43 : MY EVERYTHING

168 15 0
                                    

      Taeyong mengeluarkan kuasa api bersatu dengan senjatanya dan bersedia untuk menyerang Kun yang hilang kawalan itu.

      Pada waktu yang sama, Renjun juga telah hilang kawalan disebabkan tindakbalas kuasa pemberian Lucas tidak dapat menyuaikan di dalam tubuhnya membuatkan dia semakin tidak sedar apa yang dia lakukan.

      Taeyong terus menyerang dari pelbagai arah Kun tapi Kun dapat merasai dan tangkasnya bertahan dari serangan Taeyong. Renjun yang hilang sedar pun hanya main menyerang sesiapa sahaja didepannya termasuk Taeyong.

      Hal tidak diketahui, Taeyong sangat heran dengan tingkah laku Renjun seperti bukan dirinya lagi. 

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

      "Kenapa dia tidak bersama kita? " soal Cassey yang dalam keadaan lemah, "...ada sesuatu yang perlu dia selesaikan." balas Johnny.

      "Tidak! Itu terlalu bahaya!" teriak Cassey yang mula menitiskan air mata. "Maaf, kita hanya perlu ikut arahannya, jadi kita perlu pulang ke Fernyard segera." jelas Taeil sambil memberi isyarat kepada yang lain untuk memaksa gadis itu.

      "Lepaskan! Dia dalam bahaya... Mari kita berpatah semula, " degil Cassey.

      "Tidak, kita perlu terus keluar dari sini. " celah Mark yang terpaksa menahan gadis itu.

      "Tolong faham, dia tidak mahu kau terluka. Jadi kami akan bawa kau pulang segera... " tambah Johnny manakala Cassey masih mahu memberontak untuk lepaskan diri.

      Tidak sengaja dari pegangan Mark, gadis itu dapat melepaskan diri dan terus berlari ke arah bertentangan laluan mereka.

      Dan-dan mereka didatangi lagi sekumpulan pengawal dari depan gadis itu membalingkan senjata yang tajam, dengan pantas Johnny melindunginya. Taeil dan Mark pun membantu gadis itu untuk pastikan dia dapat sampai ke tangan Taeyong dengan selamat walaupun ini tidak sepatutnya.

      Apabila mereka berjaya membawa Cassey, melihat senjata Taeyong sudah tercampak jauh disebabkan serangan Kun membalas semula ke Taeyong manakala keadaan Renjun telah rebah dan badannya berasap-asap hangus seperti barusan diserang.

      Perlahan-lahan Taeyong berundur hingga dia sedar kedudukan Cassey masih berdiri melihatnya. Begitu juga Kun yang perasan dengan kehadiran Cassey, terus dia melepaskan kuasanya menembak kearah gadis itu.

      Segera Taeyong berlari  memeluk Cassey untuk menghalangnya lalu Johnny juga datang menggunakan kuasanya menaikkan tanah menjadi dinding yang keras menutupi mereka.

      Kun yang tidak berpuas hati cuba mendekati mereka dan menghancurkan dinding buatan Johnny. Dengan mudah Kun tumpaskan Johnny yang tidak dapat bertahan lama yang lalu jatuh melutut serta terbatukkan darah.

      Kun masih tidak mahu hentikan serangan hingga dia menggunakan kuasa menjadi pedang petir menghala ke belakang Taeyong yang masih memeluk Cassey dari terkena pecahan dinding tadi.

      Kemudiannya Cassey ternampak tindakan Kun dari belakang Taeyong, terus dia menarik Taeyong bertukar tempat dengannya dimana Cassey pula menghadapkan belakangnya.

      Disaat itu, baru Taeyong perasan tindakan Kun yang begitu pantas membuatkan dirinya juga tidak sempat berbuat apa-apa. Pedang petir Kun telah menusuk dari belakang Cassey hingga mengeluarkan darah dari mulut gadis itu.

      Air mata gadis itu mengejutkan Taeyong.

      Kun yang masih tidak berpuas hati pun menolak pedang itu makin ke dalam hingga pedang itu tembusi dan menusuk juga tubuh Taeyong manakala Kun hanya gelak ketawa seperti dia sudah berkuasa dan dapat kedudukan raja vampire.

      "Maaf jika ini pengakhiran cerita kita, " kata Cassey dengan nada menahan kesakitan. Taeyong yang fokus mendengarkannya turut merasai tusukan itu yang ditolak habis oleh Kun barusan.

      Begitu erat Taeyong memeluk gadis itu, "... benarkah ini pengakhirannya? " soal di dalam hatinya, "Aku sanggup menghabiskan waktu hanya untuk mengenali kau, Taeyong... " balas isi hati Cassey yang sudah lemah.

      Semuanya sudah terlambat, Taeil dan Mark tiba melihat keadaan mereka begitu parah, begitu juga Johnny yang sudah rebah. Mereka berdua berlawan dengan Kun untuk membalas dendam seteruk-teruknya terutama Taeil yang kebal manakala Mark beralih melihat keadaan Taeyong dan gadis itu yang sudah terbaring bersama.

      "Abang? Taeyong? " panggil Mark yang makin hilang jelas di telinga. Taeyong yang separa sedar pun menyebut nama Jaemin sebelum menutupkan mata.

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now