Saat Kau Hadir - 1

1.8K 18 5
                                    

Ashlan hanya mengukir senyuman manis tatkala merenung Surat tawaran posting mengajar yang baru diterima sebentar tadi....hatinya sedikit berbunga kerana itulah yang diharapkan...harapan Hati untuk ke seberang laut Sabah atau Sarawak...namun dia tetap bersyukur kerana penempatan yang inipun sudah memenuhi ciri-ciri yang diinginkan...lagi dua minggu dia akan berangkat ke destinasi baru dalam hidupnya....tidak sabar rasanya untuk pergi jauh...sejauh mungkin dari realiti dunia yang penuh tipu daya...

Ibu, ayah Dan keluarga sudah dimaklumkan...mereka hanya redha Dan pasrah kerana menyangkakan itu adalah suratan untuk dirinya...dimana dia terpaksa menerima penempatan yang telah diberikan....sedangkan suratan itu sebenarnya telah dirancang Olehnya...Ashlan sengaja mengisi untuk bersetuju untuk ditempatkan di kawasan penempatan...lagi jauh lagi baik....Dia nak pergi jauh dari sini...sudah tiada apa yang istimewa buat dia lagi di sini, melainkan mencambah perasaan sakit hatinya lagi adalah....tak apalah, doa dan hasrat Ashlan di makbulkan, insyaallah, semoga dia akan lebih bahagia selepas ini..

Maaf Ibu, ayah...Ash janji...ini hanyalah untuk sementara...bilamana Ash telah dapat terima dengan redha Dan pasrah dengan apa yang terjadi..Ash akan kembali ke pangkuan keluarga...ini hanyalah untuk sementara... insyaallah...Ash ikhlas untuk mengajar anak anak dipedalaman....dan Ash tidak sabar untuk mendidik dan menyayangi mereka anak-anak didik Ash nanti....seperti mana ibu dan ayah mendidik Ash untuk sayang kepada semua insan...Ash janji...

Sebenarnya sekolah penempatan  Ashlan bukanlah di kawasan yang pedalaman sangat pon...sekolah penempatannya jugak masih kategori A....di kawasan yang agak bandar jugalah...ada KFC...jangan main main...😆 namun dia Tak kisah asalkan ianya jauh dari tempat tinggalnya sekarang ni...

Perkampungan yang terletak jauh di seberang bukit ini akhirnya dia jejaki ...Ashlan pergi sendiri tidak dihantar oleh keluarganya...dia pandu sendirian kereta myvi hadiah dari ayahnya kerana mendapat ijazah kelas pertama....ke tempat yang tak pernah dia lewati dalam sejarah hidupnya yang telah menjangkau usia 23 tahun ini...ibu dan ayah bersungguh untuk datang menghantarnya..tapi dia menolak dengan alasan malu kerana lelaki seusia nya tidak perlu lagi bergantung dengan kedua ibu bapa...lagipun dia tahu...pasti ibunya sebak tatkala nak meninggalkan dia sendirian nanti dibumi yang asing baginya...inilah pertama kali hidupnya berpisah dari keluarga...sedari kecil sehingga melanjutkan pelajaran , hanya di tempat sendiri, malah berulang dari kampus ke rumah...hati ibu mana yang tidak sedih nak berpisah buat kali pertama...

HAri pertama menjejakkakn Kaki , Ashlan dijemput Oleh Pk Hem sekolah itu... disebabkan dia masih baru di sini...Dan ini lah kali pertama dia kesini...Pk Hem tu sanggup turun padang utk menjemput dia ke rumah sewa sementaranya....baik sangat orangnya....macam ayah2...lembut je suara ...Tiba Tiba jadi rindu pada Ibu Dan ayah...terasa
Sangat janggal baginya...Ashlan ditempatkan sementara dirumah warden kerana dia masih tidak menemui rumah sewa...kerana dia baru tahu tarikh postingnya hanya pada 2 minggu lepas memang Tak sempat la dia nak mencari rumah sewa...mujor sekolah ini mempunyai asrama...Dan mujor juga warden lelaki yang ada ni masih bujang...maka dapat la dia menumpang kasih ...eh...menumpang teduh😁...

Housemate Ashlan merangkap ketua warden ni duda rupanya....muda lagi...mungkin tua tiga pat tahun ajer dari Ashlan....memang dari raut wajahnya nampak dia masih muda,segak Dan kacak jugak orang nya😅... tubuh badannya yang sedikit sasa itu menampakkan dia sedikit garang, memang sesuai dilantik menjadi ketua warden...

