xxv. irritated

1.2K 99 39
                                    

“ Asyik Sunghoon! Sunghoon itu, Sunghoon ini! Semua benda kena libatkan Sunghoon! Tak sihat panggil Sunghoon, ada hal kecemasan pun Sunghoon! Tak ada orang lain ke yang boleh gantikan Cik Jieun? ” bebel Nina sambil mengikat rambutnya.

Pagi tadi dia mendapat pesanan dari Jieun yang mengatakan dia perlu bekerja dengan Sunghoon. Lagi sekali dan entah untuk kali berapa.

Nina mengambil beg dan barang - barang pentingnya lalu membebel lagi. Selesai menyarung kasut Nina keluar lalu mengunci pintu chalet nya.

“ Dalam banyak - banyak manusia yang wujud! Kenapa mesti Sunghoon juga? Tak ada orang lain ke yang boleh ganti? Sunghoon tu pun tak ada kerja ke? Penat betullah aku kena larikan diri dari dia ja! ” bebel Nina lagi.

Nina tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang menunggunya di kereta. Sudah tentu itu Sunghoon. Lelaki itu sedang menahan ketawanya.

Selesai mengunci pintu Nina memusingkan tubuhnya dan terkejut apabila melihat Sunghoon. Lelaki itu sedang bersandar di kereta sambil memandang ke arahnya.

“ En-Encik Sunghoon— ”

“ Dah habis luahkan perasaan? Boleh kita gerak sekarang? Atau kau nak membebel lagi? Aku boleh tunggu kalau kau nak? ” soal Sunghoon dengan santai.

Nina hanya mengangguk tanpa menjawab. Mereka masuk ke dalam kereta dan Sunghoon terus menggerakkan keretanya. Dia memandang Nina sekilas sambil tersenyum.

Jarinya dimainkan kerana terlalu gugup. Dia pasti yang Sunghoon sudah mendengar semua yang dia katakan sebentar tadi. Dia jadi takut untuk tahu reaksi lelaki itu.

Tetapi dia tidak peduli. Bukannya Nina peduli pun dengan perasaan Sunghoon. Kan?

“ Ekhem! Kau dah sarapan ke belum? Nak sarapan dengan aku? Kebetulan aku belum sarapan lagi. ” ujar Sunghoon.

“ Saya belum sarapan lagi. Semalam kan Encik Jake ajak saya sarapan jadi saya sarapan dengan dialah! ” balas Nina santai.

Mendengar nama Jake disebut membuatkan Sunghoon mengetap bibirnya. Mahu sahaja dia berpatah balik dan bawa Nina lari sejauh yang mungkin. Apa yang Nina suka dengan Jake itu?

Sementara Nina, dia panik apabila kelajuan kereta itu semakin bertambah. Sedikit sahaja lagi mereka tiba tetapi Sunghoon tiada niat mahu memijak brek.

“ Encik Sunghoon! Encik buat apa? Cepat pijak brek! ” jerit Nina yang ketakutan itu. Dia segera menutup matanya.

Seperti yang Nina suruh Sunghoon memijak brek kecemasan dengan sengaja. Nina perlahan - lahan menurunkan tangannya dan melihat ke arah Sunghoon.

Lelaki itu memegang stereng dengan genggaman yang kuat. Wajah Sunghoon juga sedikit merah tanda dia sedang menahan marah.

Nina mengetap bibirnya, “ kenapa dengan Encik? Encik nak bunuh kita berdua ke sampai bawa kereta macam tu? Tahu tak bahaya kalau kita ke— ”

“ Keluar Nina. ” ujar Sunghoon.

“ Keluar sebelum aku hilang sabar dengan kau. Aku rasa kau tak nak dekat dengan aku kan? Jadi, sekarang kau keluar sebelum aku buat hal yang bukan - bukan dekat kau. Kau nak ke? ” ugut Sunghoon dan Nina dengan cepat keluar dari kereta itu.

Dia menunduk hormat sebelum dia berlari mendekat sekumpulan manusia yang berada tidak jauh darinya. Sunghoon menghela nafas.

Dia mematikan enjin keretanya lalu bersandar di kerusi. Tingkap diturunkan sedikit supaya udara dapat masuk. Dia berdecit kesal.

“ Aku takkan benarkan kau ambil Nina dari aku, Sim Jaeyun. ”


+ good morning!
adakah sunghoon kenal jake? hihihihii
anyway, aku baru sedar aku taip 'Tuan' and bukan 'Encik' nasib baik aku noticed 😂😅

+ good morning!adakah sunghoon kenal jake? hihihihiianyway, aku baru sedar aku taip 'Tuan' and bukan 'Encik' nasib baik aku noticed 😂😅

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐅𝐄𝐕𝐄𝐑 | 제이Where stories live. Discover now