20 : CONFESSION

223 27 4
                                    

Dibilik Cassey

      "Cik Putri berehat disini, saya akan ambil ubat dan makanan... " nada lembut Jaemin di telinga kiri didengari kerisauan. 

      Pada waktu itu, aku masih tidak dapat menyedarkan diri hinggalah Jaemin kembali semula dengan membawa semangkuk sup suam dan ubat untuk merawat luka tadi. "Lekas makan ini, tolong Cik Putri... kembalilah pulih. " luah Jaemin yang berusaha mengembalikan aku menyedarkan diri dari terus lemah dari diketahui oleh Tuan Muda yang dikatakan.

      Kemudian, Jaemin terdengar pula hentakan kaki dari luar bilik menuju ke bilik ini dan terus membuka pintu, menjengah. "Ada apa-apa yang berlakukah? ", "Saya masuk ya?" katanya.

      Jaemin yang tidak sempat menghalangnya, sangat terkejut dengan kehadiran Jisung yang sedar kelakuan anehnya bergegas masuk ke bilik ini. Segera Jaemin membangunkan diri melindungi aku dengan badannya menghalang pandangan Jisung yang ingin tahu keadaan disini. Begitu sahaja, entah apa yang dikatakan atau alasan yang diberikan Jaemin hingga Jisung mengalah untuk keluar dari bilik ini.

      Selepas Jisung keluar, Jaemin terus menoleh melihat keadaan aku. "Jikalau Tuan Muda lihat Cik Putri begini, mungkin saya orang pertama dimarahi. " katanya sambil merawat luka dibahuku.

      Tapi aku tersedar waktu itu sambil mengukir sinis, "Orang? Kalian bukan orang atau manusia, benarkan? Beritahuku, kalian hanya mahukan aku dan akhirnya membunuh aku. " soal aku yang percaya jika mereka berniat kepentingan sendiri hingga aku tidak akan berguna pada mereka.

      Mendengar sahaja suara aku dikeluarkan, Jaemin kakukan diri dan terkebil-kebil melihatku lalu dia berserah kepada takdir dengan menghembuskan nafas dan menjelaskannya.

      Iya, aku berada di dalam alam yang jauh dari manusia dan tempat yang aku tinggal ini, dipenuhi pula dengan vampire yang dahagakan darah aku. Mereka yang bekerja dibawah naungan Evanil Empire tidak mempunyai hak seperti mereka (saudara Evanil) yang sesuka hati buat apa sahaja.

      ... tetapi aku, satu-satunya manusia yang memiliki darah yang mereka cari demi kekuasaan. 

      Menurut kitab Zill, ketika bulan mengambang, pada masa itulah setiap Vampire boleh menguasai dunia, tapi tanpa Rose tidak akan terjadi. Manakala menurut kitab sihir, bahawa Rose itu hanya ada satu dalam beribu tahun dan ia boleh jadi sesiapa sahaja memilikinya. 

      " ... dan akhirnya kami telah menjumpai Rose yang sudah hilang beribu tahun. " jelas Jaemin dengan rasa bersalah untuk mengangkat wajah melihat aku yang ketika itu sudah butuh diatas katil.

      Ternyata aku salah seorang yang memilikinya tanpa sedar, Rose sudah mengalir didalam darah aku. Jadi tiada pilihan lain, mereka hanya perlu menggigit dan menghisap di tubuhku.

      Semenjak dari hari itu, cukup aku mendengarkannya membuatkan aku perlu lebih berhati-hati dengan semua saudara vampire di dalam rumah ini termasuk Jaemin yang selalu bersama dengan aku. Bukan aku tidak percaya cuma aku tidak tahu hala aku selepas apa yang sudah terjadi disini.

      Kenapa aku???

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

Hi Readezzz !!!

Adakah chapter kalini, sudah terjawab soalan korang?

Hey... Jangan memaksa untuk mendapat jawapan begitu pantas kerana masih ada banyak chapter untuk mengakhirinya Hahaha XD

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now