三二32

60 11 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.














"Soojin, kamu dari mana?"

"Keluar dengan kawan"

"Dah makan?"

"Tak de selera la eomma. Nanti Soojin makan eh"

"Yelah, jangan tak makan nanti sudah. Perut kamu tu masuk angin nanti" pesan Pn. Choi lembut.

Masuk sahaja bilik aku terus berlari dapatkan beg sekolah aku. Kata-kata Taeyong tadi masih terngiang di kepala.

Zip beg dibuka luas lalu kelihatan satu kotak yang sedikit sederhana saiznya. Dibawa keluar dari beg dan melangkah duduk di atas katil.

Kotak dibuka dan kelihatan ada sebuah telefon bimbit dan gambar artis kegemarannya. Moon Taeil.

Senyuman sebaris ditayangkan dan tanganku ligat menekan button on pada telefon tersebut.

Air mata jatuh mengalir apabila melihat gambar lockscreen telefon itu. Seorang lelaki dan juga seorang perempuan sedang tersenyum manis.

"Jaehyun" ucapku perlahan seraya menyentuh wajahnya di paparan screen. Senyuman ini amat aku rindui.

Jari ku menolak ke atas untuk membuka kunci telefon ini dan lagi sekali gambar kami berdua terpacul di home screen pula.

Aku bangun dari duduk dan pintu beranda aku buka luas. Tempat Jaehyun berdiri pada malam haritu, ditatap lama. Lagi sekali air mata mengalir di pipi.

Betapa rindunya aku dekat lelaki berlesung pipit itu.

Telefon ditangan aku tenung semula lalu menekan satu apps voice recorder yang hanya ada dia sahaja berada pada bahagian tersebut.

Kelihatan hanya ada satu pesanan suara sahaja. Tanpa melengahkan masa, aku tekan pesanan itu dan sebelum itu aku habiskan volume up suara telefon itu supaya dapat dengar dengan lebih jelas.

"Choi Soojin—"

"Jae-jaehyun?" mulut aku tekup dengan tangan. Terkejut selepas terdengar alunan nada suara itu. Sangat familiar. Semakin deras air mata aku mengalir. Sebak betul hati aku bila dapat dengar suara ini semula setelah sekian lama tidak mendengar.

"Sekarang anda bersama orang yang anda suka, bukan? Saya sudah memenangi hati Kim Hyeji dan anda memenangi hati Taeyong, kan!! TAHNIAH BUDAK!!. Kau dah tunaikan janji aku. Ingat tak masa hari first kita jumpa. Kan aku suruh kau satukan aku dengan Hyeji kan. Tch, macam lawak pulak bila teringat. Aku rasa ini adalah satu-satunya perkara terakhir yang dapat aku lakukan untuk kau."

"Choi Soojin...Walaupun kau pendek dan bodoh, dan kau juga menyukai orang lain. Walaupun begitu .... aku masih .... suka dekat kau. Kalau kau nak tahu la. Tapi aku tahu kau sukakan Taeyong. Aku harap korang berdua bahagia selamanya"

 ժ┃𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐘𝐎𝐔 ⤻ ʲᵘⁿᵍ ʲᵃᵉʰʸᵘⁿWhere stories live. Discover now