BAB 28 [ "FIND THAT WOMEN"- RAYYEN]

372 20 8
                                    

RAYYEN CAZARO POV :)

     Sedang Rayyen Cazaro memandu keretanya, secara tiba-tiba dia terkenang semua perbualannya bersama Froy dan pakciknya, Mikael Cazaro.

FLASHBACK....

     "aku nak kau siasat betul-betul. Kalau betul Husna orang yang aku cari selama ni, macam mana aku tak boleh perasan segala pergerakan dia dan paling penting sekali, sejak bila dia ada masa untuk keluar rumah sedangkan aku balik rumah, dia ada dekat rumah? Semak semula data-data semua ni." arahnya dengan tegas sambil memandang tajam ke arah Froy.

Froy yang mendengar arahan Rayyen Cazaro itu membalas" tapi Rayyen, dah banyak cara aku dah buat dan keputusan tu tetap sama. Aku semak latar belakang Nurin dengan Makcik Zainab pun, diorang ada kaitan dengan ayah Husna. Ayah Husna adalah abang ipar Makcik Zainab."

     "aku tak kira. Aku nak juga kau semak balik!" ujar Rayyen Cazaro dengan lebih tegas.

     "uncle sendiri dah semak." ujar sebuah suara yang garau iaitu pakciknya, mikael Cazaro.

     "uncle pon nak salahkan Husna ke?" soal Rayyen Cazaro

     " kalau Husna salah, uncle tak boleh nak cakap apa, Rayyen" balas Mikal Cazaro.

     "uncle, musuh kita akan buat apa sahaja untuk tutup mata kita." ujar Rayyen Cazaro untuk menidakkan kebenaran itu.

     " Rayyen, orang kalau dah jatuh cinta, dia tak akan nampak segala kesalahan orang yang dia cintai. Sebab tu, cinta itu buta" tegas pakciknya sambil memegang bahu Rayyen Cazaro. Rayyen Cazaro menepis tangan pakciknya, Mikael Cazaro dengan kasar kemudian dia merengus geram. 

BACK...

     "aku harap bukan Husna orangnya. Aku sayang dia sangat-sangat. Aku dah janji dengan ayah Husna untuk jaga Husna." ujar Rayyen Cazaro dalam hatinya.

FLASHBACK..

     12 tengahari.....

012*******- Rayyen Cazaro right?

     Rayyen Cazaro yang sedang leka melihat beberapa liputan dari telefon itu tertarik dengan sebuah mesej yang dipesan oleh orang yang dia tidak dikenali.

Rayyen Cazaro - yes.. who are you?

012*******- tolong jagakan Husna. Nama dia, Nur Ain Husna Binti Afendi. Dia berada di KL sekarang. Aku dah tak banya masa, jadi tolong jagakan anak aku. 

Rayyen Cazaro- sekejap... Kenapa aku pula yang perlu jaga anak kau?

     Pertanyaan Rayyen Cazaro itu tidak dibalas sehingga sekarang.

BACK....

     Kereta di berhentikan di hadapan sebuah kedai dimana kedai yang ditunggu oleh musuhnya pada hari Rayyen mengejar wanita itu. Pintu ditolak kemudian kaki kanan melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

     "maaf bertanya, kedai ni ada cctv?" soal Rayyen Cazaro pada seorang lelaki yang menjaga kaunter pembayaran.

     "kedai ni tak da cctv.. Kenapa ya?" jawab lelaki dalam lingkungan 40an kemudian bertanyakan seoalan.

     "ouh.. Saya tengah cari orang.. Beberapa hari yang lepas, dia ada datang sini . Jadi saya cuma nak ambil kepastian betul ke orang yang saya sangka tu." jawab Rayyen Cazaro sambil mencari gambar Husna.

     "encik pernah nampak tak perempuan ni datang pakai baju hoodie hitam dengan pakai mask hitam?" soal Rayyen Cazaro sambil menunjukan gambar Husna.

DENDAM MAFIAWhere stories live. Discover now