BAB 44 : Susun Strategi

514 19 0
                                    

Qirah duduk di dalam biliknya selepas makan malam. Qirah termenung seorang diri di dalam biliknya. Sudah masuk malam ke empat Qirah duduk serumah dengan Harris.

Selama empat hari itu juga, Harris sentiasa menganggu Qirah. Bila Qirah mahu masak pasti Harris akan sibuk ingin membantunya. Walaupun Qirah sudah memarahi Harris tetapi Harris langsung tidak ambil peduli.

Bukan itu sahaja, bila Qirah ingin menonton rancangan korea kegemarannya pasti Harris akan sibuk ingan menonton bersamanya. Yang paling menyakitkan hati Qirah apabila Harris menghina jejaka pujaan hatinya iaitu Park Seo Joon.

Qirah mula rimas dengan sikap Harris yang cuba mencari perhatian darinya. Qirah juga hairan kenapa Harris sering duduk di rumah dan tidak keluar lepak atau keluar berseronok. Bukan Qirah tidak tahu perangai buaya Harris itu.

Qirah membuka laptopnya lalu google cara-cara meminta fasakh. Qirah membaca perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh.

Salah satunya ialah lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita. Terpacul satu Idea di kepala Qirah.

"Aku kena buat harris pukul aku, baru senang aku nak minta fasakh nanti". Kata Qirah di dalam hatinya.

"Tapi macam mana?hmm". Omel Qirah seorang diri.

Tiba-tiba Qirah teringat kejadian lepas, apabila Harris memarahi wanita itu. Wajah bengis Harris mula bermain di dalam fikirannya.

"Aku kena buat dia marah". Kata Qirah lagi.

Satu persatu peristiwa mula berlegar - legar di fikiran Qirah. Peristiwa Harris memarahinya kerana Balqis, peristiwa Qirah bergaduh dengan Harris. Qirah yakin, Harris mempunyai sifat baran sedikit. Jadi, mudah baginya untuk membuat Harris memarahinya.

Kejadian Harris menumbuk muka Danish pula mula muncul di dalam ingatannya.

"Ishhh.. seram pula.. tak boleh, tak boleh, nanti kalau dia pukul aku macam danish macam mana? Takut aku. " omel Qirah sambil memegang pipinya.

"Cukup laa aku kena dulu dengan si bangsat tu. Tak sangup aku nak tahan sakit lagi". Sambung Qirah lagi.

Qirah terus menutup laptopnya, lalu berjalan untuk menutup lampu dan menuju ke tilam empuknya. Qirah memandang kosong ke arah silingnya.

"Hmmm.. tidur laa dulu. Esok dah start kerja". Kata Qirah lalu memejamkan matanya.

***********************************

Tepat jam 6 pagi, bunyi alarm di Iphone milik Qirah kedengaran. Qirah meraba-raba mencari Iphonenya lalu mematikannya. Qirah bangun dari tidurnya dan mencapai tualanya. Qirah berjalan menuju ke bilik air dalam keadaan mamai.

Setelah selesai menunaikan solat subuh, qirah turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 7.10 pagi, qirah membersihkan dapur dan menutup nasi goreng, telur mata, coffee panas dengan tudung saji. Qirah beredar menuju ke biliknya untuk menukar pakaiannya.

---

Harris menuruni anak tangga sambil memasang jam tangannya. Harris berjalan ke arah meja makan lalu membuka tudung saji. Harris menuangkan coffee ke dalam gelasnya dan gelas Qirah. Harris menyenduk nasi goreng dan mengambil telur ma ke pingannya.

Harris menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Mata Harris mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan ke angka 8.

Tak lama kemudian wajah Qirah menghiasi pandangan Harris. Harris memerhatikan pakaian Qirah yang agak seksi itu. Qirah memakai skirt pendek bersama blouse berlengan pendek.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now