18 : WRONG WAY

216 27 1
                                    

      Selepas apa yang berlaku semalam hari, aku membuka mata melihat siling yang mula diterangi oleh cahaya dari celah-celahan jendela. Aku membangunkan diri dan jatuhkan kaki dari katil lalu menarik nafas yang panjang dan menlepaskannya.

      Ketika itu, aku cuba menenangkan semula fikiran yang kusut dengan persoalan semalam. Tapi muncul bayangan ruang bilik yang dipenuhi buku itu, membuatkan aku tiba-tiba perlu tahu tentangnya.

      Dari apa yang aku fikirkan, andai jawapan yang aku mahu cari pasti dapat dicari semuanya disana. Terutama buku yang mempunyai penanda buku berwarna emas menjadi perhatian aku untuk mengetahui isinya.

      "Kenapa tidak aku cuba masuk ke bilik itu dan mencarinya? " bisik hati aku yang tidak sabar membongkar segala persoalan di kepala.

      Pada waktu itu, aku tersedar dari tidur yang mungkin seawal 7 pagi, jadi aku mengemas diri terlebih dahulu yang lalu menyelak langsir sekali lagi walaupun aku tahu tiada apa yang dapat dilihat melalui jendela itu.  Hanya meletakkan telinga di pintu, tiada satu bunyi yang dapat didengari oleh aku dari dalam bilik.

       Tanpa rasa ragu-ragu, aku pun memutar tombol pintu dengan berhati-hati agar tidak mengeluarkan bunyi, begitu sahaja aku melangkah keluar dari bilik, "Apa masih awal pagikah? " soalku di dalam hati apabila melihat sekeliling di penuhi kabus halus yang tiada sesiapa pun.

       Aku berjalan keluar dari bilik dan terus melangkah mencari keberadaan pintu yang aku temui ketika itu. Tidak silap aku, pintu itu agak kecil dibandingkan pintu bilik aku, jadi aku perlu perhatikan setiap pintu di lorong itu... Dan aku menjumpainya!

      Kemudian, aku membukanya dengan yakin untuk aku cuba menyelinap masuk. Secara perlahan-lahan aku masuk dan begitu juga aku menutup semula pintu itu. Keadaan aku yang tertunduk-tundukan kepala pun menoleh kebelakang dan melihat 2 kaki di hadapan aku sedang menghadap aku seolah seseorang sudah menunggu aku dengan cara aku begini.

       Dengan rasa gelabah dengan tindakan sendiri, aku berdiri sambil menundukkan pandangan yang kononnya berasa salah mencerobohi ruang itu. Tetapi, setelah aku menegakkan badan, mata aku melirik melihat seketul badan yang tidak berpakaiaan berdiri diam di depan aku dalam keadaan badan yang masih basah dan belum di lap habis dengan tualanya dipinggang.

      Tuhan! Ternyata aku silap, ini bukan bilik yang sepatutnya aku masuk tapi ini adalah bilik seseorang di antara mereka. Aku menahan nafas dan cuba meraba tombol untuk membukanya dan keluar tapi tangan aku dihalang oleh dia.

      Ingin aku jerit kerana terkejut tapi sudah dihalangnya, mulut aku segera ditutup oleh dia sementara aku cuba meronta, malah lagi kuat pegangannya menahan aku. Badan aku ditariknya dan disadarkan pada dinding sementara tangan aku masih dipegang olehnya ke atas. Aku menutup mata dan masih belum melihat wajahnya seperti apa.

      Terasa badannya yang dingin cuba mendekati aku serta nafasnya lalu merasai di telinga sebelah yang berbisik, "Shh... Ini baunya Rose? " kata dia yang sangat lembut dan berbunyi psiko membuatkan aku membuka mata memandang dirinya yang masih perhatikan aku hingga ke anak mata dengan senyuman anehnya.

       Aku masih terdiam kaku yang entah mengapa, aku tidak dapat bergerak seperti orang bod*h di hadapannya. Dia mengambil tangan aku lalu membawa ke bibir dia dan menciumnya. Sesaat aku tersedar, aku pengsan didepannya kerana tindakbalas terkejut itu seperti dikawal hingga aku tidak dapat rasa pergerakan tubuh sendiri.

        Apakah aku baru sahaja di sihir?

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now