Saat Kau Hadir - 2

1K 8 0
                                    

Gerangan pemuda yang baru saja berlalu pergi tadi membuatkan otakku berfikir sejenak...memikirkan siapakah gerangan si dia....

Sebaik sahaja aku memaklumkan bahawa cikgu Hafizi tiada di rumah...dia kelihatan tergesa-gesa berlalu pergi...seolah-olah dia hampir kehilangan sesuatu jika kelambatan...bungkusan yang di bawa juga hanya dihempaskan ke lantai tanpa memberikan sebarang pesan kepada ku...makanya...setelah dia berlalu aku ambil Dan letakkan barang itu elok-elok di atas kerusi yang ada dekat situ , Dan...Tak pulak aku Cuba menyiasat isi kandungan nya....tiada kaitan dengan aku Maka aku biarkan saja ianya tersadai di situ...

Aku kembali ke peraduanku...melepaskan lelah yang sedari tadi masih bersarang...dek kerana ganguan yang sebentar tadi...aku menyambung lenaku...

Lama juga rupanya aku tertidur...hampir maghrib baru aku tersedar...Maka asarku juga al-ghuyub...astagfirullahhalazim...aku bergegas mandi Dan seterusnya menunaikan solat maghrib Dan melunaskan hutang asarku sebentar tadi...usai isya' aku berhasrat untuk menapak ke kafe asrama untuk mencari sesuap nasi...moga adalah rezekiku untuk malam ni sebabnya waktu makan dah lewat sangat...murid-murid makan malam lewat petang tadi...malam ni hanya supper sahaja...Tak apalah...aku bersyukur ajer dengan apa yang ada..asalkan perut ku sedikit terisi untuk Hari ini...nak kedai makan aku malas ...lagipun aku Tak cekap lagi dengan tempat ni...tah Mana tempat makan aku nak pergi ..takut sesat pulak malam-malam macam ni....aku akui sejak peristiwa itu..aku semakin Tak kisah tentang makan minumku sendiri...badan ku juga semakin menyusut...ibu pernah menyatakan kerisauannya melihat perubahan sosokku... Apakan daya...kotak fikiran ku masih tidak mampu melupakan perkara yang terjadi itu...Dan ianya memberikan kesan yang sangat teruk kepadaku...mengingatkan ini membuatkan hatiku tambah remuk....🥺🥺

"Cikgu nak makan nasi Tak...makcik ada simpankan nasi untuk cikgu ni...cikgu Hafizi pesan Kat makcik tadi..Dia cakap cikgu Tak makan lagi..." Masyaalllah...baiknye la cikgu duda tu...

"Boleh makcik...terima kasih"

"Sama-sama...cikgu tunggu kejap ya "

Sambil menunggu...aku membalas mesej-mesej yang tidak berjawab dari tadi...kebanyakan mesej dari kawan-kawan aku menanyakan tentang Hal aku ke sekolah baru..kebanyakan dari mereka dapat sekolah yang berdekatan sahaja...Maka Tak ada masalah bagi mereka terutama kawan aku yang dah kahwin tu...memang rezeki dapat posting dekat area rumah sahaja...ada juga lah yang dapat Sabah Dan Sarawak...Tak ramai dalam 3 orang sahaja...Dan mereka dah pon berangkat pergi...aku ni Kira jauh sikit ajer sebab masih di semenanjung...kalau ikutkan Hati aku..nak ajer aku ke sana mengikut 3 orang tu...tapi Tak da rezeki...Tak apa disini pon dah cukup jauh....jauh dari manusia yang telah melukakan hatiku....sehingga berdarah Dan sehingga kini masih terasa pedihnya...🥺🥺...

"Cikgu ni nasi ya.." aku menoleh mendengar suara garau yang macam pernah ku dengar...eh pemuda tadi...

"Sama-sama..." jawabnya hambar, Terus berlalu pergi...aku yang kelaparan yang amat ketika ini malas nak siasat...Terus saja aku menjamah nasi goreng yang masih panas itu...ya Allah sedap sangat...Tak tahulah sama ada makcik kantin ni yang memang masak sedap atau sebab perut aku yang sangat lapar ketika ini....usai menghabiskan makanan ku segera aku berlalu menuju ke rumah warden untuk menyambung aktiviti mengemasku...esok merupakan Hari pertama aku di sekolah ini...Maka aku harus selesaikan segera...aku kemas-kemas biasa saja sebab aku ada mencari rumah sewa yang lain...kalau dapat lah rumah sewa tu aku lebih selesa untuk pindah ke sana ...

"Assalamualaikum sayang ....dah makan ka...sayang tengah buat apa?" Mesej daripada Whatsapp yang baru aku terima itu benar-benar menyakitkan Hati aku...memang tidak la aku reply....aku biarkan saja ...memang aku sengaja biarkan dia mesej aku...aku nak tengok berapa lama dia akan bertahan...aku tahu lama-lama nanti dia akan bosan Dan lupakan aku...

"Assalamualaikum..." Cikgu Hafizi baru pulang...

"Wasalam..." Aku hanya memberikan senyuman...tidak pulak aku menanyakan kemana dia pergi...bukan urusan ku Dan aku tidak berhak untuk ambik tahu...

" Kau dah makan?"

