"good morning sayang " ucapnya ssmbil berdiri di sebelah Husna yang sedang membuat sarapan. Tangan Husna di capai lalu dia mencium lembut tangan isterinya. Husna terpaku seketika.
" good morning too. " balasnya.
" jom, makan. Sarapan dah siap dekat atas meja . Tinggal makan je. " ajaknya sambil menarik tangan suaminya menuju ke ruang makan.
" Nampak sedap. Umm.. "
" Nampak je dah sedap. Belum makan lagi. " ujar Husna pula.
Rayyen Cazaro menarik kerusi ke belakang sedikit . " duduk " arahnya.
" thanks"
" Khairul dengan Zakuan dah bangun? " soal Rayyen Cazaro.
" belum kot. Saya tak nampak pun diorang. Bayangan pun tak ada "
" Awak, tadi ada lelaki serba hitam depan rumah kita. Lepas tu dia letak surat dalam peti surat tu. Saya tak ambil lagi surat tu. " dahi Rayyen Cazaro berkerut.
" nak saya ambilkan ke? " soal Husna
" Tak pa. Biar saya yang ambil. "
" Husna " panggilnya sambil menyentuh jari jemari manis Husna.
" ye. Ada apa? " soal Husna
" Lain kali, kalau ada orang yang awak tak kenal tegur Awak, jangan layan. Bahaya untuk keselamatan awak. " pesannya. Husna mengangguk tanda faham.
~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~
" Hi, Tasya sayang " sapa dari Khairul.
" nak apa? " soal Tasya sambil mengerutkan dahinya.
" senyum lah sikit , awak. Saya datang ni "
" boleh tak jangan nak gedik sangat dekat sini. Ni tempat kerja saya. Kalau saya kena pecat macam mana? "
"kerja dengan saya. Kerja sebagai isteri saya. Makan, minum, tempat tinggal, semua saya tanggung. Hidup awak pun akan jadi mewah. "
"dalam mimpi je lah." balas Tasya.
"Awak kerja apa? Awak selalu datang sini. Tak da kerja ke?"
"Ada. Saya boss. Dan saya juga bekerja sebagai bodyguard Husna."
"bodyguard Husna? Sayang betul Rayyen denagn Husna tu kan. Tapi, buat apa nak risau? Husna tu pandai je jaga diri. Dia tu dah biasa pukul orang ."
"pukul orang ?" soal Khairul.
"humm.. Pukul orang. Dia dulu ketua pengawas. Memang kak long lah dekat sekolah. Budak-budak nampak je dia lalu, mesti semua diam membisu sebab takut dengan Husna."
" Uishh.. Garang sangat ke? "
"garang la. Orang macam awak ni lah dia tak suka. Suka sangat kacau hidup orang. " Khairul menjeling ke arah Tasya.
"Tapi kan, kenapa Rayyen upah awak jaga dia?"
" biasalah. Orang kaya. Ramailah musuh. "
"Okay, dah sampai." Ujar Rayyen Cazaro. Husna membuka tali pinggang keledar.
"Kalau saya lambat, balik dengan Khairul. Dia akan jaga awak. "
YOU ARE READING
DENDAM MAFIA
ActionTOP ACTION TRENDING!! second karya!! KEMATIAN BAPA RAYYEN CAZARO MENJADI TANDA TANYA MENGAPA KETUA MAFIA KETURUNAN ENGWALL MEMBUNUH BAPA RAYYEN CAZARO. ADAKAH KERANA MASA LALU KELUARGA MEREKA? ADAKAH PEMBUNUHAN DAN DENDAMAN INI BERKAITAN DENGAN ISTE...