar bunyi seperti runtuhan kerusi disebalik dinding. Malik dan Mus berpandangan sesama sendiri. Kemudian, suasana menjadi kelam kabut apabila beberapa orang kuncu-kuncu Malik tercampak keatas tanah. Malik bingkas bangun dan mendapatkan salah seorang kuncunya yang sudah terbaring kesakitan itu. Baru sahaja dia mahu bertanya apa yang terjadi, riak wajah Malik tiba-tiba berubah, sedikit terkejut. Dihadapannya, Iskandar berjalan perlahan-lahan kearahnya dengan wajah yang bengis. Kedua penumbuknya digenggam kemas.

"Apa masalah kau?" Malik memberanikan diri sambil melawan tenungan tajam Iskandar.

" Kau nak pukul aku? Pukul la!" Iskandar membentak keras. Kedua belah tangannya dikembangkan sambil merenung tajam.

Beberapa orang kuncu Malik termasuk Mus sudah bersiap sedia untuk menyerang. Sementara Malik hanya berdiri dibelakang kuncu-kuncunya.

"Serang." Malik mengarah.

Dan tanpa berlengah, Mus dan beberapa orang lagi menerpa kearah Iskandar secara serentak.

Iskandar yang sudah bersedia itu terus berlari pantas kearah mereka. Hanya satu tumbukan kearah kerongkong, tiga orang diantara mereka telah rebah. Mus bagaikan tidak percaya. Dia kemudiannya melompat kearah Iskandar, bersedia untuk melepaskan tendangan terbang.

Iskandar juga turut melompat dan melakukan tendangan kilas. Dan tendangannya itu tepat mengenai telinga kanan Mus. Mus berpusing beberapa kali diudara sebelum jatuh terlentang keatas tanah.

Serangan pantas Iskandar itu membuatkan Malik sedikit gentar. Hatinya sedikit berdebar. Nampaknya Iskandar ini bukan calang-calang. Dia kemudiannya mempersiapkan diri apabila melihat Iskandar mula berjalan kearahnya.

"Aku tak cari hal dengan kau. Kau tak habis-habis cari masalah dengan aku. Sekarang aku ada depan kau. Apa lagi kau tunggu?" Iskandar berkata lantang. Wajahnya serius. Dadanya kencang menahan geram.

"Kau memang berani datang tempat aku sorang-sorang. Aku respect kau. Dah lama aku tak jumpa orang hati kering macam kau." Malik berkata riak, cuba menyembunyikan perasaan gementarnya.

" Kau tak puas hati dengan aku, kenapa kau nak libatkan orang lain?" Iskandar bertanya geram. Penumbuknya digenggam kemas, bersedia mahu menyerang.

" Huh? Kau cakap apa?" Malik bertanya.

"Kenapa kau serang kawan aku!!?" Iskandar menjerkah lalu satu tendangan silang dihayunkan kearah Malik.

Malik yang sedikit terkejut itu spontan menahan tendangan Iskandar dengan kedua belah tanggannya. Tendangan itu menyebabkan dia terundur beberapa langkah kebelakang. Tangannya juga terasa pedih.

Iskandar menghayunkan penumbukknya pula. Kali ini kearah wajah Malik. Malik segera tunduk mengelak namun sejurus itu juga Iskandar menendang dibahagian rusuk kiri Malik.

Malik terjelupuk diatas tanah sambil memegang rusuk kirinya. Terasa pedih dan perit. Namun sedaya upaya dia menyembunyikan kesakitannya.

*****

Dari jauh, beberapa orang sedang memerhatikan pergaduhan antara Malik dan Iskandar.

" Bos, apa plan kita lepas ini?"

"Perang kita semakin hampir. Aku akan hancurkan diorang semua. Hahahahahahahaha. Hahahahahahahahaha. Hahahahahahahaha."

Bersambung......

KuzuriWhere stories live. Discover now