04

225 34 14
                                    

[ Next day | Harajuku Station ]

"Sebenarnya, clan Nagami hampir masuk dalam tiga clan terkuat which is clan Zenin, clan Kamo dan juga clan Gojou" kata si albino sambil mengunyah mochi yang sempat dibelinya tadi.

Y/n terdiam sejenak, mengingatkan keluarganya yang sering membuat ritual keagamaan dan juga kata-kata gurunya semalam. "Saya tak pernah tahu pun kalau keluarga saya ni ada clan" ujarnya.

"Clan Nagami berpecah selepas kematian ketua clan. Well cerita lama- hampir semua ahli jujutsu lupa dengan clan tu" Gojou terus memandangnya. "To think rumour pasal roh Tsubaki tu betul- kau dan Yuuji tarik perhatian ramai"

Y/n hanya diam sambil memegang skirt uniformnya. Dahinya berkerut dan bibirnya juga diketap rapat. "Sensei.."

Gojou berdehem, memberitahu si gadis bahawa dia sedang mendengar.

"Kalau saya tahu benda ni awal awal.. saya akan pack sekali buku-buku berkaitan Tsubaki dan Sukuna" jelasnya, dan itu membuatkan perhatian Gojou 100% ke tempatnya. "Buku?"

Y/n menganggukkan kepalanya. "Kan saya dah kata, keluarga saya lebihkan keagamaan tapi.. entah kenapa kat rumah saya tu ada banyak buku tentang sumpahan Ryomen Sukuna-"

"Dari mana keluarga kau dapat buku macam tu?"

"Saya rasa dari nenek moyang- dari generasi lepas.."

"Boleh dikatakan turun temurun" sambung si albino. Interesting, bisiknya. Sekian lama dia hidup di dalam clan dan pekerjaan jujutsu sendiri, ini pertama kali dia mendapat tahu bahawa clan Nagami sudah pernah berhubungan dengan si raja sumpahan sejak berkurun lamanya. Dia sudah meng'take noted'untuk mengambil (mencuri) buku yang diperkatakan nanti. Informasi yang penting seperti itu sepatutnya disimpan awal-awal di tempat yang selamat, ya- sebelum jatuh ke tempat lain.

"Well, bercakap pasal Tsubaki.." Gojou sudah menukar topik. "Aku belum pernah nampak lagi macam mana roh pelindung protect owner-"

"Sensei!"

Tidak jauh dari mereka berdua, terdapat Itadori dan Fushiguro yang sedang menantikan kehadiran mereka. Y/n melambai-lambaikan tangannya sebelum memandang gurunya disebelah. "Sensei cakap ape tadi?"

Gojou menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Nope, takde pape-" balasnya lalu berjalan meninggalkan y/n. "Yo! Nampaknya baju tu dah siap" dipandangnya Itadori atas dan bawah.

Si rambut pink itu terus memegang kolar uniformnya. "Yup, dan baju ni sesuai dengan saiz saya- tapi kenapa uniform ni beza sikit dengan Fushiguro punya..?" jelasnya.

"Kalau kau nak request design sendiri, boleh je sebenarnya- macam y/n ni" balas Gojou, dan y/n terus memberikan senyuman pabila namanya disebut.

Itadori mengerutkan dahinya sedikit- memandang y/n seketika sebelum beralih memandang bajunya sendiri. "Tapi saya tak pernah minta request pun?"

"Tu sebab aku yang requestkan" Jawab si albino dengan selamba.

"Hati-hati, gojou-sensei ada side macam tu jugak" celah Fushiguro. Manakala Itadori sudah terkebil-kebil, tidak faham akan apa yang dimaksudkan. "Huh-"

"Uniform tu sesuai dengan awak" puji y/n.

"Huu takpela, rasanya aku suka baju ni" kata Itadori sambil memandang arah lain.

Fushiguro sekadar mendengus sebelum beralih memandang guru albinonya itu. "Kenapa kita kena jumpa kat Harajuku?" soalnya dalam nada yang sedikit tidak berpuas hati. Mungkin malas hendak keluar.

Gojou sudah memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. "Well dia yang nak jumpa kat sini-"

Y/n tidak dapat fokus mendengar perbualan antara guru dan classmate barunya itu dek Itadori yang tiba-tiba saja menariknya ke satu gerai popcorn berdekatan. 'Sini sini- ada popcorn- uish warna merah-' dan banyak lagi celoteh si rambut pink itu.

𝐘𝐎𝐔𝐑𝐒 | ɪᴛᴀᴅᴏʀɪ ʏᴜᴜᴊɪ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ Where stories live. Discover now