"Kau duduk bilik ni la ye...bilik lagi satu tu aku dah buat store"kata cikgu duda berhias itu😆, merangkap housemate nya buat Masa ini..Ashlan hanya menurut sahaja...dia Tak kisah pun Dan dia okay ajer duduk manapun , asalkan dia ada tempat tinggal yang selamat dia dah cukup bersyukur.

"Cikgu lama dah ka jadi warden..." Tanya Ashlan sekadar menghilangkan rasa awkward Dan suasana krik krik seketika tadi...dia Sebenarnya ada rasa sedikit segan...almaklum baru saja kenal Dan masih belum Hati budinya macam mana...

"Kau panggil aku Fizi sudah , nama aku Hafizi....aah Lima tahun dah sejak aku mula -mula masuk sekolah ni...aku pon macam kau jugak first posting Kat sini...dengan harapan Tak pencen Kat sini jugak"

"Ohhh....hihi...sini best apa..dengan suasana kampungnya....saya yang baru sampai ni pun dah rasa happy sangat'

"Kau cakap macam tu sebab kau bujang...ke Kau dah kawin ?.."

"Eh Belum ...Saya muda lagi...."sengihku dengan soalan serkap jarang cikgu Hafizi yang baru dia kenal itu tadi..

"Aku pun kawin muda la...pun duda muda..." Hafizi berseloroh... nampaknye dia okay ajer dengan status nya....Ashlan hanya tersenyum dengan gurauan guru itu...terlintas jugak di mindanya penyebab Hafizi jadi macam tu...secara luaran apa yang dia nampak Hafizi seorang lelaki yang sempurna dengan raut wajah yang menawan...even dia yang pertama kali melihat Hafizi...Terus ada rasa.... wow😳... Entahlah , hanya Allah Dan dia sahaja yang tahu ...Dia pun Tak berniat nak ambik tahu kisah hidup Hafizi...tujuan dia ke sini adalah untuk mengajar Dan mendidik murid di sini, bukannya nak menjadi netizen Tak berbayar mengorek kisah peribadi orang...tapi kalau Hafizi cerita aku dengar ajer...tapi Tak ada lah aku nak canang kepada seluruh makhluk di muka bumi ni...

"Kau penat tu ..pergilah rehat dulu...kalau lapar pergi ja makan Kat kafe asrama...kalau rajin boleh ajer nk masak...Kat dapur tu semua ada...pandai pandai kau la ye...aku nk keluar p tengok budak budak..." Katanya yang ku lihat dah bersiap sempurna Tak macam nak pergi Ronda dorm pon...macam nak keluar pergi mana-mana jer..hmmm lantak dia la...Tak da pasai aku nak tanya dia pergi Mana...aku pun bukan bini dia nak kesah ke Mana dia nak pergi

Aku hanya menggangguk....aah betul aku kepenatan...ingat nak pejam mata kejap...bilik yang diberi kan padaku sudah bersih Dan kemas...aku pun Tak perlu buat apa-apa dah..cuma Tinggal nak kemaskan barang-barang ku sahaja...jadinya aku berhasrat nak buat nanti-nanti ajer, sekarang ni aku ingat nak lelap mata kejap...perjalanan mendaki bukit tadi memang memenatkan..sejujurnya itulah pertama kali aku memandu dalam keadaan jalan yang sebegitu...memang sakit habis badan aku...

Setelah barang-barang aku susun seadanya..barang aku Tak banyak pun...yang penting-penting saja...aku rebahkan diri di atas tilam yang masih belum beralas itu...

Tatkala Ashlan baru nak melelapkan mata... Kedengarann salam di beri....aduh...aku baru ja nak berehat kejap...dah kena kacau

"Wsalam...Ya.... Nak Cari siapa?.. " Tanya ku Setelah pintu di buka..

"Cikgu Fizi Mana?" Tanya pemuda dihadapan ku dengan raut wajah kehairanan...hairan melihat keberadaan aku di situ la tu...

Hai guys...jemput baca cerita baru...saja wat isi masa lapang🤣🤣...lapang la sangat🥺....Tak per lah, asalkan aku dapat luahkan yang terpendam... actually aku agak Tak pandai nak guna kata nama ketiga dalam penceritaan...sebab tu dia macam bersepah sikit😆...it's ok pengalaman jugak untuk aku....♥️

Saat Kau hadirWhere stories live. Discover now