32♡

887 174 97
                                    


Naura memberi salam selepas selesai solat isyak. Jam di dinding bilik ditilik. Dah dua hari Jisung tak balik. Jaemin pula hari-hari datang ke rumah mengjenguk dia.

Pintu bilik dikuak oleh seseorang. Jisung! Dia balik dia balik dia balik. Naura hanya memandang gerakan dia.

"Jisung."

"Aku nak mandi."  Jawab Jisung dingin.

Terkedu sekejap Naura disitu. Tapi dia cuba sabar sebab dia tau Jisung belum dengar penjelasan dia lagi.

Dalam lima minit berlalu Jisung selesai mandi. Dia terus pergi ke arah katil. Naura pula menayangkan senyum lebar ke arahnya. Tetapi senyumannya pudar apabila Jisung mula mengambil dua bantal dan selimut seperti tidak ingin tidur disebelahnya.

"Jisung awak nak pergi mana?"

Jisung masih tidak membalas. Naura bangun pergi ke arahnya lalu mencapai tangan kiri miliknya yang ingin membuka pintu bilik ini.

"Dengar dulu apa yang saya nak cakap please." Naura sepertia merayu kepadanya.

"Kau nak cakap apa lagi? Ada orang benci kan kau lepastu dia fitnah kau?macam tu?"

"Yes! Jisung dengar dulu."

Jisung yang sudah membuka pintu dan ingin turun ke bawah Naura cuba sedaya upaya untuk tahan.

"Jihan, dia datang rumah kita hari tu."

Langkah Jisung untuk menuruni anak tangga terhenti. Dia ketawa sinis lalu dia memusingkan badannya menghadap Naura.

"Kau yang kene fitnah ke kau yang fitnah orang sekarang?"

"So awak memang tak percayakan isteri awak sendiri la sekarang ni?" Suara Naura juga seperti sengaja dikeraskan.

Dia mengangguk. "Kau ingat aku boleh percaya lepas aku nampak dengan mata kepala aku sendiri kau tido dengan jantan tu!?"

Terhinjut bahu Naura apabila detengking sebegitu rupa. Kelopak Matanya juga sudah penuh dengan air mata yang mungkin beberapa saat lagi akan mengalir.

"Ya Allah Jisung. Tolong la percayakan saya."

"Dah la Naura aku penat. Dua hari aku tak tidur layan sakit hati aku. Kau nak cakap apa pun tunggu la besok. Tu pun kalau aku still hidup."

Jisung berlalu pergi kebawah. Naura yang sudah teresak-esak dibiarkannya. Lagi dipandang lagi sakit hati dia dibuatnya.

Sesudah dia berada di dalam bilik bawah rumah mereka dia merebahkan badannya keatas katil bujang bilik tersebut.

"Jihan, dia datang rumah kita hari tu."

"Kakak kau ex aku."

"Dan kakak kau masih nak kan aku."

Dia memejam mata rapat. Dia mengurut pelipisnya. Hal yang Jaemin dan dia cakapkan haritu masih terngiang-ngiang di kepalanya.

"Patut ke aku percaya orang luar berbanding kakak kandung sendiri?" Monolog hati dia.

Telefon didalam poket diambilnya. Nombor contact Jihan dicari dan ditekan. Selang seminit baru dijawab oleh Jihan.

"Halo kak."

"Halo, kenapa?"

"Akak ada datang rumah aku ke dua hari lepas? Akak? Akak?"

Panggilan mereka terputus. Berkerut dahi Jisung memandang skrin telefonnya.

"Tak ada line kot." Dia meletakkan fon ke meja bulat sebelah katil bujang tersebut.

Di sisi lain ada Naura yang masih lagi tidak tidur lena. Dia hanya termenung sambil bersandar diranjang katil. Fikirannya entah kemana sekarang.

Mampu ke aku yakinkan Jisung yang aku tak buat semua tu?

Benci sangat ke dia dengan aku sekarang ni?

Kalau dia ceraikan aku. Mampu ke aku hidup tanpa dia?

Bermacam tanda tanya yang ada difikiran dia sekarang. Bukan Jisung sahaja yang tak boleh tido selama dua hari. Naura pun sama. Malahan Jaemin pun sama.

Tidak berhenti-henti dia memohon doa supaya rumah tangga adik dia selamat. Macam-macam cara juga dia hendak meyakin kan Jisung bahawa adik dia tak bersalah.

Tapi gagal. Macam mana dia nak percayakan orang luar yang hanya berstatus abang ipar sahaja?

To be countinue.

Sorry short chapter. Nak sad ke happy ending nihh?

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now