29♡

846 160 73
                                    


Aku melipatkan telekung dan sejadah lalu menyangkutkan ditempat yang telah disediakan.

"Naura."

"Hurm" aku membaringkan badan disebelah Jisung yang masih lagi berkopiah.

"Esok hari apa?"

Aku mengerutkan dahi seperti memikirkan sesuatu. "Hari isnin kan?"

"So...."dia mengubah kedudukan dia yang tadi baring lalu menongkat kepala menghadap aku.

"So?"

"So saya kena start kerja balik." Dia memuncungkan bibirnya. Dah la muncung tu macam boleh sangkut hanger. Punya la kedepan.

"Ouh tau." Aku jawabnya bersahaja.

"Tu je reaction awak? Tak ada ke sedih ke?rasa nak meroyan ke?"

"Buat apa nak meroyan?"soal aku lagi.

Dia menepuk dahi. Okay okay cuba bagi  reason kenapa aku perlu sedih? Dia bukannya warden asrama ke apa sampai tak boleh balik rumah. Sekolah dia pun bukannya ada sesi pagi petang boleh balik awal lagi.

"Tak apa la sayang. Jom ikut saya." Dia menarik tangan aku untuk mengikuti dia.

"Nak ikut pergi mana lagi malam malam buta ni?" Aku mengeraskan badan aku supaya susah ditarik olehnya.

"Pergi candle light dinner." Jawabnya sambil menaikkan kedua belah keningnya.

"Euw flirty." Aku dengan rela ditarik oleh Jisung.

Dan sekarang kami berada didapur. Aku melihat gerakan dia yang ingin membuka tudung saji. Aik aku rasa aku tak ada masak apa apa tadi.

"Eh Duduk dulu duduk dulu" Dia menarik kerusi untuk aku.

"Awak buat apa ni Jisung?"

"Nahhh." Dia membuka tudung saji berwarna putih yang aku beli kat shoppe dua bulan lepas.

Terlepas tawa aku. Alah kiyott nya.

"Apa gelak-gelak?" Dia menyoal dengan muka kecewa dia macam baru lepas kene tinggal calon isteri masa hari nikah.

Aku menggeleng dengan tawa yang masih tersisa sambil itu tangan aku melambai untuk menyuruhnya duduk.

"Mana candlenya Jisung?" Tadi punyala beria candle light dinner bagai.

"Alah bersyukur je la ni maggie ni pun sejam saya masak. Cari resepi kat youtube lagi." Dia menghulurkan semangkuk maggie kepada aku.

"Masak maggie pun cari resepi kat youtube Jisung?" Bertambah tawa aku. Dia ngan Jaemin ni memang sama ke?

"Maggie gorengkan? Awak ingat senang ke? makan makan." Dia menyuapkan maggie kedalam mulutnya.

"Banyaknya maggie ni Jisung. Maggie kari buat promotion ke?" Dalam satu mangkuk ni punya banyak macam ada dua paket maggie.

Dia menggeleng lalu mata kami bertembung.

"Saya masak lima packet tadi."

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now