SPECIAL CHAPTER

139 14 6
                                    

Good morning everyone! Enjoy reading.
Jangan lupa vote and comment❤ Share jugak kalau rasa story ni best😘


Junghwa tersenyum memandang bangunan pejabat yang tersergam indah dihadapannya. Kakinya menapak melangkah masuk kedalam lobi bangunan. Pekerja disitu tersenyum dan menyapa melihat kedatangannya disitu.

Sejak mengandung Junghwa jarang nak ke pejabat suaminya. Setiap kali dia menyatakan hasrat untuk kesini, Wonwoo laju menghalangnya. Pelbagai alasan yang diberi langsung tak mampu memujuk hati keras itu.

Duduk di rumah tanpa membuat apa- apa sungguh membosankan. Nak membuat kerja rumah tetapi awal- awal lagi Wonwoo sudah mengemas dan membersihkannya. Nak memasak, Wonwoo pula sudah sedia memasak untuknya sebelum ke tempat kerja. Melainkan suaminya itu terlalu sibuk barulah Wonwoo membiarkan dia memasak pada hari itu.

"Hai puan. Datang nak jumpa boss ke?"

Junghwa menoleh memandang suara lembut yang cukup dia kenalinya. Menoleh memandang suara itu tidak semena- mena suaranya menjerit perlahan.

"Jess! Rindunya aku dengan kau." Sekejapan tubuh Jess ditarik kedalam pelukannya. Lama sungguh dia tak bersua muka dengan Jess sejak gadis itu mendirikan rumah tangganya. Gadis itu masih bekerja di syarikat Wonwoo. Malah jawatan yang disandangnya sekarang merupakan Ketua Jabatan Kewangan di syarikat suaminya.

"Aku pun rindu kau. Nak cari boss ke?" Pelukan dilepaskan dan Jess menyoal kembali.

Junghwa mengangguk mengiyakan. Kalau bukan Wonwoo siapa lagi dia mahu cari disini.

"Lelaki kau busy sangat sekarang ni. Keluar masuk keluar masuk bilik meeting aku tengok."

Tergelak Junghwa dengan kenyataan Jess. Jika di pejabat lelaki itu dikatakan kerap keluar masuk bilik mesyuarat. Jess tidak tahu di rumah suaminya selalu keluar masuk kedalam bilik pejabatnya. Sehinggakan Junghwa rasa tersisih pula apabila Wonwoo selalu mengutamakan kerjanya. Tapi dia faham keadaan lelaki itu. Lagi- lagi sekarang ini syarikat Wonwoo mula dikenali ramai dan ramai pengusaha syarikat yang ingin bergabung dengan syarikatnya.

"Itu." Jess menundingkan jarinya kearah majikannya.

"Tengok tu mana dia perasan isteri dia datang sini." Sempat Jess menambah sebelum Junghwa memanggil suaminya yang sedang bercakap bersama pekerjanya.

"Wonwoo..."

"Aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi tau." Junghwa mengangguk dengan senyuman dibibir saat Jess mahu menyambung kerjanya semula. Sebelum pulang nanti dia mahu jumpa gadis itu untuk mengajak minum petang bersama.

Pandang ke hadapan semula, Wonwoo menapak mendekatinya. Junghwa memandang wajah itu. Rasa nak tergelak sahaja dia rasa tapi cepat- cepat dia menahannya.

"Sayang buat apa dekat sini?" soalnya dengan suara yang ditahan- tahan. Faham sangat suaminya itu mahu memarahinya sebab mungkir janji. Mana lelaki itu tidak marah kalau sekarang ni kandungannya sudah masuk ke lapan bulan tetapi dia masih berani keluar ke rumah tanpa ditemani Wonwoo.

"Baby rindu daddy." Perutnya yang menegang diusapnya lembut.

Kedengaran Wonwoo berdecit halus.

"Pandailah cakap baby rindu. Jom." Tangannya terus diraih mengikut Wonwoo ke bilik pejabatnya. Sampai di pejabat, Wonwoo dudukkan dia di sofa yang terletak di sudut biliknya. Lelaki itu membuka blazernya lalu disangkutkan di tempatnya. Seketika kemudian di datang kembali duduk disisinya.

"Kenapa datang?" soalan yang ditanya di lobi tadi diulangnya kembali.

"Kan saya cakap baby rindu daddy." Tangan naik mengusap wajah suaminya yang kacak.

[ONESHOT] WITHOUT YOU (WONWOO) Where stories live. Discover now