Bab 36

3.3K 119 3
                                    

Panggilan ibu mertuanya dijawab.
"Ya ibu, ada apa?" soalnya.

"Zyaire, baba dah sedar. Ibu nak bagitahu Mia,tapi ibu call tak jawab pun."

"Mungkin dia tak perasan kut. Keadaan baba macam mana lepas sedar."

"Alhamdulillah baba kamu dalam keadaan baik tapi masih lemah. Bila kamu berdua nak datang sini?"

"Sekejap lagi Zyaire dan Mia sampai."

"Baiklah ibu tunggu ya."

Panggilan ditamatkan.

Melangkah keluar dari biliknya. "Emili, cancel semua appointment saya untuk hari ni."

"Baik Mr. Zyaire. Err Mr. Zyaire boleh saya tanya kenapa Mrs.Mia tak datang hari ni? Saya rindukan dia."

"Ouh dia kurang sihat hari ni. Saya pergi dulu."

Senyuman diberikan sambil menghantar pemergian Zyaire memasukki lift. "Kurang sihat? Mr. Zyaire nak dapat baby ke? Wahh mesti comelkan, Mr. Zyaire handsome dan Mia pula cantik bila bergabung mesti meletup." terujanya  seorang diri.

"Puan, ini makanan tengah hari." Mak Piah meletakkan talam berisi nasi putih bersama ayam masak merah.

"Wahh bau sedapnya, Mak Piah. Kalau masuk mulut ni mesti lagi sedapkan."

"Biasa-biasa je puan. Mari saya suapkan."

"Mak Piah, bukan ke saya suruh Mak Piah panggil Mia je, tak payah puan-puan bagai ni. Kalau tak saya tak nak makan."

"Baiklah Mia, buka mulut tu biar Mak Piah suapkan." hulur sudu berisi nasi tadi.

"Ehh tak payah susah-susah suapkan saya. Saya boleh makan sendiri. Malulah kalau Mak Piah nak suapkan." tolak Mia.

"Tapi tangan kamu diikat dan Mak Piah minta maaf sangat. Encik Zyaire tak benarkan Mak Piah untuk buka ikatan tu."

"Saya boleh makan sendiri dan Mak Piah tak perlu buka ikatan ni. Tapi Mak Piah kena biarkan saya makan sorang-sorang sebab saya tak nak Mak Piah tengok saya comot."

"Betul ni, kamu nak makan sendiri."

"Ya betul, Mak Piah boleh keluar dan rehatkan diri. Bila Mia dah selesai makan, Mia panggil."

"Mak Piah keluar dulu ya." pintanya berlalu pergi.

Sebaik saja pintu ditutup rapat, Mia membuka semula ikatan palsu buatannya. Sengaja berbuat demikian supaya tidak diketahui Mak Piah yang dia telah membuka ikatan tangannya. Setelah itu, makanan tengah harinya dinikmati dengan tenang tanpa sebarang gangguan.
Selesai saja makan, ikatan tadi dipasang semula dan  memanggil Mak Piah. Kuah ayam masak merah tadi sengaja dicalitkan dipipinya sebagai helahnya.

"Mia dah habis makan?" soal Mak Piah.

"Dah, terima kasih Mak Piah. Sedap sangat masakan ni."

"Haih sampai comot kamu makan, tu la tadi Mak Piah nak suapkan tak nak." ujarnya seraya membersihkan sisa sambal yang ada pada pipi gadis itu.

"Hehehe, sedap sangat sampai comot Mia makan. Err Mak Piah, tolong ketatkan ikatan ni. Dah longgar sebab Mia banyak bergerak tadi dan Mia tak nak Zyaire cakap yang Mak Piah buka ikatan ni." helahnya. Mia tak mahu Zyaire mensyakinya apa-apa kerana ikatannya tidak ketat seperti diawal pagi.

"Meh sini Mak Piah ketatkan, tapi tak boleh ketat-ketat sangat nanti sakit pula tangan kamu." kata lantas mengikat kain tadi dengan lebih ketat berbanding tadi.

"Terima kasih." ucap Mia tersenyum manis.

"Rasanya Encik Zyaire dah balik.Tu dengar kereta dia. Mak Piah keluar dulu ya."

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now