05

245 34 17
                                    

"Mari berpecah. Aku kat atas- korang berdua mula dari bawah" kata Kugisaki.

"Kau yakin ke pergi sendiri? Sumpahan tu bahaya tau" balas Itadori. Tidak semena-mena ia mendapat tendangan padu dari Kugisaki.

"Oi-"

"Diam! Aku taknak dengar tu dari mulut kau! Ikut jela cakap aku!" bidas Kugisaki sebelum meniup rambutnya dengan kasar.

Berkerut terus dahi Itadori. "Aku tak fahamlah dengan kau n-"

"HA sebab tula kau tak popular"

"Huh?!"

Y/n terus membantu si rambut pink itu berdiri. Melihatnya masih mengomel pasal 'dirinya tidak popular' dan 'ape hal ngan dia tu cakap aku macam tu?' serta 'seyes ah aku tak popular?', membuatkan dia tertawa kecil. Kugisaki pula sudah hilang dari pandangan, mungkin sudah naik ke tingkat atas simpul y/n.

"Itadori-kun, mungkin awak tak lah begitu popular macam apa yang Kugisaki kata-" Kata y/n dan itu membuatkan satu panah tertusuk di badan Itadori. "Tapi saya yakin yang awak ada.... peminat.."

Y/n terdiam, begitu juga dengan Itadori. Masing-masing sudah membulatkan mata tatkala orang ketiga muncul tepat-tepat dihadapan mereka- satu sumpahan yang berbadan besar.

Terus saja Itadori merangkul pinggang y/n, membawanya berundur beberapa tapak ke belakang. Pisau yang dipinjamkan oleh guru albinonya itu sudah diangkat pada paras dada. "Awak stay belakang saya" katanya.

Belum sempat y/n ingin membalas kata, kaki kanannya ditarik sesuatu- memisahkan dia dengan Itadori dalam jarak yang begitu jauh. 'y/n!' Dapat lagi dia dengar suara Itadori memanggil namanya, namun apakan daya- dirinya masih lagi ditarik membuatkan ia sukar untuk berkata apa.

Sempat dia mencapai satu tiang sebelum diseret lebih jauh. Melihat sebelah kakinya yang masih terikat dengan sesuatu seperti tali, serpihan mozek yang kelihatan terus diambil dan ditusuk 'tali' itu berulang kali agar dilepaskan.

(a/n : aku nak tulis jubin but entahlah bm kelaut-)

'Tali' itu terputus dua dan sebelah bahagian mula kembali ke tempat asalnya. Membulat terus mata y/n pabila melihat punca 'tali' itu berasal. Tidak jauh dari hadapannya, ada satu sumpahan kurus-tinggi dengan lidah yang terjelir keluar.

"Ewu lidah dia ke tadi tu?"

Y/n bingkas bangun dengan serpihan mozek ditangannya. Terdiam ia sejenak memikirkan senjata ditangannya itu. Takkanlah aku nak lawan sumpahan tu dengan benda ni.. monolognya.

'perlukan bantuan?'

"..!!" Terkejut dia sendiri dek mendengar suara wanita dikepalanya. Suara yang sama dia dengar pada kejadian di perpustakaan dan pagi tadi- memang tidak silap lagi.. "T-Tsubaki-sama?"

'ye nak? jangan takut, panggil saja aku' balas roh itu dengan lembut.

Y/n menarik dan menghembuskan nafasnya, cuba unuk menenangkan diri daripada terus gelisah. Hatinya sudah berulang kali mengatakan bahawa dirinya bakal baik-baik saja. Baiklah!

Dengan jantung yang kian berdetak laju, dia mengungkapkan kata, "Dibawah lindungan roh suci, ku seru engkau Tsubaki" Dan kabus putih pun mula memenuhi ruang- membetukkan sesuatu seperti bayangan di belakangnya.

Terbuka dan tertutup semula mulutnya seperti ikan yang mencari nafas. Terpegun ia sendiri, melihat figura seorang wanita berkimono putih terapung dibelakangnya.

𝐘𝐎𝐔𝐑𝐒 | ɪᴛᴀᴅᴏʀɪ ʏᴜᴜᴊɪ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ Where stories live. Discover now