[53]Past Memoir-Fourth Act

36 6 2
                                    

Kerana mahu membalas atas pertolongan Millialkyrie ketika Raja Zack melawan lelaki berjubah hitam, Ratu Elis mengajak Millialkyrie dan Arisakyriel untuk tinggal di istana sebagai tetamu.

Mereka berdua masih kanak-kanak, tanpa orang dewasa menjaga mereka. Itu menyebabkan Ratu Elis berfikir untuk menjaga mereka berdua.

Asalnya, Millialkyrie dan Arisakyriel akan tinggal di istana sebagai tetamu, dan juga akan menerima pengajian daripada orang yang dipilih oleh Raja Zack.

Namun, hanya Arisakyriel yang menerima pengajian. Millialkyrie tidak menerima pengajian, atau lebih tepat, semua yang dipilih untuk mengajar dirinya seorang meminta untuk berhenti.

Apabila ditanya kenapa, mereka semua menjawab dengan jawapan yang hampir sama.

'There's nothing we can teach to her'

Bukan kerana Millialkyrie berperangai nakal. Tetapi kerana kebijaksanaan Millialkyrie.

Pada usia yang muda sebegitu, kebijaksanaan miliknya melebihi sesiapa dalam istana tersebut.Perkara tersebut menyebabkan mereka semua tidak tahan dengan Millialkyrie, kerana mereka merasakan diri mereka dipandang rendah oleh Millialkyrie.

Sejujurnya, Millialkyrie tidak memandang rendah mereka semua. Sebaliknya, dia tidak mempunyai sebarang pandangan terhadap mereka semua.

Dia lebih memandang mereka sebagai salah satu objek untuk dirinya mendapat lebih pengetahuan, menajamkan lagi pemikirannya.

Namun, mereka semua berhenti, hanya selepas seminggu mengajarnya.

Manakala,Arisakyriel menerima tekanan daripada guru yang mengajarnya. Guru tersebut selalu membandingkan adiknya dengan dirinya, kerana Arisakyriel tidak sebijak Millialkyrie.

Millialkyrie tidak memujuk adiknya, memberitahu adiknya bahawa dia tidak perlu pedulikan perkara tersebut.

Kerana mereka berdua tinggal di istana yang lain.

Millialkyrie tinggal di istana utama, sama dengan Raja Zack dan Ratu Elis. Manakala Arisakyriel tinggal di istana kedua, yang digunakan oleh tetamu.

Keputusan tersebut dibuat oleh Raja Zack dan Ratu Elis. Kedua mereka merasakan Millialkyrie dan Arisakyriel harus dipisahkan untuk mengelakkan pertumbuhan mereka terbantut,dari segi mental dan kekuatan mereka.

Millialkyrie mempunyai bakat tidak terbatas dalam magik. Dia juga mahir dalam berpedang,ditambah lagi dengan kepintaran miliknya. Namun, Raja Zack dan Ratu Elis merasakan perkembangan Millialkyrie akan terhalang dengan kehadiran Arisakyriel.

Kerana Arisakyriel sangat bergantung pada Millialkyrie. Sifat tersebut akan menghalang Millialkyrie untuk pergi lebih jauh, meninggalkan Arisakyriel seorang diri.

Disebabkan itu, mereka berdua memisahkan Millialkyrie dan Arisakyriel,dan menghalang mereka untuk berjumpa tanpa kebenaran.

Setelah enam bulan, Raja Zack memberikan posisi ketua Gold Phoenix kepada Millialkyrie.

Dia memberikan posisi tersebut, atas cadangan Millialkyrie sendiri.

"Tuanku pasti sibuk dengan tugas tuanku sebagai seorang raja. Kenapa tak berikan sahaja posisi ketua Gold Phoenix kepada saya? Dengan itu, saya boleh uruskan segala urusan berkenaan Gold Phoenix, dan tuanku boleh fokus dengan kerja tuanku sebagai raja. Bagus, bukan?"

Raja Zack sebenarnya teragak-agak untuk memberikan posisi tersebut kepada Millialkyrie yang masih berusia 9 tahun.

Namun, setelah dia mengingati semua kebolehan Millialkyrie, dia merasakan yang Millialkyrie paling sesuai untuk memegang posisi tersebut.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now