li. house new guests

438 77 5
                                    

Sebuah kereta hitam berhenti tepat di hadapan pintu masuk rumah Jay. Seorang wanita bersama dengan anaknya keluar dari kereta itu sambil menatap rumah itu.

“ Omma ini ke rumah Papa Jay? Besarnya rumah Papa Jay! Kita tinggal sini ke omma? ” soal Minji.

Chaeyoung senyum nipis, suara anaknya sahaja sudah memenuhi halaman rumah itu. Tangan Minji dipegang erat olehnya.

“ Minji-yah, kita akan tinggal sini untuk sementara waktu ja. Bila adik dah keluar nanti kita pindah rumah lain. Tapi buat masa ini kita tinggal dengan Papa Jay. Oh ya, Minji tahu kan yang Papa Jay ada isteri? ” ujar Chaeyoung dan Minji mengangguk mengerti.

Nafas lega dilepaskan. Dia tidak mahu Minji dibenci oleh Jieun. Cukup dirinya sahaja yang sedang dianggap sebagai perampas suami orang. Kemudian pembantu rumah mengajak mereka masuk ke dalam.

Sekali lagi Minji bersuara dengan nada teruja melihat kawasan rumah itu. Mereka berdua dijemput duduk di ruang tamu sementara menunggu Jay. Beberapa minit kemudian Jay turun bersama senyuman dibibirnya.

“ Papa! ” Minji bersuara teruja lalu berlari anak mendekati Jay. Tubuhnya didukung oleh lelaki itu lalu Jay membawanya ke ruang tamu semula.

“ Jay-ah, betul ke tak apa? Saya tak selesa dengan isteri awak. Apa yang dia akan cakap nanti? ” soal Chaeyoung sebaik sahaja Jay duduk berhadapan dengannya.

“ Dia yang suruh jadi saya turuti permintaan dia. Awak jangan fikir yang bukan-bukan ya, Chaeyoung. Buat masa ini fokus dengan bayi awak dan Minji. ” balas Jay bersama suara tenangnya.

Chaeyoung menunduk memandang karpet. Dia mahu melihat wajah Jieun namun dia tahu isteri kepada Jay itu tidak mahu bertemu dengannya. Dia sudah membayangkan bagaimana hidupnya di sini nanti.

Lamunan Chaeyoung terhenti apabila tangannya ditepuk oleh Minji. Wajah anaknya itu ditatap sebelum lengannya ditarik perlahan.

“ Awak kena rehat Chaeyoung. Mari saya tunjukkan bilik untuk awak dengan Minji. ” ujar Jay dan Chaeyoung hanya bersetuju.

Jay membantunya untuk berdiri lalu membawanya ke bilik yang berada di tingkat satu. Dia mahu memudahkan Chaeyoung untuk berjalan andai ada apa-apa yang berlaku.

Ada dua katil di dalam bilik itu. Satu untuk Chaeyoung dan satu lagi untuk Minji. Bilik sederhana besar itu sudah cukup luas untuk dirinya dan anaknya. Chaeyoung duduk di hujung katil itu sebelum mendongak.

“ Awak serius, kan? Kalau isteri awak tak suka awak boleh hantar saya balik sekarang. Lagipun tadika Minji jauh dari rumah awak. ” Chaeyoung cuba memberi alasan namun Jay hanya senyum nipis.

“ Saya serius dan soal tadika Minji saya dah suruh pemandu ambil dan jemput dia. Tolong, Chaeyoung turuti apa yang saya suruh. Untuk kali ini. ” pujuk Jay lagi dan lambat-lambat Chaeyoung mengangguk.

Dia tahu tiada guna melawan kerana Jay pasti akan memujuknya. Hati Chaeyoung tidak siap untuk semua itu. Tambahan pula Jay itu suami orang tidak elok jika dia membuat lelaki itu memujuknya.

“ Bagus! Minji nak ikut papa tak? Papa nak kenalkan Minji dengan pembantu yang kerja dekat sini. ” soal Jay dan tiada kata tidak dari gadis kecil itu.

“ Nak lah, papa! Omma rehat dulu ya? Minho nak ikut papa! ” ujar Minji selepas melompat turun dari katilnya.

Tangan Jay digenggam sebelum mereka berdua melangkah keluar. Nafas dihela berat sambil tangan mengusap perutnya lembut. Tendangan kaki menunjukkan bayinya baru sahaja sedar.

“ Anak omma jangan susah hati. Maaf omma buat kamu rasa macam itu. Cepatlah kamu keluar supaya omma dapat jauhkan diri dari dia. ” bisik Chaeyoung.

Suasana hening itu menambahkan lagi rasa gemuruh di hatinya. Adalah dia boleh menghadap wajah Jieun nanti?

+ tension aku nak taip chapter yang gini huhuhuuu

𝐅𝐄𝐕𝐄𝐑 | 제이Where stories live. Discover now