BAB 32 : PENYESALAN

614 19 0
                                    

☆ 2 bulan kemudian ☆

Harris menumbuk kuat punching beg yang terletak di dalam bilik tidurnya. Harris teringat saat dia cuba untuk menegur Qirah di cafe tetapi Qirah tidak mengendahkannya. Harris terkilan dengan perilaku Qirah terhadap dirinya. Tumbukkanya semakin kuat apabila dia teringat perbualan dirinya dengan kamal.

○ flashback ○

"Kamal, qirah dah tukar nombor ke?". Tanya harris kepada kamal.

"Haah dah bro". Jawab kamal.

"Apa nombor baru dia?". Tanya harris lagi.

"Sorry bro, aku tak boleh nak bagi dekat kau". Jawab kamal.

"Sokay bro".

---

Harris berhenti menumbuk punching beg. Satu keluhan berat di lepaskan. Harris tidak tahu macam mana cara untuk dia bersemuka dengan Qirah kerana qirah sudah tidak duduk di libarary. Penat dia cari qirah di libaray tetapi satu kelibat qirah langsung dia tak nampak. Qirah juga jarang makan di cafe sekarang ini.

Harris tahu pasti Qirah marah, kecewa denganya kerana dirinya tidak mengangkat panggilan telefon pada hari kejadian. Harris tidak salahkan Qirah dengan tingkah lakunya sekarang, bagi Harris dia layak di layan begini kerana harris tahu dia yang bersalah.

Harris sangat menyesal dengan tindakannya. Bukan itu sahaja, Harris juga tidak dapat memaafkan dirinya sehingga qirah memaafkannya.

Satu notifikasi masuk di Iphone milik Harris. Harris mencapai Iphonenya yang diletakkan di atas meja lampu lalu melabuhnya punggunnya di birai katil.

My sayang

Morning 😘

Dah breakfast ke?

Morning
Belum lagi. U?

Kenapa tak sarapan lagi ni?
I dah tadi. Makan roti canai.

Baru lepas exercise.
Baru nak turun ni.

Okay then, enjoy your breakfast
💋❤

Okay. ❤

Harris keluar dari ruang chat dia dan balqis lalu menaip nama Qirah di ruang search. Harris membaca semula conversation whatapps nya dengan Qirah.

Saat harris membaca masej dari qirah meminta maaf dan qirah memberitahu Mak ehsah sudah berangkat perasaan menyesal mula menebal di hatinya.

Harris menyesal kerana dia tidak membalas masej dari qirah. Harris juga menyesal kerana dia telah meninggal Qirah seorang diri dan yang paling teruk harris telah memungkiri janjinya.

Perasaan marah, kecewa,benci dan menyesal terhadap dirinya semakin membuak-buak. Harris tidak dapat mangawal emosinya lalu mencampakkan Iphonenya ke lantai. Iphonenya pecah berderai sama seperti dengan hatinya. Harris meraup wajahnya dengan kasar.

"Along. Bunyi apa tadi?". Tegur harras.

Harris memalingkan wajahnya kepada harras yang berada di sebalik pintu bilikknya. Pintu bilik harris dibuka sikit oleh harras.

"Tak ada apa". Jawab harris dengan suara yang perlahan namun masih boleh di dengari oleh harras.

"Ibu panggil turun, suruh breakfast". Kata harras lagi.

"Iya.. nanti aku turun". Jawab harris.

"Okay". Kata harras lalu menutup kembali pintu bilik abangnya itu.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now