02

306 43 18
                                    

Gadis berambut ungu itu sibuk berdehem melodi lagu sambil tangannya menyisipkan buku-buku pada rak. Sempat ia kerling jam di dinding- sudah menunjukkan jam enam petang. Hari juga sudah mulai gelap, membuatkan suasana di sekitar menjadi seram.

"Sasaki.. kau sure ke nak bukak benda tu?"

"Kenapa? Jangan cakap yang kau takut?"

"M-mana ada!"

Y/n pandang dua orang pelajar kelas atas yang lalu di luar koridor perpustakaan. Satu keluhan kecil terus dilepaskan. "Fuh.. at least masih ada orang kat sini" gumamnya perlahan lalu menuju ke arah kaunter peminjaman buku, dimana barang-barangnya tersimpan.

Segala buku nota, alatan tulis dan juga bekal makanan yang sudah kosong disimpan elok ke dalam begnya sebelum dadanya diserang kesakitan yang amat.

THUGH!

Terasa sakit seperti sedang ditusuk sesuatu. Dadanya terus dipegang- ditumbuk-tumbuk pabila pernafasannya menjadi sukar.

"Sukuna.."

Kini telinganya pula yang dipegang. "S-siapa.."

"Sukuna.."

Berulang kali nama itu dipanggil, kedengaran jelas pada kedua telinganya. Kepalanya sudah menjadi pening tatkala pandangan mata mula perlahan kabur.

"Sukuna.." kini bibirnya pula yang sendiri menitikan nama itu. Dan pada akhirnya, ia jatuh dalam dunia kegelapan.

[Present day]

Duduknya di ruangan yang penuh dengan kertas talisman itu adalah si jujutsu terkuat, Gojou Satoru bersama vessel utama sumpahan Sukuna, Itadori Yuuji.

"..hukuman yang ditunda? so buat masa sekarang ni kena tunda..?" soal Itadori yang masih lagi dalam kebingungan. Siapa saja tidak bingung, sebentar tadi ia berada di bumbung sekolah tup tup bila buka mata, dia sudah berada di tempat lain. Tambahan lagi tangannya sudah diikat dengan rantai besi.

"Yup, tengok ni.." si albino dihadapannya sudah menunjukkan satu jari. Berkerut terus dahinya pabila teringat akan peristiwa semalam.

"Benda ni sama dengan apa yang kau makan- well mesti kau ingat kan. Semuanya ada dua puluh, ditangan kami ada enam" kemudian jari itu dibuang ke arah dinding dengan kuat. Namun jari tadi tidak hancur ataupun terkesan, manakala dinding yang penuh dengan kertas talisman itu pula sudah retak seribu.

"Seperti yang kau nampak, benda ni takkan hancur. Ia nya sumpahan yang kuat" jelas Gojou, lalu memandang tepat kearah Itadori. "Kitaorang takde proper seal sekarang.. dan disitu kau muncul-"

Gemuruh terus Itadori dibuatnya. Kenapa dengan dirinya?

"Kalau kau mati, sumpahan dalam badan kau pun akan mati. Kau ada dua pilihan.." Gojou berjeda seketika sebelum menyambung kata-katanya semula. "Mati sekarang atau cari jari Sukuna yang lain dulu, baru mati selepas semua jari ada dalam badan kau"

Itadori menelan air liurnya. Apa pun pilihan yang dia pilih, dia tetap akan mati jua. Perbezaannya hanya jangka masa. Cepat atau lambat, pengakhirannya adalah kematian. Termenung ia sendiri, memikirkan kata-kata arwah atuknya.

"Ah, dan aku nak kau jumpa sorang ni" celah Gojou.

"Huh?"

Dan disini mereka menunggu, dihadapan taman perumahan Sendai- menantikan kehadiran seseorang. Itadori sudah menepuk lehernya yang telah digigit nyamuk.

"err.."

"Panggil aku Gojou-sensei"

"Uh- Gojou-sensei.. kita tunggu siapa sebenarnya?" tanya Itadori.

𝐘𝐎𝐔𝐑𝐒 | ɪᴛᴀᴅᴏʀɪ ʏᴜᴜᴊɪ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ Where stories live. Discover now