xix. special?

694 107 22
                                    

Nina berasa sangat lega ketika dia melihat Jieun tiba butik hari ini. Selama tiga hari dia bekerja bersama Sunghoon hatinya tidak tenang.

Lelaki itu sering memerhatikan Nina ketika dia sedang bekerja, makan atau berehat. Pergerakannya menjadi tidak selesa kerana adanya lelaki itu.

“ Cik Jieun! Akhirnya Cik datang juga! Say rindu Cik! Macam mana dengan demam Cik? ” soal Nina sambil mengekori Jieun. Wajahnya begitu teruja sekali apabila dapat bertemu dengan Jieun.

“ Demam saya dah membaik sikit. Saya datang sebab risaukan kamu, Nina. Oh ya, Sunghoon akan datang hari ni sebab suami saya risaukan saya sakit lagi. Jadi, awak bekerja dengan Sunghoon lagi. ” balas Jieun.

Oh tuhan, Nina rasa seperti mahu menjerit sahaja ketika nama lelaki itu disebut. Mengapa? Tiada orang lain ke yang boleh menggantikan posisi Sunghoon?

Lambat - lambat Nina menganggukkan kepalanya manakala Jieun ke pejabatnya. Dia akan bekerja setengah hari dan sesi petang diambil oleh Sunghoon. Apalah nasib seorang Jung Nina.

“ Kau boleh, Nina! Dia cuma manusia bukannya hantu! Buat apa nak takut, kan? ” gumam Nina di hadapan komputernya.

Dia menarik nafas sebelum memulakan kerjanya. Nina tidak henti bekerja sehingga tidak sedar akan kehadiran Jay. Lelaki itu datang untuk menjemput Jieun.

Meja diketuk dan dia segera mendongak. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

“ Encik nak jemput Cik Jieun ke? Cik Jieun ada dalam pejabat. Mungkin dia tengah siapkan kerja. ” ujar Nina sambil menunjuk ke arah pejabat Jieun.

“ Ya, saya nak jemput dia. Saya 'culik' dia sekejap ya? ” balas Jay dan Nina hanya mengangguk.

Kemudian, Jay menuju ke pejabat Jieun dan melihat isterinya sedang membuat kerjanya. Dia mengetuk pintu untuk menarik perhatian Jieun dan berjaya.

“ Eh, Jay? Awalnya awak sampai? Bukan ke awak cakap awak datang waktu rehat nanti? Awak tak kerja ke? ” soal Jieun sambil memandang ke arah Jay.

“ Aku cuti setengah hari. Aku sengaja datang awal sebab nak tengok keadaan kau. Tak ada rasa pening lagikan? ” balas Jay.

Jieun hanya mengangguk dan menyuruh Jay untuk duduk di sofa. Jay hanya menurut dan memerhati Jieun saat sedang bekerja. Ketika dia sedang merenung wajah Jieun muncul pula Nina.

Gadis itu datang untuk memberitahu sesuatu.

“ Cik Jieun, untuk sesi bergambar dengan Encik Jake sudah disahkan. Kita akan pergi ke Pulau Jeju selama seminggu dan syarikat Encik Jake sudah uruskan semuanya. Termasuk penginapan. ” ujar Jieun.

“ Oh, ya ke? Baguslah! Maknanya minggu depan kita akan tutup butik selama seminggu. Tolong maklumkan kepada klien kita ya, Nina? Awak boleh sambung kerja. ” balas Jieun dan Nina meminta diri untuk ke mejanya semula.

Jay masih duduk di sofa itu sedang berfikir. Jadi, model bernama Jake inilah yang Jieun risau tidak dapat bekerjasama itu? Apa yang istimewa dengan lelaki bernama Jake itu?

Jay jadi tertanya - tanya.



+ tayo tayo tayo~ 😂
enjoy the chapter!

𝐅𝐄𝐕𝐄𝐑 | 제이Where stories live. Discover now