BAB 22

57 8 2
                                    

Sebulan kemudian

Aisyah Humayra bangun dari pembaringannya. Dia sudah bosan apabila seharian berada di dalam bilik. Ini semua arahan dari suaminya. Yela sejak dapat tahu yang dirinya ini berbadan dua, bukan setakat nak tolong masak je bahkan nak turun minum air pun dilarangnya. Bak kata suaminya, biar dia yang buatkan semua. Kadang pening juga mana satu yang sarat mengandung ni.

"Sayang" kepalanya auto menoleh ke arah pintu masuk biliknya apabila kedengaran panggilan dari seseorang. Sudah tahu siapa gerangan yang memanggilnya tak lain tak bukan suami tercinta eceh haha.

"abangggggggg" sengaja dia meleretkan suaranya seperti kanak-kanak yang mahukan aiskrim. sedikit demi sedikit dia mendekati susuk tubuh suaminya lalu tangan kecilnya merangkul pinggang tubuh tersebut. Areeyan menyambut kembali dengan memeluk pinggang ramping milik isterinya. dikucup dahi luas itu sebentar.

"kenapa sayang? nak apa ni hah?" tangannya naik mencuit hidung mancung Aisyah yang terletak cantik diwajah bersih itu dan digeselkan hidung mancung itu dengan hidungnya. Aisyah sudah memuncungkan bibirnya. suka benar kacau dia dengan cara mencuit hidungnya. nasiblah tak sakit tau.

"abang... betul-betullah. saya serius ni" dia mendongak untuk melihat wajah kacak suaminya. rugi pula kalau tak amati wajah hensem ni kan?

terhambur juga ketawa Areeyan apabila melihat wajah cemberut isterinya. buruk betul muncung itik ni kalah itik sebenar. amboi dah pandai eh mengutuk isteri sendiri. takpe kita yang beli beras!

 sejak isterinya berbadan dua, acap kali Aisyah merajuk jika permintaannya tidak ditunaikan. bukan setakat itu sahaja, isterinya ini juga semakin lama semakin kuat cemburu. pantang nampak dia bersembang dengan perempuan walaupun makcik, cemburu kemain lagi. bukan tu sahaja ye perangai pelik yang ada pada Aisyah ni. tetapi itu tidak menjejaskan apa-apa. makin bertambah sayang adalah. demi isteri tercinta, dia sanggup lakukan apa sahaja.

"eii sayang abang ni, kacau sikit tak boleh. merajuk je kerjanya. baby, tengok ummi ni merajuk dengan walid" di cubit dan digomol berkali-kali pipi yang semakin tembam itu. habis comot muka si isteri dibuatnya.

"abang cakap dengan baby tu macam lah baby dengar. abangggg, betul-betullah jangan main pipi saya ni. sakit tau" Aisyah melepaskan pelukan dan melabuhkan punggungnya di hujung katil. merajuk nak minta di pujuk dari encik suami.

"alololo ok ok abang betul-betul. ye sayang nak apa? meh sini bagitahu kat abang" kali ini Areeyan pula yang menghampiri isterinya yang sudah bermuncung sedepa itu. ini kalau dibiarkan, silap hari bulan baby dalam perut itu pun ikut juga perangai kuat merajuk ummi dia ni nanti.

tangannya melingkari pinggang isterinya dari arah belakang sambil menguncup bahu itu beberapa kali dengan niat ingin memujuk. tak boleh dibiarkan lama nanti rindu. mahunya nanti kena halau tidur luar!

Aisyah menyilangkan kedua belah tangannya. "pergilah sana. sibuk je kat sini"

"amboi halau abang pula. dah pandai eh sayang abang ni. sayang nak apa? ok kali ni betul-betul" sedikit demi sedikit Aisyah mula menghadap muka suaminya apabila dia rasakan yang suaminya tidak lagi menyakatnya.

"abanggggg" dia pula membalas pelukan suaminya dan merehatkan kepalanya di dada bidang si suami. selesa sangat.  Areeyan kembali mengukirkan senyuman di bibirnya. dia mengaku yang dia lemah apabila isterinya memanggilnya dengan intunasi sebegini. eish geram! sabar Areeyan sabar fuh. 

"ye sayang, abang kat sini" perlahan-lahan dia mengusap rambut panjang Aisyah yang separas pinggang itu. lembut sahaja belai yang dilakukan untuk isterinya. siapa je tak sayang bini oi?

SCHICKSAL AREESYAH | Can I Lead Your Hand Forever?Where stories live. Discover now