二二22

48 13 0
                                    


༄༄༄༄༄༄༄᯽༄༄༄༄༄༄༄

༄༄༄༄༄༄༄᯽༄༄༄༄༄༄༄

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

༄༄༄༄༄༄༄᯽༄༄༄༄༄༄༄













"Jom pergi dewan. Lagipun perhimpunan dah nak start" ajak Dongmi seraya tarik tangan kami berdua menuju ke dewan terletak.

Kami bertiga duduk di barisan perempuan. Mestilah perempuan tak kan la tiba-tiba nak pergi duduk dekat barisan lelaki pulak. Perhimpunan sekolah kami dia macam limited sikit sebab kami semua dapat duduk rilek. Bukannya macam sekolah korang, berjam-jam berdiri.

3 jam sudah berlalu dengan pelbagai bebelan dari guru yang bertugas ataupun sesetengah guru ingin menyampaikan beberapa hadiah.

Selepas pengawas yang bertugas sebut pengetua untuk meluru ke hadapan. Aku mengeluh sebanyak yang mungkin sebab aku malas nak dengar suara dia.

"Wei nanti bila dia dah habis cakap kan. Kau kejut la aku" bisik aku perlahan di telinga Womi. Dia hanya angguk dan sambung membawang dengan Dongmi.

"Okay hari ni saya ingin sebut nama-nama yang sudah berjaya dapat top 10 dalam peperiksaan baru-baru ini. Nama dah disebut bolehlah naik ke atas pentas. Beratur sebaris"

Terkejut aku selepas dengar pengumuman itu. Tak jadi nak lena. Aku terus duduk tegak sambil pusing ke bahagian lelaki barisan belakang sekali. Siapa lagi kalau bukan geng Jaehyun.

Aku lemparkan senyuman buat lelaki itu dan dia balas dengan lambaian seraya senyuman lesung pipitnya yang menawan. Jantung aku terus tak keruan. Aku suka dengan senyuman dia tu.

Bila aku pusing ke depan semula, senyuman aku tadi terus hilang sebab aku terpaksa tatap wajah orang tua yang aku amat benci. Aku hanya pasang telinga untuk dengar setiap nama yang akan disebut oleh mulutnya sendiri.

"Yang pertama, Lee Taeyong"

Bergema satu dewan bila nama itu sudah disebut dengan penuh semangat. Tak lagi tak bukan crush aku memang disukai ramai. Pelajar terbaik sekolah la katakan.

Aku lihat figura lelaki itu berjalan naik ke atas pentas seraya tersenyum lebar. Lagipun, aku dah selalu sangat nampak dia jejak kaki naik atas pentas.

"Kedua, Lee Minhyung"

"Wohooo!!! Thank you!! Thank you!!"

"Apa kejadah Mark tu" aku kerutkan dahi selepas melihat adegan itu. Mark melambai gembira bila ramai fangirl terhadapnya.

Aku pusing menghadap Haechan dan aku nampak reaksi dia macam tak suka dengan telatah Mark. Mukanya terlampau ketat, bukan macam selalu. Senyuman sentiasa di bibirnya. Tapi bila ternampak wajah lelaki itu terus hilang senyuman manis.

"Ketiga, Kim Jungwoo"

"Siapa tu?!"

"KIM JUNGWOO!!!"

 ժ┃𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐘𝐎𝐔 ⤻ ʲᵘⁿᵍ ʲᵃᵉʰʸᵘⁿDove le storie prendono vita. Scoprilo ora