30♡

881 188 47
                                    


"Balik nanti jangan lupa." Aku dapat habis dulu yall. Aku dah cakap jangan main-main dengan wanita melayu terakhir ni.

Nak diikutkan kitorang habis sama-sama. Sehidup semati la katakan tapi perut si Jisung ni tak dapat menerima kehadiran maggie yang mungkin Jisung suap kali ke 1001. Jadi Jisung pun terpaksa la mengeluarkannya semula. Begitu la.

Jisung menjulingkan mata keatas. "Ye la cik puan."

Dia menghulurkan tangannya di depan muka aku. Aku memandang dia dengan pandangan. Pahal ni nak hands sanitizer ke?

"Salam la woi." Dia sengaja melagakan tangannya tadi kearah muka aku. Faham ke tidak ayatnya ni?

"Ouh hehe." Aku tersengih lalu lekas menyalamnya.

"Kunci rumah nanti. Kang ada orang nak culik isteri saya ni kang. Sapa nak masak kan untuk saya nanti. Maunya saya masak maggie hari-hari sampai botak."

"Orite boss. Raja sushi saya jangan lupa." Sempat aku memesan lagi sekali.

"Ye sayang ye." Dia menatap jam ditangannya.

"Astafirullah dah pukul 7 setengah." Dia cepat-cepat menyarungkan kasut. Dah macam cacing kepanasan dah aku tengok.

"Tak sampai 15 minit pun sekolah awak tu. Rilek la bro." Aku menolak sedikit bahunya.

"Tak boleh la bro. Murid-murid cantik kesayangan saya dah tunggu dekat kantin sekolah."

Dia dengan pantas menarik kepala aku lalu mencium dahi aku. Membahang pipi aku sekarang. Warna pipi aku pun aku tak tau la merah ke masih sama.Ya Allah sebab ni ke orang nak kawin.

Aku hanya menghantarkan pandangan kepada dia yang sedang menuju ke kereta. Eh jap dia cakap anak anak murid cantik?

"Jangan nak menggatal dengan anak murid kat sekolah ye Jisung pwarkk!!" Jerit aku. Lantak la jiran sebelah nak viral kan masuk whatsapp group jiran ke apa ke.

"Saya ajar budak sekolah rendah la." Dia membalas jeritan aku tadi.

Ouh ye. Aku ni asyik kene scam dengan laki sendiri je. Apa la nak jadi.

Jisung mengeluarkan keretanya dari garage rumah Kami. Tingkap kereta sengaja diturunkan.

"Assalamualaikum sayang." Dia mengwink kan mata kepada aku.

Sebelum dia berlalu pergi sempat aku menjawab salam. Senyum dibibir aku juga masih tidak lekang.

Setelah dia pergi aku menutup dan mengunci pintu rumah teres dua tingkat ni. Aku pergi kearah sofa tiga seat di ruang tamu lalu duduk.

Terbayang-bayang ayat Jisung semalam membuatkan aku tak boleh jadi waras. Rasa nak tersenyum je kalau boleh sampai perabot rumah aku ni boleh menyampah tengok senyuman aku.

"Bacaan awak teruk balik la. Panjang pendek entah kemana...its okay la sayang, saya boleh ajar awak sampai ke anak cucu. Saya kan ustaz Jisung.Ha giteww."

Tau tak ada la sweet sangat macam moon gang tae dengan ko mun yong dalam its okay not to be okay. Tapi bagi aku yang single sejak dari lahir ni rasa macam ada bunga api kat sebelah telinga je.

Pemikiran tidak waras aku tadi membuatkan aku rasa mengantuk dan kejadiannya selepas itu aku pun dibuai mimpi.

*******

Aku terjaga akibat bunyi loceng rumah aku yang berbunyi berkali-kali.

"Haih sapa la kacau aku tido ni?!" Aku merengus perlahan. Lalu pergi kearah pintu rumah yang berkunci tadi dibuka.

Segar bugar mata aku apabila nampak kehadiran Jihan dihadapan rumah aku.

"Akak." Aku susah payah memanggilnya.

"Hi Naura." Dia menghadiahkan senyuman manis kepada aku.

"Akak buat apa kat sini?omma mana?"

Aku harap sangat-sangat yang omma ada sekali. Tapi harapan aku punah.

"Omma tak datang. Akak nak cakap berdua ja dengan Naura. Boleh akak masuk?"

Aku mengangguk. Pintu rumah yang tadi aku buka sedikit juga aku buka luas untuk memberi laluan kepada Jihan masuk.

"Akak duduk la dulu. Naura buat air." Aku cuba untuk melarikan diri. Tak kisah la ikut tingkap dapur ke apa janji boleh lari. Joke joke.

"Eh tak payah. Akak baru je minum tadi. Naura duduk je" Dia mengajak aku duduk sekali dengan nya.

Aku hanya mengikut arahannya dan duduk di sofa satu bangku bersebelahan dengan dia yang duduk di sofa tiga bangku.

"Naura." Dia lembut menegur aku.

"Akak, kalau akak nak Naura tolong akak untuk dapatkan Jaemin. Sorry Naura tak boleh." Aku sound dia awal-awal biar dia kasitau.

Dia menggeleng. Dah betul insaf ke?

"Akak betul-betul nak mintak maaf. Pasal hari tu pun. Akak ikut perasaan sangat. Sorry ye Naura."

Air liur ditelan. Biar betul?perlu  ke aku percaya? Ke buat buat percaya?

Aku dengan teragak-agak mengangguk. Tersenyum lebar Jihan memandang aku.

"Thank you Naura." Dia mendekati aku lalu memeluk aku. Aku pun dengan terpaksa membalas pelukan dia.

"Ouh omma ada bekalkan something untuk Naura. Aduii macam mana akak boleh lupa ni. Akak ambik kat kereta jap tau."

Aku mengangguk lagi. Dia berlalu pergi meninggalkan aku seorang diri dengan tv yang tak ada astro ni. Hari tu tinggalkan aku dengan cengkerik. Apa la nasib.

Dah nak dekat lima minit. Mana dia ni? Aku dah tak tahan nak kencing ni. Kang aku tutup terus pintu rumah ni kang baru dia tau.

Aku yang dah tak tahan berjalan untuk melihat Jihan.

Kosong.

Tak ada sebuah kereta pun berada didepan rumah aku.

"Akak." Panggil aku.

"Akak.."

"Akak! Mmm

Mulut aku ditekup menggunakan sapu tangan ke tuala ke aku tak tau la oleh seseorang dan aku pasti orang ni jantan.

Pandangan aku yang tadi terhias dengan daun-daun hijau dan langit biru bertukar kabur.

Ya Allah dugaan apa lagi ni?

Dan aku rebah. Aku rebah.

To be countinue.

Disebabkan ff ni dah 3k vote. Aku bagi double update hari ni. Kbye. Vomment.

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now