" Alhamdulillah...dah...terima kasih sebab pesan Kat makcik kantin tadi"

" Okey...nanti Kau ikut ja waktu makan budak- budak ya ...Tak pun kalau Kau rajin nak masak...masak la...tapi aku memang Tak la...kalau nk keluar pergi beli pon boleh...ada banyak ja kedai- kedai makan dekat-dekat sini... "

" Àah okey..." Jawabku ringkas...aku ketika ini sedang menonton TV setelah Tak tahu nak buat apa dah...cikgu Hafizi datang duduk sebelah aku...sambil membelek phone dia...aku buat dek ajer...Tak tahu nak sembang apa dah...tetiba aku teringat sesuatu...

" Tadi ada orang datang ....dia bawak barang apa tah...ada Saya letak atas meja Kat dapur..."

"Ada dia tanya aku pergi Mana..." Tanya cikgu Hafizi sedikit garang...

" Aah ..Saya cakap fizi keluar pastu dia cepat- cepat pergi...dia Tak pesan pape pun Kat Saya..."

Dia nampak sedikit resah...cepat - cepat dia bangun ...

" Aku keluar jap...aku mungkin lambat Kau jangan selak pintu ya..." Dia bergegas keluar Dan memecut motosikalnya...

Sempat la jugak aku menghirup asap motor nya.,..dengan kelajuan yang berdesup tu...memang Tak sempat aku nak pesan apa-apa dah...

Hari pertama bagi penempatan pertama di sekolah pertama, agak sedikit kekok...sekolah ni ramai guru perempuan...sejak mula-mula masuk aku Tak jumpa lagi cikgu yang sama spesis aku ..melainkan pk hem yang ku jumpa baru-baru ini...rasa sangat pelik bila di sapa guru-guru perempuan...aku akui..aku ni sedikit pemalu dengan perempuan...membuatkan aku agak rasa tak selesa...Hafizi pun aku Tak nampak batang hidung dia lagi .... semalam dia balik pukul berapa pun aku Tak tahu...tadi masa nak datang aku Tak nampak pun motor dia.  Takkan dia datang sekolah dengan motor kot...aku jalan kaki ajer tadi sebab bangunan akedemik dengan asrama Tak jauh Mana pun ..

Hari pertama sedikit memenatkan kerana aku banyak menghabiskan masaku dengan kelas relief...nasib seorang guru baru macam tu lah...memandangkan jadual ku secara rasmi bermula esok...makanya Hari ni aku merelief saja....

Menurut jadual yang diberi   aku akan mengajar Matematik Dan pjpk menengah rendah...ok lah sebab Subjek Matematik Dan pjpk memang mengikut option aku la...secara tiba-tiba membuatkan aku teringat akan si dia...teringat masa kami sama sama belajar...menghabiskan Masa bersama membuat assignment...berseronok Dan berhuha sama sama...kenangan yang sangat indah untuk di kenang tapi sangat pahit untuk di telan realitinya....Tanpa sedar mataku bergenang...dadaku terasa senak sepertinya ingin rasa aku menangis bagi melepas kan rasa rindu yang teramat...

"Kau dah dapat jadual?..." Sapaan dari Hafizi mengejutkan aku dari lamunan...cepat cepat aku seka air mata yang hampir jatuh menitis itu...

"Aah...dah.."

"Tahniah....tahniah...Selamat mengajar la ye...harap kau boleh adapt dengan keadaan Kat sini....kau budak bandar ...Tak macam diorang Kat sini...kau kena banyak sabar la ye..." Nasihat dari cikgu Duda yang sebenarnya membuat aku rasa lebih cuak ..Tak dinyatakan pulak macam mana keadaan murid Kat sekolah ni...Tak sempat aku tanya dia dah blah p kantin...

"Jommm..." Sempat dia mengajak aku...aku hanya geleng Dan tunjukkan slip relief kepadanya..dia angguk tanda faham ...

Aku hanya melihat kelibat cikgu Duda yang terlajak ensem tu berlalu pergi...aah dia nampak extra hensem dengan kemeja bertie..nampak sangat berkarisma...hmm macam ni punya segak pon Duda awai...mesti ex wife dia pon Jenis macam dia...teringin pulak nak tau kisah dia🤭🤭...Dan baru ku tahu dia mengajar subjek kimia Dan English...aku Tak tahu la macam mana budak budak perempuan Kat sekolah ni mengadap dia Hari Hari....even aku yang lelaki ni pun berdegup kencang tiap kali menatap dia...serumah pulak tu😥

Usai Hari pertama Hari ni aku menerima panggilan dari tuan rumah yang aku hendak sewa rumah nya tu...Dia kata bulan depan aku boleh masuk sebab katanya nak repair sikit sebelum bagi aku masuk... alhamdulillah...Lega dipermudahkan urusan aku disini...Hal ini segera aku maklumkan pada Ibu bapa aku...diorang pun Tak da risau sangat kan...

Terima kasih yang masih sudi baca cerita hamba....slow sikit sebab aku kekeringan idea😆😆....disebabkan kebizian Tak banyak drama yang berlaku dalam hidup aku....that's why karyaku semakin sendu...huhu.....tq guys

Saat Kau hadirWhere stories live. Discover now